Home » , » Perempuan Bertudung VS Perempuan Free Hair

Perempuan Bertudung VS Perempuan Free Hair

Written By Lisanul Hakim on Sunday, May 20, 2012 | Sunday, May 20, 2012

Kisah Perempuan Tudung Vs Perempuan Free Hair. Apa yang aku tulis adalah hasil temuramah aku dengan seorang lelaki dan aku cuba olah sikit-sikit. Untuk posting kali ni, responden menyokong perempuan free hair.

AMARAN KERAS: KEPADA YANG CEPAT TERASA, HATI LEMBUT MACAM DONUT BIG APPLE, ANDA DINASIHATKAN KLIK PANGKAH BERWARNA MERAH DIBAHAGIAN ATAS SEBELAH KANAN.

1. Apa beza perempuan tudung & perempuan free hair?

Perempuan tudung tutup kepala pakai kain perempuan free hair biar ja rambut diorang dilihat orang. 

2. Apa yang ko suka dengan perempuan tudung?

Aku suka kalau tetiba dia pakai tudung pastu bukak tudung nampak masa dia free hair. Aku nak tengok comel ke tak. Selalunya tak comel.

3. Apa yang ko suka dengan perempuan free hair?

Aku suka tengok rambut diorang yang macam-macam gaya. Lagi satu kalau perempuan tudung ni dia hipokrit tak macam perempuan free hair.

4. Kenapa ko cakap perempuan tudung hipokrit?

Ko nak tau sebab apa, ko pergi la tanya perempuan pakai tudung sebab apa diorang pakai tudung. Mesti ada yang jawab pakai tudung sebab dari kecil dah pakai,kalau tak pakai nanti mak bapak marah, tak biasa la kalau tak pakai tudung, kalau tak pakai tudung muka tak lawa, pakai tudung sebab rambut tak lawa. Macam-macam la. 

5. Kenapa ko cakap perempuan free hair tak hipokrit?

Sebab diorang tak pakai tudung. Diorang tak hipokrit untuk nampakkan diri diorang baik. Biar diorang ja yang tahu baik buruk diri sendiri. Nanti kalau diorang dah insaf mesti diorang pakai tudung dan lagi bagus daripada orang yang pakai tudung dari kecil sebab rasa terpaksa.

6. Kenapa aku tengok ko macam tak suka sangat dengan perempuan pakai tudung?

Okey, aku nak cerita kat ko kisah aku masa kapel dulu, aku pernah kapel dengan sorang perempuan tudung ni. Memang comel la tak perlu dikata, nampak sopan, baik. Tapi semua tu hanyalah kerana dia pakai tudung, aku nampak dia baik. 

Rupa-rupanya dia ni spesies yang playgirl, pantang ada lelaki tegur sikit je, mula la dia perasan dia lawa dan attractive sangat. Mula tergedik-gedik sana sini. Kadang-kadang depan aku pun dia camtu. Siap bagitau roomate lagi eh lelaki ni tengok dia, lelaki tu tengok dia. Aku tak tahu tapi roomate dia yang free hair bagitau aku perangai dia ni. Apa lagi, terus la aku belah dengan hati yang terluka sebab kena tipu dek tudung yang dia pakai atas kepala tu.

Lagi satu, perempuan tudung ni aku tengok kalau dah ada boifren boleh pulak bukak tudung bagi boifren tengok. Sama ja tu kiranya dengan perempuan free hair. Bukan main lagi MMS gambar free hair posing camni dan camtu. 

7. Dah tu kenapa ko macam suka sangat dengan perempuan free hair? 

Aku suka diorang ni sebab diorang ni lagi baik daripada perempuan yang pakai tudung. Bagi aku, perempuan freehair ni lagi susah untuk didampingi daripada perempuan pakai tudung. Lagi satu, perempuan free hair ni kalau kita nak sembang-sembang diorang ni open minded & terus terang. Kira semuanya dia bagitau la tak main nak tapis-tapis. Kalau perempuan bertudung, kalau sembang banyak yang bajet cun, cakap pun baik-baik tapi pada hakikatnya lagi jahat daripada aku.

