Home » » Pandangan Dari Al-Azhar Berkaitan Demonstrasi Aman

Pandangan Dari Al-Azhar Berkaitan Demonstrasi Aman

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Thursday, May 10, 2012 | Thursday, May 10, 2012

Sedang mencari maklumat,tiba-tiba terbaca berita ini yang disiarkan oleh "Masryl Youm" bertarikh 15 Januari 2012:

Pandangan dari Al-Azhar berkaitan demonstrasi aman yang dikeluarkan oleh Syeikh Al-Azhar, Dr.Ahmed At-Toyyib bahawa menjadi hak rakyat untuk keluar membantah pemimpin yang zalim dalam keadaan aman jika nasihat rakyat tidak diendahkannya.

Beliau berucap dalam satu muktamar "Sunnah Nabi: Antara Realiti dan Harapan" berkata:

"Islam menolak sama sekali segala bentuk kezaliman, mengharuskan untuk menangani para pemimpin yang zalim dengan syarat (rakyat) tidak mengangkat senjata supaya tidak membawa ke kancah perang saudara yang boleh menjerumuskan kepada fitnah yang lebih besar". Teks ucapan beliau dibacakan oleh Dr.Hasan Syafii, Penasihat Syeikh Al-Azhar.

Bermakna, Syeikh Al-Azhar sendiri membenarkan demonnstrasi yang aman tanpa mengangkat senjata dan harus keluar menentang pemimpin yang zalim jika nasihat dari rakyat tidak diendahkannya

Sumber : Facebook

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN