Home » , , , » AL-QURAN ASAS KEHIDUPAN MANUSIA

AL-QURAN ASAS KEHIDUPAN MANUSIA

Written By Lisanul Hakim (Ahmad Shafiq Ismail) on Tuesday, March 01, 2011 | Tuesday, March 01, 2011

"Orang yang tidak pandai menilai al-Quran adalah seperti kanak-kanak kecil yang malas sekolah kerana tidak pandai menilai sijil"

1. Al-Quran merupakan sumber asas bagi Islam. Dengan al-Quran manusia akan berjumpa jalan menuju ke syurga, juga keselamatan hidup di dunia.

Firman Allah SWT :

Maksudnya: "Inilah satu-satunya kitab, tidak ada keraguan di dalamny, hidayah bagi mereka yang bertaqwa"
(al-Baqarah :2)

2. Dinilai al-Quran sebagai asas keselamatan manusia di dunia disebabkan al-Quran adalah panduan hidup yang telah dihadiahkan oleh pencipta. Sebagai Pencipta, sudah pasti Allah lebih mengetahui segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada manusia. Ekoran itulah, al-Quran menjadi asas bagi mereka yang mahukan keselamatan hidup.

3. Ianya boleh diumpamakan seperti "pencipta kereta" mengetahui kelemahan dan kelebihan yang wujud pada kereta, ekoran itulah, 'pencipta kereta' akan meletakkan beberapa ketetapan bahawa pada kadar masa tertentu, kadar jauh perjalanan tertentu bahawa kereta perlu di servis.

4. Menyedihkan kita kerana di sana wujud sebilangan manusia yang lebih mementingkan kehendak nafsu merekka berbanding kepercayaan mereka terhadap Allah. Dengan nafsu, mereka menafikan al-Quran, sedangkan sudah jelas dan nyata bahawa tindakan mereka yang tidak menjadikan al-Quran  sebagai panduan hidup telah melahirkan berbagai kekacauan dalam kehidupan.

5. Kehancuran dan kerosakan dari sudut moral, sosial, sistem kekeluargaan dan berbagai-bagai lagi, semua berpunca apabila manusia menjadikan nafsu mereka sebagai panduan hidup. Dalam keadaan itu pun, mereka masih lagi mendakwa bahawa cara pemikiran mereka ini adalah yang terbaik.

6. Apa yang pasti, dalam al-Quran telah menggariskan bahawa golongan manusia yang ingkar terhadap ajaran Islam itu terbahagi kepada beberapa golongan, iaitu :
  1. Kafir
  2. Munafiq
  3. Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani)
7. Setelah dihayati, apakah punca mereka ini menafikan Islam? Antara sebab utamanya adalah, apabila mereka meletakkan kehendak hawa nafsu mereka ini melebihi segala-galanya, hatta dari wahyu sekalipun.

8. Ada juga manusia yang tidak menerima Islam adalah disebabkan kelemahan mereka dalam menilai keindahan Islam itu sendiri. Lemahnya mereka dalam menilai Islam itu disebabkan mereka merujuk Islam itu dari sudut hawa nafsu mereka, bukan melihat dengan cahaya keimanan

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN