Home » » Secebis Pengalaman : Keperluan Anda Sebelum Ke Mesir

Secebis Pengalaman : Keperluan Anda Sebelum Ke Mesir

Written By Lisanul Hakim on Thursday, July 14, 2011 | Thursday, July 14, 2011

***kepada sahabat2 yang merasakan apa yang saya senaraikan ini terlalu banyak untuk dibawa , bawa perkara yang lebih penting seperti pakaian dan makanan.Barang2 lain hanya sampingan sahaja.

PAKAIAN

Untuk Majlis Rasmi

1-Baju Batik
2-Seluar Slack
3-Kasut Hitam
4-Stokin Hitam
5-Baju Kemeja
6-Tali Leher
7-Kot

Hari Raya

1-Baju Melayu Satu Set
2-Sampin
3-Songkok
4-Kopiah Putih
5-Jubah
6-Serban
7-Baju Raihan

Untuk Ke Kuliah

1-Baju Kemeja Pendek/Panjang
2-Baju T-Shirt Yang Bersesuaian
3-Kasut Yang Sesuai
4-Kasut sukan@bertutup

**Pakaian untuk ke kuliah sebenarnya bebas,tapi pakailah pakaian yang sesuai,bukan yang menjolok mata.

**Untuk makluman semua,apabila kalian semua sampai ke bumi kinanah ini,selalunya Mesir akan mengalami musim sejuk selang beberapa bulan daripada tarikh anda tiba di Mesir..Musim sejuk selalunya bermula pada bulan 10/bulan 11.Baju sejuk tidak perlu dibawa dan dibeli di Malaysia.Beli di sini (MESIR) sahaja.Harga untuk sehelai baju sejuk adalah murah.Sekiranya anda berhasrat untuk membeli di Malaysia , sekadar beli daripada kedai bundle sahaja . Kebanyakkan pelajar datang ke Mesir pada bulan 9.Bulan 9 masih musim panas.

http://3.bp.blogspot.com/_rpIhI2AoqZw/TRLGSqK7q6I/AAAAAAAAAKo/dY6UXAr9qT8/s1600/man_in_business_suit-2_s600x600-medium.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_K7QpghLq_ps/THRbpV-6ZLI/AAAAAAAABVY/f9eq2qIIMxE/s1600/baju_melayu9.jpg

BUKU

Semua sedia maklum bahawa Mesir adalah sebuah Negara Arab.Mestilah buku2 di sini adalah semuanya dalam bahasa Arab.Untuk memudahkan korang semua,bawalah buku2 rujukan bahasa melayu yang telah diterjemahkan.

Senarai buku yang perlu dibawa :

1-Kamus Dwibahasa Oxford Fajar BM-BI (Subjek BI Diajar Pada Semua Kuliah Di Semua Tahun 1-4)
2-Kamus Al-Miftah *** (Di Mesir Ada Dijual , terbitan Al-Azhar Media , Arab -> Melayu)
3-Kitab-Kitab Fiqh ***
4-Kitab-Kitab Rujukan ***
PALING PENTING : AL-QURAN TERJEMAHAN BAHASA MELAYU

http://1.bp.blogspot.com/_ePEleKas6fU/S8KD_Y7LPcI/AAAAAAAABA0/E-8LvHGvwZU/s1600/Image1462.jpg

*** Tak digalakkan bawa.Kalau nak bawak jugak,bawak dalam 1 atau 2 ja...takut berat beg...Kalau bawak kitab,letakkan dalam hand luggage.

BARANG-BARANG PERIBADI

1-Baju T-Shirt untuk pakaian harian
2-Seluar slack
3-Seluar track
4-Laptop (kalau ada lar) Di Al-Azhar,tak guna langsung laptop…nak bawak boleh ja…
5-Kamera digital
6-Telefon pintar/Smartphone
7-Kain pelikat
8-Baju fit untuk musim sejuk (tak penting sangat)
9-Seluar fit untuk musim sejuk
10-Ubat-ubatan peribadi
11-Charger phone
12-Ex-stantion (exstantion dibuat di mesir x berkualiti langsung) 
13-Tuala
14-Ipad/Samsung Galaxy Tab/1Malaysia Tab**(kalau ada lar...huhu)
15-GAMBAR IBU AYAH (tempat melepaskan rindu)
16-Jam loceng
17-External Hard Disc

UBATAN PERIBADI

1. Minyak Angin / Minyak Cap Kapak / gamat
2. Pil Chi Kit Tek Aun
3. Koyok
4. Paracetemol / Panadol
5. Ubat batuk / Selsema
6. Lip Balm / Lotion

Dan barang2 lain yang dirasakan perlu.benda yang tidak disenaraikan di atas,ada di Mesir

DUIT

Sebelum ke Mesir,anda diminta untuk menukarkan duit RM kepada USD (US Dollar) Tukarkan wang anda sebanyak USD 300 . Duit RINGGIT : TIDAK DITERIMA di Mesir.Hanya USD SAHAJA.Duit MESIR semestinya diterima di Mesir.Untuk tukaran wang US Dollar,Sila tukarkan wang anda di Malaysia.Boleh jika di sini,tetapi tukaran pound mesir kepada USD amatlah rugi jika ditukar.

Tukaran Semasa : USD 300 = RM 945.75  WAJIB TUKAR!Untuk permulaan ketika mula2 sampai ke sini.
Untuk mengetahui kiraan terkini,klik SINI

Wang 300 USD ini perlu dibayar kepada persatuan pelajar negeri masing-masing.Antara kegunaan 300 USD ini adalah keperluan2 anda pada 3 bulan pertama apabila anda sampai di Mesir.Setiap negeri tidak sama dari segi perbelanjaan duit tersebut.Jangan risau,duit itu akan dipulangkan semula jika terdapat lebihan yang tidak digunakan.Bukan saja2 nk kutip.yang paling penting,kebajikan anda untuk 3 bulan pertama di Mesir terjaga.

KAD BANK

Selalunya mahasiswa-mahasiswi disini membuka akaun HSBC.Buat akaun bersama,dua penama antara waris dan pelajar Sebelum ke Mesir,test deposit dan withdraw duit supaya berfungsi kad tersebut…nanti bila datang ke mesir,tak berfungsi…menangis tak berlagu…kena pulak duit beribu2 pulak dalam akaun tu…pergi dekat HSBC,kata kat dia nk bukak akaun bersama.Diorang faham…

Akaun bersama : akan dapat 2 kad bank.satu untuk waris kita dan satu kad lagi untuk kita.Nanti senang lar ayah nk deposit duit.Bila buat kad HSBC akaun bersama,ayah kita juga boleh tahu baki duit di dalam akaun tersebut.maksudnya,akaun hanya satu tapi boleh diakses menggunakan 2 kad bank,yang ada dekat kita dengan waris kita nanti.

**Apabila sekarang heboh tentang status bank HSBC yang menyokong rejim Zionis , saya mencadangkan supaya menggunakan bank alternatif seperti Maybank . Tetapi untuk menggunakan cara yang sama iaitu untuk membuat akaun bersama , saya tidak pasti , boleh melakukan atau tidak

PASPORT

Pastikan bawa kerana ia adalah nyawa anda di negara orang

http://www.zaraaluwi.com/wp-content/uploads/2010/06/DSC_0091.jpg

PERHATIAN (PENTING !)  :
Apabila kita tiba di airport Mesir,pastikan gambar di muka hadapan pasport (yang terdapat maklumat diri) sama seperti setelahmana sampai di airport.Maksudnya,jika gambar di dalam pasport anda memakai cermin mata,apabila sampai di airport Mesir,pakai juga cermin mata.Kalau tak pakai,tak payah pakai.(bagi yang bercermin mata lar).

Dalam erti kata lain,muka dan rupa paras harus sama sepertimana dalam pasport.Kerana apabila proses imigresen,arab yang menjaga di situ akan melihat muka kita,sama atau tidak seperti mana dalam pasport.Kalau sama,Alhamdulillah.Kalau tak sama,alamatnya kena tahan lar....Orang arab tu ingat,kita guna pasport orang lain.Orang arab Mesir ni pelik sikit.Ni bukan perkara main2 OK !

BAGASI

Disarankan membawa 1 beg bagasi besar,1 kotak kosong sebesar CPU Komputer,tapi besar sikit,dan beg galas

--Beg bagasi,akan dibawa ke perut pesawat,macam kat dalam bas
-----Berat bagasi mengikut syarikat penerbangan.

Contoh :

Gulf Air-30 kg,
Kuwait Airways-35 kg,
Egypt Air-46kg,
Etihad Airways-30kg,
Singapore Airlines-40kg
Qatar Airways-30kg

--Kadang-kadang berat kilo yang dibenarkan adalah berbeza sekiranya anda mengambil tiket "One Way" iaitu tiket sehala atau "Return" iaitu pergi dan balik . Mengikut pengalaman saya , tiket sehala lebih sedikit bilangan kilo yang dibenarkan dan tiket return selalunya diberikan lebih banyak bilangan kilo yang dibenarkan.

--Berat bagasi yang dibenarkan juga adalah berbeza mengikut status penerbangan .Jika penerbangan domestik (penerbangan dalam negeri) , berat kilo yang dibenarkan lebih sedikit dan penerbangan antarabangsa selalunya akan lebih banyak .

--Kotak juga akan dibawa ke perut pesawat

--Beg galas/beg laptop (hand luggage) akan dibawa bersama dibawa ke atas pesawat.minima berat 5kg sahaja.
BEG BAGASI / KARGO

http://4.bp.blogspot.com/_lIYMBjTWtDU/TS5WY9AgMcI/AAAAAAAABfs/fjf7l2XRA14/s1600/trolley_bag.jpg

http://3.bp.blogspot.com/_rOucBx4VicY/SNUBT9osHuI/AAAAAAAAAFQ/kLUSdySlVgk/s320/Imej(258).jpg

HAND LUGGAGE -Beg Galas / Standard Beg Laptop

http://newsimg.bbc.co.uk/media/images/42113000/gif/_42113660_max_hand_luggage.gif

Contoh Kotak - Tapi Kecil Sikit Daripada Ini....

http://3.bp.blogspot.com/_-qC8OBKitC8/TQzcaolK0WI/AAAAAAAAAYU/r_Y3ewQ4FIo/s1600/gram%2Bbox.JPG

***Selalunya apabila kita hendak berlepas,bagasi kita akan ditimbang,jika berat melebihi yang ditetapkan,akan dikenakan bayaran.So,untuk mengelakkan perkara ini terjadi,bawa seorang sikit dan sebelum bertolak dari rumah menuju ke lapangan terbang,timbang bagasi anda.

BARANG MAKANAN (Paling Penting Untuk Anda Di Mesir)

Barang-Barang Yang Perlu Dibawa & Tiada Di Mesir

PERINGATAN : Ini hanya cadangan…Saya tak suruh anda membawa kesemuanya.

Barang-barang yang tidak disenaraikan di bawah,ada di Mesir.(tidak semua) - jangan beli jenis nak guna seminggu,beli sepapan / sekotak (untuk kegunaan jangka masa panjang) ...Jangan beli satu dua bungkus je taw...haha

1-Ikan Bilis 
2-Ikan Kering/Ikan Masin***
3-Rempah Masakan (Ayam-Ikan-Udang-Sotong-Ketam-Kurma-Kunyit)
4-Minuman segera (MILO-Nescafe-RADIX-Horlicks) ***
5-Makanan segera (Maggi-Bihun PAMA-Ruski) - Mi segera di Mesir (Indomee) totally dari Indonesia
6-Santan serbuk (Di Mesir tiada santan siap,kena perah sendiri santan dari kelapa)
7-Perencah (Nasi Goreng-Bihun Goreng-Tom Yam-Sup-Sup bunjut)
8-Kiub (Ayam-ikan bilis-Tom Yam)***
9-Sos dan Kicap (cari yg botol plastik)-balut dengan surat kahabar…takut disekat/tumpah dalam beg untuk dibawa ketika nk keluar negara
10-Asam keping***
11-Daun pandan***
12-Daun kari***
13-Kerisik***
14-Serunding***
15-Daun limau purut***
16-Bihun (ada di Mesir tp mahal sangat2)
17-Serbuk Perasa (Maggi Cukup Rasa/Hilal/Know Pasti Sedap)
18-Belacan (balut dengan palstik/kertas tebal supaya tidak berbau)
19-Daun kesum***
20-Daun pandan***
21-Sagu***
22-Biji selasih***
23-Belacan
24-Jeruk madu Pak Ali***
25-Kerepek/Keropok***
26-Pencelup Sirap Ros/Keladi/Oren/Laici/Anggur

Tanda *** ialah yang tidak digalakkan bawa.Tapi tiada masalah untuk membawa barangan tersebut.

#Sebenarnya untuk pengetahuan sahabat-sahabat , kebanyakkan barang-barang di atas ada dijual di Mesir tetapi harga begitu mahal kerana ia diklasifikasikan sebagai barang import.Untuk memudahkan sila bawa terus dari Malaysia.Ada lagi barang yang saya tidak senaraikan cuma ini barang yang kerap mahasiswa dan mahasiswi bawa ke Mesir .

Jangan Bawa!

(bukan bermaksud tidak boleh sama-sekali untuk bawa.Cuma,tidak digalakkan.Kalau anda rasa ia perlu untuk diri anda,silakan bawa.Tujuan saya menulis di bawah hanyalah untuk memudahkan anda membawa perkara yang lebih penting.Ia juga dapat menjimatkan ruang beg/bagasi anda)

1-Periuk nasi
2-Beras
3-Ubat gigi
4-Berus gigi
5-Daedorant
6-Sikat
7-Pemotong kuku
8-Gunting
9-Pisau
10-Penyangkut baju
11-Sabun mandi / sabun basuh baju / sabun basuh pinggan
12-Syampu
13-Pisau cukur
14-Pemotong rambut
15-Barang2 kosmetik
16-Pencuci muka
17-Air mineral
18-CD/DVD
19-Duit MALAYSIA
20-Minyak wangi…(nk bawak boleh jugak tapi letakkan di dalam beg kargo/bagasi )
21-Periuk belanga
22-Cawan
23-Pinggan
24-Sudu/garpu
25-Broadband
26-Garam/Gula
27-Mee
28-Kuew Teow
29-LESUNG BATU
30-Lesen Memandu Malaysia
31-Kad Pengenalan
32-Sijil-Sijil Pengajian - UPSR/PMR/SMRA/SMRAMM/SPM/STPM/STAM/Diploma dan sebagainya
33-Gayung/cebok
34-Dapur gas
35-Tin biskut
36-Barangan kaca yang mudah pecah
37-Kelambu
38-DVD Player
39-Televisyen
40-Cermin
41-Alatan pertukangan - Tukul besi / gergaji / dan sebagainya

Bagi barang yang bernombor 30-32 , sijil , MyKad dan lesen memandu langsung tidak digunakan di sini . Jadi , tidak perlulah untuk dibawa . Sekiranya berlaku kehilangan ? huhu ... Redha jelar ... Jadi , lebih baik tinggal sahaja di Malaysia . Tetapi , mengikut pengalaman , MyKad masih diperlukan untuk penerbangan domestik (dalam negeri) . Jadi , perlu bawa juga MyKad . Penerbangan antarabangsa akan menggunakan Passport , tidak lagi digunakan MyKad sebagai tanda pengenalan diri .

KAD SIM
Di Mesir terdapat 3 telco utama iaitu Vodafone Egypt,Etisalat dan Mobinil.tetapi kebanyakkan rakyat Malaysia di sini memakai Etisalat.Jangan risau,soal sim card akan diuruskan oleh abang2/kakak2 lama.Mereka akan tunjukkan kepada anda nanti setelah datang ke sini.

URUSAN KETIBAAN

Untuk urusan ketibaan anda seusainya anda tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah,Mesir , anda akan disambut dengan pasukan penyambut,Ia dinamakan Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB).Setiap negeri yang ada di Malaysia , juga ada di Mesir mempunyai organisasi tersebut.Mereka akan menyambut anda di Balai Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah dengan penuh mesra.

Tujuan setiap persatuan pelajar negeri menubuhkan organisasi ini adalah untuk mengelakkan anda terkontang-kanting berseorangan apabila sampai di Mesir.Saya berikan contoh gambar.Ini adalah pasukan penyambut daripada negeri Pulau Pinang.Tugas team USMB ini juga akan menjaga kebajikan anda bermula daripada anda sampai di Mesir hingga cukup dan genap 3-4 bulan anda berada di Mesir.Kebajikan itu merangkumi tempat tinggal,pengangkutan,makanan dan sebagainya.






- Kami di Mesir akan menyambut anda di Lapangan Terbang...Jangan risau !

BANTUAN KEWANGAN

Setiap negeri berbeza cara untuk memohon zakat . Anda perlu merujuk kepada pusat zakat dan baitulmal negeri masing-masing untuk memohon bantuan pendidikan melalui zakat . Datang ke pejabat mereka dan isi borang bantuan pendidikan zakat . Dari segi kadar zakat setahun juga tidak sama . Untuk negeri Pulau Pinang , (negeri lain saya tidak pasti ) sila ke Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang di Bandar Perda , Bukit Mertajam , minta kepada mereka borang bantuan zakat permulaan ke luar negara . Isi borang tersebut dengan lengkap dan hantar kepada mereka .

InsyaAllah dalam sebulan sebelum berangkat ke Mesir , akan diserahkan cek bantuan tersebut yang bernilai RM 2000  sebagai bantuan bagi yang tidak berkemampuan untuk menampung pembelian tiket kapal terbang.Bantuan tahunan zakat apabila kita najah naik tahun , isi borang bantuan pendidikan di Pejabat Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang di Lebuh Pantai , Pulau Pinang (berdekatan dengan Padang Kota Lama Pulau Pinang ) , naik ke tingkat 2 , berjumpa dengan Kak Zana / Pegawai Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang Bahagian Pendidikan.Minta borang kepadanya dan hantar secepat mungkin .

Selain daripada pusat zakat dan baitulmal , anda boleh juga memohon bantuan daripada Yayasan Islam Negeri.Tetapi mereka menyerahkan wang itu dalam bentuk pinjaman (tak pasti).Mohon kepada mereka , isi borang dan ikuti prosedure yang ditetapkan oleh pihak mereka.
(Saya tak ada info sangat mengenai cara memohon daripada Yayasan Islam.)

(urusan di negeri Pulau Pinang)
- Bantuan zakat tahunan / bantuan pendidikan tahunan (setahun RM 5000 jika berjaya naik tahun) sila mohon di Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
- Permohonan untuk bantuan permulaan (wang tiket kapal terbang dsb) , sila mohon di Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang.

- Untuk bantuan pendidikan luar , anda boleh membuat surat permohonan bantuan ke sektor-sektor swasta untuk menampung perbelanjaan semasa di Mesir.(Sumbangan luar)
CONTOH : Hasani Book Store , Nasi Kandar Nashmir , dan Individu2
***cer mintak...saya dah mintak...Asalkan jangan malu...Kalau malu , x dapat ler...huhu

- Bantuan zakat tahunan akan diberikan jika kita najah / lulus naik tahun.Jika kita tidak naik tahun.Bantuan tidak akan diberikan.
- Ada sesetengah negeri tidak diberikan zakat permulaan sebelum ke Mesir.Guna wang sendiri. Jangan keliru!
- Jangan keliru apa yang saya tulis di atas kerana ini prosedure di Pulau Pinang.Jika permohonan untuk negeri lain saya tidak pasti bagaimanakah caranya.

MEMOHON SUMBER LAIN UNTUK WANG SIMPANAN PERIBADI

Untuk contoh surat minta bantuan zakat/dermasiswa,klik link di bawah.DALAM BENTUK NOTE DI FACEBOOK.Matlumat itu,ubah kepada maklumat diri anda


Untuk meminta sumbangan , sila sertakan / kepilkan (sekurang-kurangnya) :

1-Surat sumbangan di atas, (sila klik LINK di atas)
2-Surat pengesahan dari pihak sekolah (boleh minta di pejabat sekolah) :


3-Surat tawaran ke Universiti Al-Azhar dari jabatan agama islam di negeri masing-masing


4-Anggaran belanjawan kos sara hidup untuk harian/bulanan/tahunan  termasuk kos sewa rumah , pengangkutan , buku , yuran pengajian , makanan dan wang saku



LAIN-LAIN

Persedian sebelum masuk ke kuliah,HAFAL SATU JUZUK AL-QURAN.Nanti tak gelabah bila nk syafawi Al-Quran.Peperiksaan Al-Quran adalah semasa Semester ke2.Lebih kurang bulan 6.Memang lama lagi,tapi hafal siap2.banyak tu…21 muka surat…

Duit dalam simpanan,standby dalam RM 2000/RM 3000.banyaknya!Jangan risau,duit insyaAllah orang bagi.

Satu lagi perkara penting apabila anda di Mesir.Anda perlu pandai memasak.Setiap hari akan ada orang yang ditugaskan untuk memasak.Kepada sesiapa yang tidak pandai masak,belajarlah dari sekarang.Mintalah secret recipe daripada ibu anda.Nak teror lg,masuk MasterChef Malaysia...gerenti pandai masak...hehe.Masak tomyam ke,gulai ke,sambal ke dll...Masak untuk ahli bait lebih kurang 9 orang untuk setiap rumah.PENTING NI....haha

Untuk mengeratkan ukhwah sesama ahli bait,setiap hari,setiap kali waktu makan,anda dikehendaki makan beramai-ramai,berjemaah dengan menggunakan TALAM.Maksudnya,makan dalam talam lar....barulah ukhwah itu terjalin dan persahabatan itu InsyaAllah berkekalan....sesiapa yang masih geli untuk makan dalam talam tu,biasa-biasakan lar yer...


Kalau ada apa2 pertanyaan lanjut , hubungi saya melalui :

1- Lisanul Hakim on Facebook , (Akaun Facebook Pertama)
Lisanul Hakim II on Facebook , (Akaun Facebook Kedua)
Follow Lisanul Hakim On Twitter , (Akaun Twitter)
Follow Lisanul Hakim on Instagram (Akaun Instagram)

2- ahmadshafiqismail@gmail.com - Gmail/Google Plus/Blog

3- Whatsapp/Viber/Kakao Talk/LINE/ChatON saya di  :
+6019-5233718

4-BeeTalk ID : 194 627 7400

5-WeChat : ID : asbi_alazhar
(Sebelum mesej , perkenalkan diri dulu)

6.Blog : http://www.lisanul-hakim.blogspot.com

Saya mengucapkan Selamat Datang Ke Bumi Mesir Ardul Kinanah...Ikhlaskan niat anda semata-mata untuk menuntut ilmu di sini.Ilmu dunia dan ilmu akhirat.Selamat Berlepas dan Selamat Datang...Selamat berjuang dan menggali ilmu di sini ! Kami di Mesir mengalu-alukan kedatangan anda...

http://4.bp.blogspot.com/_j_yEjl3b-yY/TMmITXB_L_I/AAAAAAAAAXI/Hzsl4n0je1s/s1600/Piramid.JPG

Dikemaskini Kali Terakhir : 26/08/2014

Cetusan Idea & Pembentukan Artikel Ini Sumbangan Bersama :
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM)

Blog : Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir
Facebook : PMRAM Cawangan Penang

22 comments:

  1. salam,
    nak tnye,kenape bnde2 mcm sikat,berus gigi sume tu tak payah bawak?dah tu cane nk berus gigi?
    smpai sane terus beli berus gigi ke?

    ReplyDelete
  2. wslam...bukan x boleh bawak...boleh saja nak bawak,cuma,benda2 tu kat sini pun ada,kita dlm proses nak jimatkan ruang dalam beg...itu sahaja...perkataan "JANGAN BAWA" itu bukan bermaksud "x boleh sama sekali" cuma kalau anta rasa ia perlu,silakan bawa...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum sahabat..saya ingin bertanya. boleh beri cadangan? saya mencari agen kargo melalui kapal laut. ingin m'eksport barang ke port said dari malaysia.boleh bantu? tlg email ke ramen_kenpo87@yahoo.com terima kasih.

    ReplyDelete
  4. kalu amik dentistry kat alex pon ade ujian syafawi ke??

    ReplyDelete
  5. tak ada...ini cuma di universiti Al-Azhar sahaja...yg ambil bidang pengajian islam

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..ana nk tanye ujian syafawi tu kene hafal 1 juz kan...juzuk mane2 pun boleh ke??

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, bermanfaat utk ana. mohon share :)

    ReplyDelete
  8. Reez San : Tahun 1 : Juzuk 1 , Tahun 2 : Juzuk 2 , Tahun 3 : Juzuk 3 , Tahun 4 : Juzuk 4

    Capital A : Silakan :)

    ReplyDelete
  9. salam.terima kasih atas post diatas. siap ade gambar lagi.sangat membantu.

    ReplyDelete
  10. Salam
    nak timbang tu macam mana?? kalau timbang kat airport then terlebih, takleh keluarkan ke brg2 yg taknak? hehe..
    Agak2 nye almari plastik patut beli dr Msia ke?
    mcd ade ke kat sana?
    baru2 ni kan perang, tp dah ok tp saya dengar harga brg2 naik, so baju sejuk elok bila kat mana?
    untuk sebulan patut bawak berapa US? Dalam RM?

    ReplyDelete
  11. waalaikumussalam....klau tuan anonymous rujuk ayat dalam artikel di atas pada perenggan bwh skali.... "Sebab,selalunya apabila kita hendak berlepas,bagasi kita akan ditimbang,jika berat melebihi yang ditetapkan,akan dikenakan bayaran.So,untuk mengelakkan perkara ini terjadi,bawa seorang sikit dan SEBELUM BERTOLAK DARI RUMAH menuju ke lapangan terbang,timbang bagasi anda....

    -untuk mengelakkan punggah brangan berlebihan muatan di airport...timbanglar kt rumah...lebih selamat...tkut nnti...kt airport bru nk timbang...bila lebih susahlar...
    -untuk almari plastik x payah beli....kat mesir berlambak2...lagipun di rumah negeri disediakan selengkap2nya keperluan asas mcm meja study,almari baju,almari buku,katil,tilam....
    -restoran McD ada di seluruh dunia...semestinya kat Mesir ada...
    -masa bila pulak mesir perang?mesir tak pernah perang...sblum tu nk bagi definisi perang....Perang bermaksud dua pihak atau lebih , berperang mengangkat senjata untuk tujuan mendapatkan sesuatu....para demo/pro mursi x bwak senjata...diorang buat perhimpunan aman....yang menghuru-harakann suasana adalah pihak polis dan tentera....
    -biasalah barang naik...mcm kat malaysia jugak...x perlu risaular....
    -untuk baju sejuk....x pyah beli di malaysia....buang duit ja...mahal...b eli di mesir sebab mesir ada iklim sejuk....so murah...malaysia x da musim sejuk...bila x da...bila diorang jual mmg mahal lar....ok klau nk spare,beli yg bundle pun x pa...nk pkai sekejap ja...nanti akan ada satu trip khas untuk membeli beli sejuk semata2....time tu nak beli ,beli lar bnyak mna pun sebab murah....
    untuk permulaan ni...spare dlm 400 USD atau 1 ribu lebih.....tiap2 bulan ni klau mak ayah bank in 500 ringgit dh terlebih ckup....klau 400 tu bolelar....dan spare duit dlm simpanan sma dalam 2000 ringgit...

    ReplyDelete
  12. Salam. Tumpang tanya, kalau nak minta bantuan zakat penang tu kena bawak dokumen apa eh?

    ReplyDelete
  13. salam nak tanya ahli rumah kita mmg ditentukan or kita yg pilih ?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum .
    Nak tanyaa , untuk perubatan macam belajar guna buku apa ye ?

    ReplyDelete
  15. Assalam. Saya di fahamkan rumah nanti kpt tak akan uruskan. So.. soal agent tu.. Mcm mana eh saya nak dapat? untuk uruskan rumah ja?

    ReplyDelete
  16. Assalam. Saya di fahamkan rumah nanti kpt tak akan uruskan. So.. soal agent tu.. Mcm mana eh saya nak dapat? untuk uruskan rumah ja?

    ReplyDelete
  17. Salam. Nak tanya macam mana untuk yuran pengajian 30k sthun klau medic? Nk mintak pinjaman atau sumbangan mana? Boleh share maklumat? Tq

    ReplyDelete
  18. Salam. Nak tanya macam mana untuk yuran pengajian 30k sthun klau medic? Nk mintak pinjaman atau sumbangan mana? Boleh share maklumat? Tq

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum...nk tnya psl tiket kpl trbang..anggaran biasa agak2 berapa RM???

    ReplyDelete
  20. TAHUN BARU PINJAMAN TAWARAN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA DARI JESSICABROWNFINANCEFIRM !!!

    Kami ingin semua pelanggan kami yang dihormati tahun baru gembira, dan mengalu-alukan anda semua untuk syarikat pinjaman pinjaman global kami. Adakah perniagaan anda memerlukan pembiayaan? Adakah anda memerlukan wang untuk membeli peralatan, skala strategi pemasaran anda, atau mengambil pekerja-pekerja baru? Tidak kira apa keperluan anda, ada satu perkara yang anda perlu ingat: mencari pinjaman perniagaan adalah lebih mudah hari ini dalam tahun 2017 berbanding sebelum ini. Kami adalah sebuah organisasi syarikat pinjaman global; kita adalah yang paling cepat bahawa apa-apa pinjaman kepada individu yang layak, syarikat swasta dan orang ramai pada kadar faedah 4% tanpa cagaran.

    Hubungi kami hari ini untuk permintaan pinjaman anda melalui e-mel: jessicabrownfinancefirm@gmail.com PINJAMAN Perkhidmatan yang disediakan termasuk:
    ========================== ======
    * Commercial Lending.
    * Pinjaman peribadi.
    * Perniagaan Kredit.
    * Pinjaman Pelaburan.
    * Pinjaman Pembangunan.
    * Pinjaman Hasil.
    * Pembinaan Pinjaman.
    * Pinjaman Perniagaan Dan lain-lain lagi:
                                                                                BORANG PINJAMAN:
                                                                           =================
    DATA PERMOHONAN
    1) Nama Penuh:
    2) Tempoh pinjaman:
    3) Alamat:
    4) Seks:
    5) Status perkahwinan:
    6) Tempat Kerja:
    7) Nombor Telefon:
    8) Pendapatan bulanan:
    9) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
    10) Nama Facebook:
    11) Agama:
    12) Tarikh lahir:
    13¬) Kemudian kaum kerabat

    Selamat sejahtera.
    Pengarah Pinjaman: MRS JESSICA BROWN
    Regional kepala ibu pejabat Alamat: Nehru Place 13th Floor Eros Corporate Tower New Delhi 110 019.INDIA
     


    Jessicabrownfinancefirm - Copyright © 2017. Hak Cipta Terpelihara

    ReplyDelete
  21. Smartphone murah tak kat sana?? :-)

    ReplyDelete

BLOG INI BERMANFAAT ? LIKE PAGE KAMI !

SAHABAT SEPERJUANGAN