Aku pernah cuba ngorat perempuan pakai tudung, semua beri balasan positif padahal baru first time tegur. Kalau permpuan free hair ni, sampai aku dah habis sweet pun dia buat tak layan ja. Aku tengok member-member aku, kapel ngan perempuan pakai tudung, keluar jalan-jalan pegang tangan la pelok-pelok la. Tak malu ke dengan tudung atas kepala tu. Kalau perempuan free hair, jarang aku tengok yang sampai pelok-pelok. Habis-habis pun pakai sexy dan pegang-pegang tangan. Takpa la dah memang diorang free hair.

8. Apa nasihat ko kepada perempuan pakai tudung?

Kalau dah pakai tudung tu, buat cara pakai tudung. jangan pula nak pakai baju yang kadang-kadang lagi daring daripada perempuan freehair. Pakai tudung dengan ikhlas kerana Allah dan bukannya sebab adik beradik ke, mak bapak marah ke, tak cun kalau free hair ke. Jaga kelakuan jangan depan nampak baik belakang peluk-peluk dengan boifren, buat bukan-bukan siap kena rakam 3gp lagi.

9. Nasihat ko kepada perempuan free hair?

Aku tau aku banyak support korang, tapi tak semua sebaik yang aku cakapkan. Yang penting korang jangan hipokrit dan terlampau keterlaluan. Jangan terlalu membangga diri dan merasakan diri tu hot. Padahal ramai lagi yang hot dari korang. Dan satu lagi, kalau korang nak pakai tudung pikir masak-masak sebab jangan bila dah pakai tudung perangai serupa masa korang freehair.

Komen aku: Macam-macam orang sekarang ni. Aku tak menyokong mana-mana pihak tapi aku akan cuba bawakan penyokong perempuan tudung untuk temuramah yang akan datang. Bagi aku tak kisah macam mana pun korang, bertudung atau tak pandai-pandai la korang jaga diri. Jangan terjebak ke dunia yang lain. Korang kena pandai menilai sesuatu tu. Dan jangan ikutkan hati je sebab kalau ikutkan hati mati nanti

Ini pula merupakan survey terhadap 4 orang perempuan bertudung dan mari kita baca apa pendapat mereka pula dan aku akan olah tanpa menukar fakta yang diberikan mengikut cara aku.

Sejak bila anda memakai tudung??

Kebanyakan mengatakan mereka diajar untuk memakai tudung sejak dari kecil lagi dan ada sebahagian mengatakan mereka terpanggil untuk memakai tudung. Dan kita dapat lihat mereka memakai tudung bukan secara paksaan tetapi telah dididik dan secara sukarela.

Adakah pemakaian tudung suatu adat bagi sesetengah orang atau ia adalah satu hukum??

Bagi saya ianya adalah satu hukum tuhan yang tidak boleh di ubah. Tetapi tidak dinafikan sesetengah wanita memakai tudung dan menjadikan ia satu adat atau kebiasaan. Jika tidak pakai tudung nanti takut nampak tak lawa atau tidak biasa. Jadi sebab itu mereka memakai tudung dan ada juga yang melupakan bahagian-bahagian aurat yang lain. Apabila perkara ini berlaku, ia turut akan berkait dengan akhlak seseorang.

Adakah pemakaian tudung berkait rapat dengan akhlak??

Sudah semestinya. Dengan pemakaian tudung, kita dapat mengawal segala perbuatan dan tingkah laku kita. Kita akan rasa malu jika orang melihat kita memakai tudung tapi tingkah laku tak betul. Sepatutnya pemakaian tudung dan menutup aurat perlu diselarikan dengan tingkah laku. Jangan hanya pakai tetapi tingkah laku & akhlak melebihi orang yang tidak memakai tudung.Jangan ada yang berfikir akhlak boleh diasingkan dengan pemakaian tudung dan menutup aurat.

Ada yang mengatakan, pakai tudung tak semestinya baik. Jadi apa komen anda??

Ikut individu itu sendiri. Jikalau pakai tudung sebab terlalu mengikut trend atau memakai tudung bukan berniat untuk menutup aurat sepenuhnya, ini akan menyebabkan mereka terjebak dengan perkara-perkara yang tak baik. Dan akan terlihatlah sisi jahat mereka. Tapi kalau pakai tudung ikhlas, semua ini tidak akan berlaku. Jika berlaku pun mungkin "TER" sahaja.

