Home » » Kenali Jenis-Jenis Nafsu

Kenali Jenis-Jenis Nafsu

Written By Lisanul Hakim (Ahmad Shafiq Ismail) on Wednesday, May 04, 2011 | Wednesday, May 04, 2011

Yang pertama: NAFSU AMARAH
  • Mereka yg bernafsu ammarah ialah mereka yg bermegah dgn maksiat yg dilakukan,mereka bangga dgn maksiat,tidak cukup dgn itu,mereka mengajak org lain turut sama melakukan maksiat&kemungkaran,secara tak langsung,melahirkan ahli-ahli maksiat dalam meneruskan kemungkaran.
  • Kebaikan ditentang,siapa yg menegur dimusuhi,juga sebagai batu api dalam melagakan dua pihak dari bersatu.
  • Nau'zubillahi min zalik,mereka yg bernafsu ammarah jika tidak bertaubat tidak akan selamat di dunia maupun akhirat.Allah s.w.t berfirman '....sesungguhnya nafsu itu sgt mengajak kepada kejahatan' (Yusuf-12:53)

Yang kedua: NAFSU LAWWAMAH
  • Mereka yg bernafsu lawwamah sedar akan maksiat yg dilakukan,tahu keadaan diri yg terlibat dgn maksiat dan dosa,mencela diri setelah menyesali dosa-dosa yg dilakukan.
  • Mereka sering terleka dgn maksiat yg dilakukan,apabila selesai melakukannya barulah menyesali perbuatannya dan penyesalan itu tidak lama,apabila datangnya godaan,maka ia akan kembali melakukan kemungkaran.
  • Mereka juga,mudah dihinggapi perasaan riya' setelah melakukan ketaatan,bangga diri,mereka merasa cukup,dan baik disisi Allah.
  • Tetapi maksiat ia bermegah dgn kemungkaran yg dilakukan,malah tidak mengajak org lain turut serta bersamanya,mudah menerima nasihat,sukakan kebaikan,lembut hatinya bila mendengar peringatan atau nasihat,tapi mudah tergoda dgn godaan nafsu.mereka yg bernafsu lawwamah masih lagi ditahap yg bahaya belum terjamin selamat di dunia atau akhirat.

Yang ketiga: NAFSU MULHAMAH
  • Mereka yg bernafsu mulhamah,diilhamkan kpd mereka kebaikan,mereka mula gigih berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
  • Ini peringkat dimana mereka telah mengatasi nafsu lawwamah mereka,mereka cuba menutup segala ruang dari segala bentuk kemungkaran,adakalanya mereka tersungkur jua akibat kelalaian,dan ketidak sengajaan,terus memperbaiki dirinya,menjauhkan diri dari keadaan atau suasana yg boleh menjerumuskan ia kpd maksiat dan kemungkaran.namun mereka di tahap ini masih belum stabil.

Yang keempat: NAFSU MUTMAINNAH
  • Setelah melalui mujahadah yg tinggi,self control,latihan diri,melawwan hawa nafsu,dan istiqomah,maka inilah hasil yg diperolehi mereka,iaitu nafsu mutmainnah,mereka yg menjinakkan nafsu,bukan lagi mereka dijinakkan oleh nafsu.
  • Mereka merasa lazat dan nikmatnya melakukan kebaikan,dan merasa nikmat meninggalkan kemungkaran sabar dan redho dgn apa jua ujian dari Allah,sama ada berbentuk kesenangan atau kesusahan.meredhoi Allah keatas mereka sepertimana mereka redho terhadap apa yg Allah tentukan bg mereka.
  • Inilah nafsu yg dimiliki oleh yg bertaqwa,dimana taqwa mampu membeli segala-galanya,inilah syurga dunia yg dikecapi oleh mereka yg betaqwa.firman Allah yg bermaksud "wahai jiwa yg tenang,kembalilah kepada Tuhanmu dgn gembira dan menggembirakan (Al-Fajr;89-27)

*Hati mukmin yg sejati sgt cintakan kebaikan,sgt cintakan Allah,sgt cintakan Rasullah,sgt cintakan org yg soleh,apa yg mereka cinta bukan yg biasa-biasa,tapi yg luar biasa,bagaimana mereka boleh mencintai yg luar biasa dan memperolehinya,kunci hny satu,iaitu usaha mereka,keinginan mereka,kesabaran mereka adalah LUARBIASA.

"INGINKAN YG LUARBIASA PERLUKAN USAHA YG LUARBIASA"
Wahai Tuhan yg membolak-balikkan hati,palingkanlah hatiku kearah mentaatiMu

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN