Home » , , , » Hebatnya Wanita Solehah...

Hebatnya Wanita Solehah...

Written By Lisanul Hakim (Ahmad Shafiq Ismail) on Monday, March 28, 2011 | Monday, March 28, 2011

Allah berfirman surah An Nur ayat 30-31:
‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya;yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang biasa nampak daripadanya’

Rasullullah s.a.w bersabda:
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah”. (Muslim)

Ciri khas seorang wanita solehah adalah kemampuannya menjaga pandangannya. Ciri lainnya, dia sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Solekannya hanya sekadar basuhan air wuduk. Gincunya adalah dengan memperbanyak zikir kepada Allah walau di mana berada. Celak matanya adalah memperbanyak bacaan al-Quran. Jika seorang muslimah menghiasi dirinya dengan perilaku taqwa, pasti akan terpancar cahaya keimanan dari dalam dirinya.

Beberapa perkara perlu ada pada seorang wanita solehah:

1 IMAN..wanita solehah amat menjaga imannya. Iman merupakan kekayaan milik mereka yang paling mahal. Justeru wanita solehah akan sentiasa berhati-hati dan menjaga percakapannya. Wanita solehah menjaga tutur kata keranan tutur kata merpakan untaian intan yang penuh bermakna dan bermutu tinggi. Dia sentiasa sedar bahawa kemuliaannya bersumberkan kemampuannya menjaga diri.

2 MURAH DENGAN SENYUMAN…wanita solehah murah dengan senyuman kerana senyuman itu sendiri adalah sedekah. Namun, senyum yang disedekahkan bersesuaian dengan tujuan. Bukan senyum pada semua lelaki yang ditemuinya. Apa yang pasti, senyumannya adalah senyum ibadah yang ikhlas dan tidak menimbulkan fitnah bagi orang lain.

3 BIJAK DALAM PERGAULAN… wanita solehah juga harus pintar dalam pergaulan walau dengan sesiapapun. Dengan pergaulannya itu ilmunya akan bertambah, sebab dia akan selalu mengambil hikmah dari orang-orang yang dia temui. Kedekatannya kepada Allah semakin baik sehingga hal itu membuahkan kebaikan pada dirinya mahupun orang lain.

4 MENJAGA AKHLAKNYA… wanita solehah akan sentiasa menjaga akhlaknya. Salah satu ciri kekuatan imannya adalah kemampuannya memelihara rasa malu. Dengan adanya rasa malu, segala tutur kata dan tindak-tanduknya akan selalu terkawal. Demikian, dia juga tidak akan berbuat sesuatu yang menyimpang dari tuntutan Al Quran dan As Sunnah. Dan tentu sahaja godaan syaitan terhadap dirinya begitu kuat. Jika dia tidak mampu melawan godaan tersebut, maka kualiti imannya boleh berkurangan. Hakikatnya, semakin kurang iman seseorang, maka makin kurang rasa malunya. Semakin kurang malunya, semakin buruk kualiti akhlaknya.

5 TAAT KEPADA ALLAH SWT DAN RASUL… wanita yang solehah itu adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Ciri-ciri kemuliaannya bukan diukur dari beraneka atau mahalnya perhiasan yang digunakan. Disebabkan itu, wanita solehah akan selalu menjaga kecantikan dirinya agar tidak menjadi fitnah bagi orang lain.

6 TIDAK KECEWA DAN SAKIT HATI… biarpun pada ketika fizikalnya terbatas, seorang wanita solehah tidak pernah merasa kecewa dan sakit hati. Malah dia semakin yakin bahawa kekecewaan adalah sebahagian dari sikap kufur nikmat. Wanita solehah sentiasa bersyukur walau dalam keadaan dirinya yang terbatas. Peribadinya begitu indah sehingga cahaya kemuliaannya terpancar dari raut wajahnya. Bahkan, kalaupun dia tidak mengenakan mekap nipis, kecantikan jiwanya tetap juga terpancar dan menyejukkan hati setiap orang berhampirannya. Ini kerana dia sentiasa yakin bahawa akan kurniaan Allah pada setiap hamba-Nya. Semakin dia menjaga kehormatan diri dan keluarganya, semakin Allah mengurniakan yang terbaik baginya di dunia dan akhirat.

7 MENUNTUT ILMU… wanita solehah banyak belajar dari lingkungan sekitar dan orang-orang yand ditemuinya. Wanita solehah cenderung membuka hati mereka dalam menerima ilmu.

8 KETURUNAN… kemunculan seorang wanita solehah mungkin disebabkan keturunan. Sukar untuk membayangkan, seorang wanita solehah yang wujud tanpa melalui proses pembesaran dan tumbesaran penuh keimanan sebagaimana didikan yang diterimanya dari keluarga sejak sekian lama. Factor keturunan nyata memainkan peranan. Begitu juga dengan pola pendidikan, lingkungan, keteladanan dan lain-lain.

selalu terfikir..kalau seseorang tu bukan dari keturunan yang kuat agamanya(merujuk ciri no. 8) ..mampukah seorang wanita solehah dilahirkan???

0 comments:

Post a Comment

BLOG INI BERMANFAAT ? LIKE PAGE KAMI !

SAHABAT SEPERJUANGAN