Sekarang ni, ada pula istilah tutup aurat dan sarung aurat. Apa pandangan anda??
Aurat is aurat. Setiap muslim hendaklah menutup aurat. Sebenarnya tidak patut ada istilah sebegini. Tapi mungkin disebabkan kita lihat sekarang banyak sangat golongan bertudung yang memakai tudung tetapi aurat lain tidak dijaga menjadikan istilah ini berfungsi. Setahu saya, mereka yang digelar menyarung aurat ni kalau pakai tudung tapi baju tetap ketat, pakai leggings dan sebagainya.

Jadi bagaimana hendak menutup mulut orang mengenai istilah ini??

Kita tidak boleh tutup mulut orang, tetapi apa yang kita boleh buat menunjukkan mereka cara-cara menutup aurat sebenar. Kita sendiri hendaklah menjadi contoh kepada wanita-wanita bertudung diluar sana. 

Bagaimana pemakaian tudung yang sebenar yang anda tahu??

Cara sebenar memakai tudung adalah menutup bahagian kepala seperti rambut dan leher. Memakai tudung juga hendaklah menutup bahagian-bahagian lain seperti dada.

Terdapat satu fesyen tudung yang menyerupai rahib kristian. Apa pendapat anda??

Saya pernah terdengar mengenai perkara ini dan penjelasannya turut pernah saya dengar. Setiap muslim dilarang meniru atau mengikut apa yang dilakukan oleh golongan Nasrani dan Yahudi. Dalam konteks sekarang, ia mengikut kepada niat seseorang. Jikalau niat untuk meniru ianya tidak digalakkan.

Ada sesetengah perempuan free hair akan cepat melenting dan akan mengatakan belum seru untuk mereka memakai tudung. Jadi apa komen anda??

Memakai tudung dan menutup aurat adalah wajib. Bagi perempuan tidak bertudung diluar sana jangan nak terus melenting dan menyalahkan kami yang bertudung. Anda boleh katakan yang anda belum kuat untuk memakai tudung. Dan insyallah satu hari nanti, anda akan mendapat hidayah untuk memakai tudung. Jadi boleh cuba. Saya ingin nasihatkan kepada mereka yang bertudung atau tidak, jangan kita saling menyalahkan satu sama lain. Kerana perbalahan tidak mendatangkan sebarang manfaat. Kita kena sentiasa berdoa yang terbaik untuk mereka.

Apa yang anda ingin katakan kepada wanita diluar sana??

Tutup aurat dan pakailah tudung dengan sempurna. Akhlak juga harus dijaga dan jangan pakai tudung tapi tangan masih pegang lelaki, berpeluk sana sini, bergaul sehingga melampaui batas. Akhlak perlu dijaga kerana rugi kita sudah mendapat pahal dengan menutup aurat tapi pahala itu terbuang disebabkan akhlak kita. Jadi saling mengingati antara satu sama lain dan jangan memaksa. Paksaan tidak baik dalam sesuatu proses berdakwah atau perubahan.

Okey korang dah tengok the other side of this interview. So korang renung-renungkanlah bersama. Yang baik korang amik buat teladan yang buruk korang buat pengajaran. Aku hanya menulis sebab unfair dulu aku dah tulis side free hair sekarang aku tulis side bertudung pula. Penafian, ini adalah hasil temubual keatas 4 orang respondan yang aku cantumkan. Jangan ada yang nak attack aku. Bab Agama ni lebih baik kalau nak buat rujukan tanya ustaz-ustaz atau mereka yang berkelayakan

12 comments:

  1. ada ustaz cakap dulu: perempuan yg pakai tudung tak semestinya baik, tetapi dari segi tuntutan memakai tudung dia dah penuhi....tetapi bagi yang tak bertudung pula, memang juga tak semestinya jahat..tetapi dari segi tuntutan pakai tudung, memang dah sah-sah dia tak penuhi...wallahualam....bagaimanapun kategori mana yang lelaki itu lebih suka terpulanglah..kerana lelaki yang memilih mana-mana satu kategori ini juga akhirnya akan mencerminkan pendirian dan peribadi sendiri..perempuan baik itu lelaki yang baik, perempuan jahat untuk lelaki yang jahat.....kepada encik yang diinterview, baguslah jika tidak memihak mana-mana pihak..namun melabelkan wanita bertudung sebagai hipokrit, bajet cun, cover cun and wut not..hem..hati2..jangan sampai menjadi fitnah kepada semua wanita bertudung..kerana hipokrit or jahat or tak sopan..semuanya bergantung kepada hati seseorang wanita itu sendiri..bukannya daripada sehelai tudu8ng yang dipakainya...tq.

    ReplyDelete
  2. Perempuan bertudung tak semestinya baik tapi perempuan baik semestinya bertudung. Apa yang wajib tetap wajib. Macam solat, perangai baik ke buruk ke tetap WAJIB solat. Tudung pun macam tu juga. Renung-renungkan dan selamat beramal. Thank you.

    ReplyDelete
  3. Pape pun kena balik pd agama. Yg ko ckp perempuan free hair kdg2 lg baik, baik sesama manusia je. Dgn tuhan ego sombong. Tu perbezaan paling ketara org yg pakai tudung sbb Allah suruh dgn org yg bangga die free hair!!

    ReplyDelete
  4. Pape pun kena balik pd agama. Yg ko ckp perempuan free hair kdg2 lg baik, baik sesama manusia je. Dgn tuhan ego sombong. Tu perbezaan paling ketara org yg pakai tudung sbb Allah suruh dgn org yg bangga die free hair!!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Sekurang kurangnya orng pakai tudung tu dia ada rasa tanggungjawab kepada allah. pakai tudung benda wajib dan bukan untuk membahagikan perangai baik dgn jahat.

    ReplyDelete
  7. dulu saya free hair. sekarang saya pakai tudung labuh berjubah. sepanjang saya free hair, pakai apa saya nak untuk kepuasan diri. saya sedar lelaki tengok itu ini dan saya mulai kurang selesa, saya pakai itu ini rambut colour itu ini bukan untuk attention. it is for my own satisfaction. saya mula mencari jalan untuk saya selesa bila lelaki tengok itu ini saya mula cari gado. bila diorang cakap berkenaan tubuh saya lempang je. garangkan macam singa tapi memang dulu sexy dan cantik.saya mencari freedom tanpa ganguan lelaki keparat. saya mulakan dengan membuat research berkenaan muslimah. TELAH DINYATAKAN DALAM AL-QURAN NUR QARIM ALLAH MEMERINTAHKAN UMATNYA UNTUK MENUTUP AURAT. hati saya terpanah, saya mula pakai tudung dan menutup aurat. tahukah bezanya amat banyak. habit dan behavior sesorang itu terpulang kepada individu, jangan dinilai dari luaran.lebih baik sesorang itu sekurang2nya melakukan 1perintah dari tidak melakukan 1perintah pun.bercakap biar berpandukan al-quran dan sunnah. kerana manusia yang jahil la menyebabkan keruntuhan agama dan bangsa.

    ReplyDelete
  8. Seperti Maisarah Razali, Alhamdulillah dah genap 2 tahun sy pakai jubah n tudung labuh, daripada awek free hair rambut rebonding ala2 iklan Sunsilk. Tapi lain dari dia, saya ni gengster yg semua lelaki takut, so x pernah kena kacau lah. (Tapi yg mata dorg memandang body tu betul, mmg geram je rasa. Ada yg cuit2 lak tu. Tapi apa pun jgn la sebab segelintir org punya perangai, salahkan semua org bertudung oii. And free hair people tak semua baik gak.

    Benda ni sebenarnya more like hati tu nak atau tak nak berubah. Boleh je jadi dia bertudung ke free hair tapi masih jahil agamanya. So nasihat saya kepada yang nak berubah pkai tudung dari free hair,

    JAGALAH SOLAT.

    That is the first thing aku buat, sebelum semua hijrah ini terjadi. Biar dari free hair bersolat dulu, In Shaa Allah di beri hidayah daripada Dia untuk bertudung. 😊

    Allah can make the impossibility turns possible.

    Cheers and salam from saudara seislam.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Aq pernah dgr ceramah ugama ckp.. Kalau kau free hair tpi perangai kau elok sesama manusia.. Pernah terfikir x.. HABLUMINALLAH WA HABLUMINANNAS.. Boleh refer

    عَنْ أَبِي ذَرّ جُنْدُبْ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ مُعَاذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ ”
    [رواه الترمذي وقال حديث حسن وفي بعض النسخ حسن صحيح]

    “Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdirrahman Muadz bin Jabal radhiyallahu ‘anhuma, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda, “Bertakwalah kepada Allah di mana pun engkau berada. Iringilah keburukan dengan kebaikan, niscaya kebaikan tersebut akan menghapuskan (keburukan). Dan pergauilah manusia dengan akhlak yang mulia.” (HR. At-Tirmidzi, dan dia berkata: Hadits Hasan Shahih)...

    Mane nabi suruh dulu? Manusia ke Allah? .. Pernah x tahu ape itu saham.. Sehelai rambut nanti berapa ramai tgk dosa+dosa .. Kau la tkg pemberi dosa tu.. Tpi ustaz kate x bermakne pula kalau dh tutup aurat terlepas dri semua dosa.. Cuma dye dah mengikut perintah Allah menutup aurat.. Tpi dosa dia sesama manusia itu dia kene minx maaf sendiri dri org yg dia sakiti tu.. Sbb Allah x mengampunkan dosa kau terhadap manusia lain.. :) .. Jadi igtlah.. Penuhi tuntutan agama dahulu.. Insyallah Allah akan pelihara Akhlak dan Iman dalam diri kita.. :)

    ReplyDelete
  11. Aq pernah dgr ceramah ugama ckp.. Kalau kau free hair tpi perangai kau elok sesama manusia.. Pernah terfikir x.. HABLUMINALLAH WA HABLUMINANNAS.. Boleh refer

    عَنْ أَبِي ذَرّ جُنْدُبْ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ مُعَاذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ ”
    [رواه الترمذي وقال حديث حسن وفي بعض النسخ حسن صحيح]

    “Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdirrahman Muadz bin Jabal radhiyallahu ‘anhuma, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda, “Bertakwalah kepada Allah di mana pun engkau berada. Iringilah keburukan dengan kebaikan, niscaya kebaikan tersebut akan menghapuskan (keburukan). Dan pergauilah manusia dengan akhlak yang mulia.” (HR. At-Tirmidzi, dan dia berkata: Hadits Hasan Shahih)...

    Mane nabi suruh dulu? Manusia ke Allah? .. Pernah x tahu ape itu saham.. Sehelai rambut nanti berapa ramai tgk dosa+dosa .. Kau la tkg pemberi dosa tu.. Tpi ustaz kate x bermakne pula kalau dh tutup aurat terlepas dri semua dosa.. Cuma dye dah mengikut perintah Allah menutup aurat.. Tpi dosa dia sesama manusia itu dia kene minx maaf sendiri dri org yg dia sakiti tu.. Sbb Allah x mengampunkan dosa kau terhadap manusia lain.. :) .. Jadi igtlah.. Penuhi tuntutan agama dahulu.. Insyallah Allah akan pelihara Akhlak dan Iman dalam diri kita.. :)

    ReplyDelete
  12. Aq pernah dgr ceramah ugama ckp.. Kalau kau free hair tpi perangai kau elok sesama manusia.. Pernah terfikir x.. HABLUMINALLAH WA HABLUMINANNAS.. Boleh refer عَنْ أَبِي ذَرّ جُنْدُبْ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ مُعَاذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ ” [رواه الترمذي وقال حديث حسن وفي بعض النسخ حسن صحيح]

    “Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdirrahman Muadz bin Jabal radhiyallahu ‘anhuma, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda, “Bertakwalah kepada Allah di mana pun engkau berada. Iringilah keburukan dengan kebaikan, niscaya kebaikan tersebut akan menghapuskan (keburukan). Dan pergauilah manusia dengan akhlak yang mulia.” (HR. At-Tirmidzi, dan dia berkata: Hadits Hasan Shahih)... Mane nabi suruh dulu? Manusia ke Allah? .. Pernah x tahu ape itu saham.. Sehelai rambut nanti berapa ramai tgk dosa+dosa .. Kau la tkg pemberi dosa tu.. Tpi ustaz kate x bermakne pula kalau dh tutup aurat terlepas dri semua dosa.. Cuma dye dah mengikut perintah Allah menutup aurat.. Tpi dosa dia sesama manusia itu dia kene minx maaf sendiri dri org yg dia sakiti tu.. Sbb Allah x mengampunkan dosa kau terhadap manusia lain.. :) .. Jadi igtlah.. Penuhi tuntutan agama dahulu.. Insyallah Allah akan pelihara Akhlak dan Iman dalam diri kita.. :)

    ReplyDelete

BLOG INI BERMANFAAT ? LIKE PAGE KAMI !

SAHABAT SEPERJUANGAN