Sesungguhnya aku tidak mengerti dari mana datangnya istilah 'MOHON SHARE'. Sejak bila, aku pun tak tahu. Segenap ceruk facebook ada istilah mohon share, lebih-lebih lagi kat gambar yang best-best. Persoalannya sekarang, perlu ke mohon share? Lebih memeningkan kepala, bila dah tertera ayat "sila sebarkan", "spread this message", dan seumpama dengannya, masih ada yang mohon share.
Pada aku, memang tak wajar langsung mintak izin untuk share perkara kebaikan. Lagi pun, aku tak sediakan borang permohonan untuk permohonan ini. Kalau nak tunggu permohonan diluluskan, memang lambatlah. Sebab tulah kebangkitan umat Islam ni lambat dan lengai. Lambat sebab orang takut-takut nak sebarkan kebaikan. Dan mintak izin untuk sebarkan kebaikan.
Kepada yang selalu sangat mohon share, maaf lah. Sebab takde borang permohonan untuk anda. Yang ada hanya butang share. Hanya perlu klik sahaja. Nak klik berkali-kali sampai mouse rosak pun aku tak peduli. Yang aku peduli adalah mesej kebaikan tu sampai kepada ummat dan menjadi pemangkin kepada kebangkitan umat.
Mungkin juga, ada beberapa faktor kenapa orang kita selalu sangat mohon share
1. Kesantunan orang Melayu
2. Takut untuk menyebar kebaikan
3. Sikap kedekut orang kita. Kalau tak mintak izin, kena maki
4. Hakcipta terpelihara. Pada hal, tiada hakcipta dalam Islam. Hakcipta hanya milik Allah
5. Tidak tahu memanfaatkan butang share
6. Tidak tahu ganjaran berupa keredhaan Allah apabila menyebar kebaikan
Lepas ni, harap-harap, tersentaplah dikau wahai pemohon-pemohon share. Permohonan anda tidak akan dilayan kerana anda tidak sepatutnya memohon. Selepas tersentap, harap-harap tiada lagilah istilah mohon share di facebook dan page lain. Anda hanya perlu klik butang share sahaja, tak perlu mohon ye :D
Sumber : SoutulMujahid
Hmm.. Bila dfikirkan, btul jugak tu.. Yela, sy rsa sbb utamanya org Melayu ni jnis brbudi bhasa.. Tp klu dh kta sebarkn, tp nk jgk mohon share, tu namanya kurang fhm bhasa Melayu.. Bg sy, klu dh ada butang SHARE tu, confirm2 la dia kasi sebar.
ReplyDeletebetul3
ReplyDeletehaha...ramai yg terkena batang hidung tu... tak per..perkara yang baik kita ambik pakai ya... ada betul tu..:)
ReplyDeleteCollagen Powder
ESP – Soy Protein Isolate Powder
GLA Complex
Omega Guard
Vita-E Complex
B-Complex