Home » » Islam Tersebar Melalui Penghinaan Terhadap Islam

Islam Tersebar Melalui Penghinaan Terhadap Islam

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Saturday, September 24, 2011 | Saturday, September 24, 2011

Mutakhir ini, terlalu banyak penghinaan terhadap Islam telah berlaku. Sama ada ia berbentuk video, ucapan, kelakuan, dan sebagainya. Dan antara yang terbaru adalah penubuhan kumpulan murtad di Malaysia dan Singapura di facebook. Mereka menubuhkan kumpulan keparat ini di facebook kerana facebook merupakan salah satu cara yang amat berkesan untuk menyampaikan mesej.

Sebilangan besar umat Islam hari ini melakukan kesilapan besar dengan bersikap 'defensif' terhadap celaan dan hinaan-hinaan itu. Mereka hanya menyatakan "Islam itu agama keamanaan", "kita harus berlembut", yang kononnya hujah ini adalah berkesan untuk memperjuangkan Islam. Hanya sekadar ini jawapan yang diberikan terhadap celaan dan hinaan tersebut. Sepatutnya, umat Islam harus menyerang kembali hinaan-hinaan itu dengan cara yang hikmah, intektual, dan lebih baik.


ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. [an-Nahl (16):125]

Lesen celaan dan penghinaan terhadap Islam telah diluluskan oleh Amerika dan Israel sejak peristiwa 11 September, di mana mereka menuduh Islam sebagai pengganas yang menyerang WTC. Walaupun masyarakat dunia kini sudah tahu bahawa serangan ganas 11 September itu bukan dilakukan oleh umat Islam, perkara ini merupakan titik tolak bagi puak-puak kafir harbi untuk menghina Islam secara bebas dan berlesen. Inilah konspirasi yang didalangi oleh Zionis dan disokong oleh sekutu keparat mereka, Amerika Laknatullah. Apa pun, tanpa kita sedari, penghinaan terhadap Islam saban hari sebenarnya ada membuahkan impak positif dalam perkembangan Islam akhir zaman.

Mereka menghina Islam dari segala aspek dari segi ibadah solat, pakaian, penampilan, dan kemunduran umat Islam hari ini. Di sebalik penginaan itu, ramai yang tertanya-tanya apakah itu Islam? Perkara ini berlaku kerana para penghina itu sebenarnya telah melakukan iklan percuma walaupun niat mereka sebenarnya adalah untuk menghina Islam. Di sebalik penghinaan tersebut, masyarakat dunia amat berminat untuk mengenal Islam dengan lebih dekat.


Misalnya, sejak peristiwa 11 September berlakiu, seramai 34000 warga Amerika telah memeluk Islam. Angka ini merupakan angka yang terbesar sejak kehadiran Islam di Amerika. Perkara ini jelas menunjukkan ia merupakan satu gelombang kebangkita pemikiran untuk menentang kegelapan kekufuran. Cahaya Islam mula tersebar dengan begitu luas walaupun hinaan demi hinaan diterima oleh umat Islam seluruh dunia.

Tanpa menghiraukan seruan-seruan sumbang golongan kafir yang memusuhi Islam, umat Islam di Barat terus menghadiri masjid, berdakwah, dan menunaikan solat secara terbuka. Lebih menakjubkan, seruan-seruan Khilafah juga bergema di negara-negara Barat seperti di Amerika, Britain, Ukraine, Poland, Australia, dan lain-lain. Ini merupakan perkembangan yang sangat positif yang perlu disedari oleh golongan yang menghina Islam mahupun umat Islam itu sendiri.

Dan umat Islam pula, 'patut mengucapkan terima kasih kepada penghina-penghina Islam tersebut'. Impak dan propaganda mereka ternyata menemui 1001 kegagalan dan kerosakan, bahkan sangat memihak kepada Islam. Kepada yang sibuk menghina Islam, hinalah Islam sepuas-puasnya sehingga bala menimpa kalian.

Bagi umat Islam pula, tidak seharusnya kita terus berdiam diri dengan keadaan sebegini. Kebiadapan mereka wajib dijawab dengan jihad akbar. Namun, jihad akbar itu tidak mungkin akan terlaksana sekiranya satu-satunya institusi politik agung belum tertegak, yakni Daulah Khilafah. Dengan adanya Khilafah, sang Khalifah pasti akan menghantar ketumbukan tentera untuk menghapuskan segala penghinaan terhadap Islam.
 
Sumber : Soutul Mujahid.com

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN