Home » » Perempuan Cantik dan Lelaki Gila Seks

Perempuan Cantik dan Lelaki Gila Seks

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Sunday, July 03, 2011 | Sunday, July 03, 2011


Lelaki gila seks? Mungkin ramai perempuan yang gerun apabila terdengar istilah itu. Ada sebab-sebab yang munasabah mengapa kaum hawa begitu gerun. Lazimnya, aktiviti-aktiviti yang boleh diklasifikasikan sebagai hobi yang dilakukan oleh lelaki gila seks adalah mencuri pakain dalam wanita, meraba kaum wanita, melakukan tenungan menggoda yang menakutkan pada wanita, dan sebagainya.

Ketiga-tiga hobi yang dinyatakan di atas mungkin hanya dilakukan oleh lelaki gila seks yang sudah lapuk. Lelaki gila seks zaman moden masa kini boleh dikatakan 'up to date', dek kemajuan teknologi seperti blog dan facebook. Blog dan facebook? Biaq betoi?

Mungkin ramai yang tidak sedar, kemunjulan teknologi seperti blog dan facebook meligatkan lagi aktiviti dan hobi 'golongan sakit mental' ini. Tapi jangan pula lepas ni kita haramkan blog dan facebook pula. Mengapa pula lelaki gila seks dikatakan up do date dengan kewujudan blog dan facebook?

Pernahkah kita terfikir, kaum hawa yang memuatnaik gambar mereka ke blog dan facebook senang-senang saja boleh ditatap oleh mana-mana lelaki yang dikenali atau tidak dikenali? Kalau kita kenal kawan kita tu, adakah kita tahu bahawa dia tu sebenarnya seorang lelaki gila seks? Takkan dia nak bagi tau kita yang dia tu sebenarnya gila seks? "Aku gila seks... Aku gila seks...". Ewwwww...

Berpuluh-puluh, beratus-ratus, atau beribu-ribu gambar dimuatnaik, tidak terfikirkah wahai kaum hawa, gambar anda dengan mudahnya disimpan sebagai koleksi untuk jamuan mata si lelaki sama ada gila seks ataupun tidak? Mereka boleh saja masuk dalam bilik seorang diri, mengamati dan menatap gambar anda untuk menaikkan nafsu mereka. Aktiviti selebihnya, lu fikirlah sendiri. Jenayah rogol boleh senang-senang berlaku kerana mereka amat ghairah menatap wajah anda dalam album koleksi mereka.

Mungkin anda akan kata, "Eleh, kat blog aku tu, aku dah disable right-click. Apa nak risau? Wekkk!!!". Lalu, lelaki gila seks tu pun kata balik, "Eleh, senang je. Aku gi kat option web browser ni, pastu aku disable je la java script. Boleh aku right-click. Tak pun, aku guna je print screen. Lagi senang, aku guna snipping tool. Wekkk!!!". Ha... kan? Anda fikir, anda disable right-click boleh menghalalkan tindakan anda?

Entry kali ini bukanlah berniat untuk menghentam kaum hawa. Tetapi sebagai peringatan, kerana cukup bahaya bagi diri anda yang suka menayang kecantikan anda tu. Ia bukan sahaja menyeksa lelaki gila seks, ia juga menyeksa lelaki normal.

Mana-mana gambar anda tu, tak perlulah tayang kepada khalayak. Fikir-fikirkanlah. Kecantikan bukan untuk ditayang sesuka hati. Sebenarnya, entry kali ini ditujukan kepada semua kaum hawa. Kecantikan itu subjektif kan? Sesiapa saja boleh jadi cantik. Berhat-hatilah. Jangan biarkan hidup anda diselubungi lelaki gila seks...

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN