Home » , » Seksi Islamik

Seksi Islamik

Written By Lisanul Hakim on Wednesday, April 09, 2014 | Wednesday, April 09, 2014

Hampir setiap hari kita boleh tengok perempuan-perempuan seksi kan? Keluar rumah, pergi pusat membeli-belah, pergi kedai, hatta nak pergi ke surau pun boleh nampak perempuan seksi. Apa yang seronok sangat entah pakai seksi-seksi ni? Bukan nak hentam kaum perempuan. Tapi, inilah realiti yang terpaksa ditelan.

Ada juga kaum perempuan yang tidak suka berpakaian seksi. Tetapi ketidakseksiannya adalah bersebab bukan kerana Allah SWT. Sebabnya adalah kerana mereka memiliki susuk tubuh yang tidak menarik. Pakaian yang disarung longgar-longgar belaka dan tidak menarik warnanya. Tatapi, setelah mendapat susuk tubuh idaman, pakaian ketat lagi seksi disarung tanpa segan silu. Warnanya pula sentiasa menarik perhatian. Inilah realiti yang kita selalu lihat di iklan-iklan set-set pelansingan badan. Maaf, bukan hendak menghina wanita berbadan besar. Jauh sama sekali untuk menghina mereka.

Berbalik kepada seksi. Sekiranya anda benar-benar suka berpakaian seksi, sebenarnya Allah SWT telah menghalalkan pakain seksi. Ini adalah suatu perkhabaran gembira buat sesiapa sahaja yang suka berpakaian seksi! Kenapa? Tak percaya? Kalau Allah dah halalkan, apa lagi? Tak kan nak tolak pula?

Ya, benar Allah SWT telah menghalalkan pakaian seksi. Tetapi hanya untuk suami anda sahaja. Pakailah macam mana pun depan suami anda. Mengapa perlu berpakaian seksi di hadapan orang lain? Amatlah malang sekiranya kita berpakaian seksi di hadapan orang yang tiada hak untuk melihat aurat kita.


وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. 

[an-Nur (24):31]

Berpakaian seksi bukan pada tempatnya harus dinilai mengikut pandangan Islam, yakni memandangnya sebagai suatu fenomena keruntuhan akhlak. Kita tidak seharusnya mengikut norma-norma budaya Barat yang sememangnya amat rendah nilai akhlak dan keperibadiannya. Mereka bukan sahaja tidak kisah berpakaian seksi, malah tidak kisah untuk berbogel di hadapan kamera.

Lihatlah betapa Islam memuliakan kaum wanita dengan penutupan aurat dan etika berpakaian di hadapan suami. Muslimah itu tidak boleh sewenang-wenangnya disentuh atau dilihat oleh lelaki ajnabi, sebaliknya hanya layak disentuh oleh suaminya sahaja. Bahkan, berpakain seksi sehingga menggembirakan hati suami mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT. Suami pula, didiklah isteri supaya tidak mempamerkan aurat di hadapan orang yang tiada hak untuk melihatnya. Bukan hanya menghentam si isteri tanpa mendidik mereka.

Jelas di sini, sekiranya anda terlalu membuak-buak untuk berpakaian seksi, pakailah pakaian seksi itu mengikut hukum syarak, yakni hanya untuk si suami sahaja. Itulah selayaknya digelar 'Seksi Islamik'.

*****

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan

[at-Tahrim (66):6]

Sumber : Soutul Mujahid

0 comments:

Post a Comment

BLOG INI BERMANFAAT ? LIKE PAGE KAMI !

SAHABAT SEPERJUANGAN