Home » , » Niqab | Penyakit Niqabis Gedik

Niqab | Penyakit Niqabis Gedik

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Sunday, April 14, 2013 | Sunday, April 14, 2013

Maksud Niqab | “a face veil covering the lower part of the face (up to the eyes) worn by Muslim women” (sumber). Niqab atau Purdah ialah kain yang digunakan untuk menutup sebahagian muka dan hanya menampakkan bahagian mata sahaja. Ada pelbagai jenis dan cara pemakaian. Ada purdah arab, purdah melayu etc. Saya tidak berminat untuk mengulas panjang pada definisi dan perincian niqab ini. Saya kira ramai sudah sedia maklum apa itu niqab. Saya juga tidak akan membahaskanhukum pemakaian niqab dan juga khilaf-khilafnya.

Artikel kali ini lebih kepada pendapat saya sekitar fenomena pemakai niqab yang sedikit tergedik-gedik kebelakangan ini. Bukan semua gedik tetapi ada yang gedik. Fenomena ini saya ingin kategorikan sebagai penyakit. Ya, penyakit ummah terkini.
Fenomena Gadis Niqab

Sekarang ni saya perasan ramai muslimah-muslimah terutamanya di Malaysia semakin tertarik untuk mengamalkan Islam dalam hidup mereka. Alhamdulillah. Antara yang ketara ialah keinginan untuk memakai niqab atau purdah. Ini merupakan satu penghijrahan yang besar dan anda semua layak untuk mendapat ucapan tahniah! Saya mendoakan anda semua terus thabat dan mujahadah dalam menghidupkan Islam dalam diri.

Namun, Niqabis gedik juga turut dikesan!

Berlambak gambar-gambar muslimah berniqab di Facebook hari ini. Nak pose dan gaya macam mana? Cakap sahaja, semua ada! Gambar baru lepas makan dan upload gambar.”Hihihi..muka baru kekenyangan lepas makan. Alhamdulillahh..rezeki Allah” Aw aw aw~

Gedik itu bukan sekitar gambar-gambar sahaja namun turut serta status,ayat-ayat serta cara berinteraksi dengan lelaki ajnabi. Ada yang berbalas-balas komen dengan penuh suasana ‘islamic’ gedik. Haih.
Saya Anti Niqabis?

Sama sekali tidak! Saya bukan anti niqab dan bukan benci mereka yang memakai niqab. Kerana sayasayang akan golongan inilah saya terdetik untuk melontarkan pandangan dan saranan saya ini. Pernah sekali saya berjenaka dengan kawan rapat saya.

“Weh, kalau ada dua awek cun depan kau dan sorang pakai purdah,sorang lagi seksi meksi cun melecun, mana satu kau nak pilih?”

“Kompem la aku pilih yang purdah tu der!”

“Ok la.. kalau ada dua perempuan, sorang pakai tudung labuh dan sorang lagi purdah, mana satu kau lagi tertarik?”

“Mesti la purdah brotha!”

“Kenapa bro? Tak ke macam ninja je pakai purdah tu? Haha.. ”

“Tah la bro.. dia ada aura lain macam la yang pakai purdah ni. hmm..”

Perbualan kami terhenti disitu dan masing-masing hanyut dalam lamunan masing-masing. Mungkin mencari jawapan.

Jadi, saya bukan anti niqabis! :p

Dimana Silapnya?

Saya pun tidak pasti dimana salahnya. Bagaimana fenomena ini boleh menular dengan laju dalam masyarakat hari ini. Cuma sedikit sebanyak saya tertarik untuk mengaitkan isu ini dengan fenomena cinta islamik yang juga hebat membadai sekarang. Remaja kita pada hari ini disuap dengan pelbagai bahan bacaan yang berunsur cinta yang kononnya islamik. Buktinya, Producer-producer filem juga tidak terlepas pandang akan fenomena menarik ini lalu mereka berlumba-lumba menghasilkan filem-filem cinta islamik seperti 7 Petala Cinta dan banyak lagi filem seumpama ini.

- Artis yang berlakon dalam cerita cinta islamik ramai yang pakai niqab. Perkara ini nampak cool dan remaja pun eksited nak meniru. Apabila artis menjadi idola/tuhan. Haih

Remaja kita kini hanyut dalam cinta islamik. Maka mereka cuba mengamalkan islam yang dicorak dan dipandu oleh novel-novel dan kisah-kisah cinta romantik islamik itu. Maka lahirlah niqabis yang update status Facebook mereka yang berbunyi seperti:

” Kecantikanku ini hanya untuk bakal imamku”

Gambar koleksi-koleksi buku mereka yang di upload di Facebook juga cukup signifikan menggambarkan ‘bahan tarbiah’ mereka. Kebanyakannya cintan cintun belaka. Cinta tidak salah namun ianya bukan benih yang sepatutnya disemai dalam usaha memahami Islam dan beramal dengannya. Lagi-lagi cinta antara lelaki dan perempuan.


Tambahan: Mungkin kerana terpengaruh dengan novel-novel cinta islamik ini maka mereka memakai purdah untuk menyambut bakal-bakal imam seperti saya (suka gadis berniqab). Ok gurau. LOL
Pesanan Buat Niqabis

Pertama sekali saya ingin mengatakan bahawa saya kagum tahap dewa dengan tahap mujahadah anda untuk istiqamah dalam memakai purdah. Teruskan dengan keputusan anda itu. Saya akan sentiasa doakan anda semua.

1) Semoga keputusan anda ini dipandu dengan niat untuk meraih redha Allah semata-mata. Bukan untuk sesiapa atau apa-apa.

2) Anda cantik! “There is no one in this earth more beautiful than a muslim woman who dresses to please Allah.” Ya, anda cantik jika anda lakukan ini semua semata-mata kerana Allah.

3) Jagalah akhlak anda dengan sebaik-baiknya kerana anda membawa imej Islam. Bahkan dengan anda memakai purdah itu, tanggungjawab anda lebih besar dalam menjaga imej Islam itu. Masyarakat akan memandang tinggi anda apabila anda berniqab dan tatkala ada sedikit khilaf atau kesalahan yang dilakukan oleh anda maka ia akan lebih berat dimata masyarakat sekeliling, kerana anda niqabis.

4) Banyakkan membaca bahan-bahan ilmiah yang sepatutnya. Dalami perihal aqidah,akhlak,fiqh dan cabang-cabang ilmu islam yang lain. Novel-novel cinta islamik tu, kurang-kurangkanlah ye. Bukan tak boleh tapi jangan sampai jadikan ‘kitab’ cinta itu rujukan amal anda.

5) Yang terakhir, ayuh kita menjadikan taqwa itu pakaian kita. Kerana itulah sebaik-baik pakaian.

“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami sudah menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Surah al-A’raaf, ayat 26).

Pesanan Buat Daie

Saya langsung tidak menyalahkan naqabis yang gedik ini atas apa yang telah mereka lakukan. Namun, saya meletakkan 100% tanggungjawab ke atas para daie di Malaysia khususnya atas apa yang berlaku ini. Ini salah anda. Ini salah saya. Ini salah kita! Pasti ada silapnya pendekatan kita dalam menyampaikan islam sehingga apa yang diterima oleh mereka ialah Islam sebegini. Ayuh muhasabah dan perbaiki!

Ada sesiapa yang ingin membangkang atau berkongsi pendapat lain?

Sumber : Harian Islam

2 comments:

SAHABAT SEPERJUANGAN