Home » » Pengkhianatan Mustafa Kemal Atarturk Laknatullah Terhadap Dunia Islam

Pengkhianatan Mustafa Kemal Atarturk Laknatullah Terhadap Dunia Islam

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Sunday, July 03, 2011 | Sunday, July 03, 2011


British telah menghadiahkan Mustafa Kemal Atarturk Laknatullah jawatan presiden pertama Turki, apabila beliau berjaya menjatuhkan Daulah Khilafah.

Sejak beliau memerintah, terlalu banyak pengkhiatan telah dilakukan terhadap dunia Islam. Berikut merupakan antara pengkhianatan beliau terhadap dunia Islam dan umat Islam seluruh dunia.

1. Khalifah terakhir bagi Khilafah Uthmaniyah dikepung dan diusir dari kediamanannya.

2. Menerapkan hukum-hakam sekular kononnya untuk kemajuan masyarakat. Lantas, al-Quran dan as-Sunnah ditolak sama sekali, dan menggunakan akal manusia untuk menggubal undang-undang.

3. Membiarkan Palestin dirampas oleh Israel. Perkara ini hanya berlaku setelah Daulah Khilafah runtuh. Sebelum itu, Palestin dibebaskan oleh Saidina Umar dan Salahuddin al-Ayyubi. Selain daripada itu, Sultan Abdul Hamid II bermati-matian mempertahankan Palestin daripada diambil oleh Israel walaupun ditawarkan dengan pulangan yang amat lumayan.

4. Menukar azan daripada bahasa Arab kepada bahasa Turki.

5. Memansuhkan sistem penulisan daripada tulisan Arab kepada tulisan Latin.

6. Melarang muslimah untuk memakai tudung. Muslimah yang memakai tudung akan ditangkap dan ditanggalkan tudungnya.

7. Menukar Masjid Aya Sofiya kepada sebuah muzium. Sedangkan Sultan Muhammad al-Fateh telah menukar Gereja Besar St Sophies kepada Masjid Aya Sofiya!

8. Menukar Nama Islambol (Kota Islam) kepada nama baru, iaitu Istanbul, supaya umat Islam lupa akan sejarah Islam di Islambol.

9. Memburuk-burukkan Sultan Abdul Hamid II sebagai penjahat. Manakala orang yang menghina Mustafa Kemal akan didakwa kerana melakukan 'jenayah'.

10. Runtuhnya Daulah Khilafah, umat Islam berpecah-belah di bawah sempadan nasional.

Ini hanya secebis pengkhianatan Mustafa Kemal. Selebihnya kita dapat lihat sendiri penderitaan umat Islam dan bukan Islam hingga ke hari ini. Wallahu a'lam

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN