Home » , » Hukum Pemakaian Pakaian Tentera Yang Mempunyai Kalimah ‘Allah’ Dan ‘Muhammad’ Terhadap Mayat Bukan Islam Dalam Upacara Pengkebumian

Hukum Pemakaian Pakaian Tentera Yang Mempunyai Kalimah ‘Allah’ Dan ‘Muhammad’ Terhadap Mayat Bukan Islam Dalam Upacara Pengkebumian

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Monday, April 21, 2014 | Monday, April 21, 2014

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-104 yang bersidang pada 2-4 September 2013 telah membincangkan Hukum Pemakaian Pakaian Tentera Yang Mempunyai Kalimah ‘Allah’ Dan ‘Muhammad’ Terhadap Mayat Bukan Islam Dalam Upacara Pengkebumian. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan-pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Lafdz Al-Jalalah (Allah) dan Muhammad (Nabi Muhammad SAW) adalah merupakan kalimah yang wajib dipelihara kehormatannya daripada sebarang perkara yang boleh mencemarkannya seperti memakai/membawa kalimah-kalimah tersebut ke upacara ibadat orang bukan Islam atau pun ke tempat-tempat yang boleh menyebabkan terkena najis.

Muzakarah juga menegaskan bahawa para ulama’ berpandangan bahawa adalah haram menulis sesuatu daripada ayat al-Quran atau nama yang diagungkan pada sesuatu objek yang berkaitan dengan mayat kerana ia akan terkena najis nanah yang bercampur darah. 

Sehubungan itu bagi menjaga kehormatan kedua-dua kalimah tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan pakaian tentera atau sebagainya yang mempunyai kalimah Allah dan Muhammad samada dalam tulisan rumi atau jawi pada mayat orang Islam atau bukan Islam adalah dilarang.

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN