Home » » Tunjuk Perasan Di Mesir Dijangka Lebih Teruk Sementara Menunggu Pilihanraya!!!

Tunjuk Perasan Di Mesir Dijangka Lebih Teruk Sementara Menunggu Pilihanraya!!!

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Thursday, July 14, 2011 | Thursday, July 14, 2011

KAHERAH - Ribuan penduduk Mesir berarak menuju ke ibu pejabat pemerintah tentera kelmarin bagi menuntut pengunduran pemerintahan Majlis Tertinggi Tentera daripada kerajaan sementara negara itu.

Perarakan itu dilakukan selepas Majlis Tentera memberi amaran akan menggunakan semua cara yang sah dari segi undang-undang untuk mengakhiri protes lima hari di Dataran Tahrir yang diadakan penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan berarak dari Dataran Tahrir ke pejabat perdana menteri dan menuntut pengunduran pemimpin Majlis Tentera, Mohammed Hussein Tantawi.

Tantawi berkhidmat sebagai menteri pertahanan selama dua dekad semasa pemerinta-han pemerintah kuku besi negara itu, Hosni Mubarak yang terpaksa meletak jawatan selepas rakyat bangkit menentang pimpinannya, Februari lalu.

Tunjuk perasaan di mesir masih berterusan hingga sekarang sejak dari himpunan menjatuhkan Amo Hosni hari tu.Mungkin akan ada lagi himpunan besar-besaran sebelum pilihanraya umum pada bulan 9 nanti sehingga pensyarah-pensyarah di universiti ada menyuruh pelajar-pelajar malaysia meninggalkan mesir dan pulang ke tanah air kerana situasi yang tidak menentu semasa pilihanraya nanti.Disyorkan sapa-sapa yang nak balik tu baliklaaa....kalau tak mau balik elok dok kat mesir diam-diam jangan bueh-bueh. keh!!keh!!keh!!

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN