Apabila kita membicarakan tentang sambutan atau perayaan maka akan timbul beberapa perkara yang perlu kita ambil berat dan titik beratkan, tujuannya adalah untuk memastikan perkara tersebut menepati segala tuntutan yang telah ditetapkan oleh syara'.
Setiap sambutan atau perayaan matlamatnya adalah untuk melahirkan rasa kegembiraan disebabkan sesuatu peristiwa atau kerana seseorang individu. Maka tidak menjadi perbahasan dari sudut kebenaran untuk melaksanakannya jika ia adalah satu syariat yang jelas diturunkan oleh Allah SWT sebagai satu perintah agar manusia melaksanakannya seperti sambutan Hari Raya dan sebagainya. Namun disana ada juga beberapa sambutan yang disambut pada masa kini,dan ia tidak disebut secara jelas di dalam Al-quran ataupun hadis-hadis Nabi SAW serta tidak berlaku di zaman baginda SAW. Antaranya ialah sambutan HARI IBU yang telah menjadi amalan tradisi masyarakat dunia hari ini menyambutnya dengan pelbagai cara dan bentuk.
Untuk menghasilkan satu perbahasan yang matang, maka perlu mengkaji beberapa perkara yang menjadi faktor penting berkaitan dengan sambutan tersebut, antaranya tarikh, peristiwa dan juga individu yang menyebabkan wujudnya sambutan Hari Ibu tersebut.
Tarikh
Tarikh sambutan Hari Ibu di setiap negara adalah berlainan mengikut tahun kerana ia akan berubah mengikut hari yang kebiasaan digunakan untuk menyambutnya iaitu hari 'ahad' sepanjang bulan Mei. Di Malaysia, sambutan Hari Ibu disambut pada hari Ahad dalam minggu ke-2 dalam bulan Mei. Namun ada juga bebarapa negara yang tidak menyambutnya di dalam bulan Mei tetapi di dalam bulan-bulan yang lain seperti Mac, Ogos dan Disember.
Maka perkaitan ini dapat dilihat pada hukum yang telah termaktub di dalam kitab-kitab Fiqh Syafie berkenaan puasa sunat pada hari hari Sabtu atau Ahad. Para ulama' As-Syafieyyah telah menetapkan hukum makruh jika 'menunggalkan' puasa sunat pada hari tersebut dan mengkhususkan hari-hari tertentu kecuali puasa yang telah disyariatkan samada fardhu atau sunat. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis, yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Al-Hakim :
لا تَصُومُوا ىَوْمَ السَبْت إلاَّ فيما افْتُرِضُ عليكم
Maksudnya: jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu melainkan pada puasa yang telah difardhukan keatas kamu.
Ulama' menghukumnya makruh kerana Yahudi membesarkan hari Sabtu dan Nasrani membesarkan hari Ahad. Maka terkeluarlah maksud 'tunggal' jika menggabungkan keduanya iaitu berpuasa pada hari Sabtu dan Ahad sekali atau sabtu digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu Jumaat. Bersumberkan kepada sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam An-Nasai RH:
إنَّهُما يوما عِيدُ للمشركين وَأُحِبَّ أن أُخالِفُهم
Maksudnya: sesungguhnya dua hari itu (sabtu dan ahad) perayaan bagi orang musyrik dan aku lebih suka bahawa aku menyalahi akan mereka.
Maka berdasarkan kepada sambutan Hari Ibu ini, secara jelasnya ia terdapat tuntutan yang disyariatkan di dalam Islam iaitu memuliakan ibu serta berbuat baik kepadanya. Namun begitu, jika hanya ia membawa kepada mengkhususkan hari tersebut sahaja dalam memuliakan ibu, tanpa hari-hari yang lain, maka ia adalah makruh. Hal ini demikian kerana mengkhususkan sesuatu ibadah sedangkan memuliakan ibu adalah setiap masa tanpa ada waktu yang dikhususkan.
Peristiwa
Terdapat banyak catatan berkaitan dengan kewujudan sambutan Hari Ibu ini, sama ada ia merupakan satu upacara keagamaan atau hanya satu amalan tradisi sebuah masyarakat untuk menunjukkan kasih sayang kepada ibu-ibu mereka.

Bahkan sambutan yang dilakukan oleh setiap negara juga, asal usul tujuannya adalah berbeza mengikut kepercayaan sesuatu tempat tersebut.
Antaranya ialah adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Namun begitu, realiti semasa ialah sambutan Hari Ibu di pelbagai negara adalah mengikut kepada kepercayaan sesuatu tempat tersebut samada ia memasukkan unsur kepercayaan atau sekadar menghidupkan satu tarikh bagi mengenang jasa ibu.
Maka apa sekiranya sambutan yang dilakukan adalah terikat atau terikut dengan unsur kepercayaan orang kafir iaitu istilah ‘ibu’ tersebut merujuk kepada sesuatu yang diperbesarkan atau dipersembahkan maka hukumnya jelas adalah haram bahkan membawa kepada kufur.
Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُم
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum tersebut maka dia adalah daripada kalangan mereka.” - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir
Ulama menyebutkan bahawa larangan dalam menyerupai orang kafir adalah dari konteks kepercayaan dan keagamaan. Maka sekiranya ia bukan dari sudut keagamaan atau kepercayaan, hanya sekadar urusan dunia semata maka ia tidaklah termasuk dalam hadis di atas. Sebagaimana pemakaian kot, walaupun ia dipopularkan oleh orang barat namun pemakaian tersebut tidak melibatkan kepercayaan atau keagamaan berbeza dengan pemakaian yang khusus bagi sesebuah sambutan keagamaan.
Justeru, dalam sambutan Hari Ibu adalah merujuk kepada niat sambutan yang dilakukan. Sekiranya sambutan yang dilakukan adalah bagi meraikan ibu tanpa mempunyai makna di sebalik ‘ibu’ tersebut ia sememang suatu kemestian. Bahkan Islam sendiri telah meletakkan nilai yang mulia kepada wanita yang bernama ibu.
Apa yang pastinya ialah sambutan Hari Ibu pada hari ini ialah satu sambutan yang telah dipopularkan oleh barat kepada dunia untuk diamalkan pada hari-hari dan tarikh-tarikh yang tertentu, tanpa wujud sebarang nilai-nilai keagamaan sesebuah agama.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata:
“Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Oleh yang demikian, nilaian syara' terhadap perkara ini adalah satu perkara yang membawa nilai-nilai yang baik iaitu mengasihi ibu dan mengeratkan ikatan di antara ibu dan anak. Ia adalah sebahagian dari cara untuk menzahirkan kemuliaan kepada ibu dengan mengadakan sambutan kepadanya, menghargai kebaikannya dan berbuat baik kepadanya. Tiada sebarang dalil syara' yang menghalang anak dari menghargai dan berbuat baik kepada ibunya selagi mana masih di dalam had batasan yang dibenarkan didalam Islam, dan perayaan atau sambutan ia tidak termasuk didalam perkara yang bid'ah kerana sabda Nabi SAW :
مَن أَحْدَثَ في أَمْرِنا هذا ما لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mereka-reka satu urusan agama, ia tidak daripadanya maka ia tertolak” - (hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad didalam musnadnya)
Difahami daripada hadis ini jika ia daripada urusan agama maka ia diterima. Sesungguhnya sambutan bagi sesuatu perkara adalah satu yang dibenarkan oleh Nabi SAW. Iaitu dengan bergembira dan menunjukkan rasa gembira kepada orang lain.
Dan penjelasan berkenaan bid’ah, boleh rujuk kepada artikel yang lepas di : http://www.manhal.pmram.org/2012/05/nabi-saw-tidak-pernah-lakukan-hujah.html
Sebagaimana juga sambutan Hari Ibu, walaupun ia tidak pernah wujud di zaman baginda SAW kerana memuliakan ibu merupakan satu kewajipan yang mesti, namun mewujudkan satu tarikh sebagai tanda kebesaran atau menghormati wanita yang bernama ibu bukanlah dikira sebagai bid’ah yang tercela.
Imam Abu Hamid Al-Ghazali menyebut :
“Tidaklah kami katakan bahawa makan dengan menggunakan mangkuk pinggan (peralatan makan pada hari ini) merupakan perkara yang dilarang samada makruh atau haram. Sedangkan tidak terdapat larangan yang jelas. Walaupun menggunakan perlatan (yang terdapat pada hari ini) tersebut merupakan bid’ah (iaitu tidak pernah wujud dan dilakukan di zaman baginda SAW) selepas zaman Nabi SAW. Maka bukanlah semua bid’ah adalah dilarang. Bid’ah yang terlarang adalah yang menyalahi dengan sunnah dan bertentangan dengan suruhan syara’ ” - kitab Laisa Min Al-Islam di mukasurat 121, karangan Syeikh Muhamad Al-Ghazali, cetakan ke-6 tahun 1991, Maktabah Wahbah
Justeru, memuliakan ibu merupakan suruhan syara’. Mewujudkan satu tarikh yang khusus dalam mengenang jasa ibu merupakan satu inisiatif dalam menyeru manusia terutama golongan remaja yang semakin melupai jasa ibu adalah perkara yang baik di samping memperingatkan bahawa ibu mesti disantuni pada setiap perkara. Mengkhususkan satu hari semata-mata dalam memperingati jasa ibu dengan menafikan hari yang lain adalah makruh. Yang dilarang apabila ia melibatkan unsur kepercayaan yang bertentangan dengan Islam serta cata sambutan jika ia mengandungi unsur-unsur yang haram.
Individu
Hari Ibu adalah sambutan yang bertujuan untuk memuliakan individu yang dipanggil 'ibu'. Para ulama’ telah memberikan maksud ibu ini dengan makna yang sangat baik dan mempunyai nilai yang tinggi untuk dihargai oleh setiap individu yang bergelar 'anak', kerana ia adalah kemuliaan khusus yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia yang bernama 'ibu' selain kemuliaannya sebagai manusia sebaik-baik ciptaan Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam Surah Luqman ayat 14
وَوَصَّيْنا الإنسانَ بِوالِدَيْه حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا على وَهْنٍ وَفِصالُه في عامَيْن أَنِ اشْكُرْلي وَلِوَالِدَيْك إِلَيِّ المَصِير
Maksud: Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua ibubapanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusunya dalam tempoh dua tahun, bersyukurlah kepadaku dan kepada dua ibubapamu, hanya kepada aku kamu kembali
Syara' telah mengakui bahawa hubungan di antara anak dan ibu adalah seperti hubungan anggota semulajadi. Maka tidak akan terputus hubungan antara anak dan ibu selamanya samaada wujudnya kedunia ini melalui perkahwinan ataupun perzinaan, bahkan dikira disisi syara' sebagai ibu dan anak pada setiap keadaan. Berbeza dengan ayah yang hanya di'iktiraf oleh syara' sebagai ayah jika melalui proses yang telah ditetapkan oleh syara' iaitu dengan perkahwinan yang sah.
Dan Allah SWT telah menjadikan suruhan agar melakukan kebaikan kepada 'ibu dan bapa' selepas suruhan agar beribadat kepadanya seperti Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra' ayat 23 dan 24:
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh sayyidina Mu'awiyah bin Haidah, dia telah bertanya kepada Rasulullah SAW dengan katanya:
Maksudnya: “Aku bertanya ya Rasulallah kepada siapa aku perlu berbuat baik? sabda Rasulullah SAW ibumu, aku bertanya lagi kepada siapa aku perlu berbuat baik? Sabda Rasulullah SAW ibumu, aku bertanya lagi kepada siapa aku perlu berbuat baik? Rasulullah SAW bersabda ibumu, aku bertanya lagi kepada siapa aku perlu berbuat baik? Rasulullah SAW bersabda bapamu kemudian kerabatmu”
Abu Hurairah berkata seorang lelaki bertemu dengan baginda SAW lalu bertanya :
“Siapakah manusia yang perlu aku berbuat baik? Lalu baginda menjawab : Ibumu. Lelaki tersebut bertanya lagi dan jawapan yang sama diberikan oleh baginda SAW sehingga 3 kali. Kemudian apabila ditanya pada kali yang keempat lalu baginda SAW menjawab : Bapamu” – Bukhari, Muslim dan Ahmad
Disebut oleh Imam As-Suyuti RH didahulukan kalimah ibu dalam keadaan jama' (tiga kali berturut-turut) pada melakukan perkara baik atas bapa adalah disebabkan, pada ibu ada tiga contoh kebaikan yang tiada pada ayah, salah satunya kerana ibu menanggung kesusahan ketika mengandung dan beranak yang hampir membawa kepada kematian, dan tidak akan kurang apa yang ia rasai setiap kali ia melahirkan anak, kemudian cabaran semasa menyusu sehingga anak itu besar dan tidak berhajat lagi kepada khidmat menyusunya, maka dalam perkara ini berseorangan ibu dalam menghadapi kesusahannya kemudian barulah bapa bersama-sama dalam urusan memberi nafkah, mendidik dan sebagainya.
Kesimpulan
1) Menghormati ibu dan menyantuni mereka merupakan satu kewajipan di dalam Islam. Bahkan keutamaan ibu adalah jelas daripada segala-gala bahkan bapa berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Mu’awiyah dan Abu Hurairah.
2) Mewujudkan satu hari sebagai inisiatif dalam menyeru ke arah kebaikan merupakan usaha yang baik. Sebagaimana sambutan Hari Ibu pada hari ini adalah bagi memperingatkan golongan remaja mengenai besarnya jasa wanita yang bergelar ibu kerana golongan remaja pada hari ini kurang memberikan perhatian terhadap perkara ini. Jika ia dianggap bid’ah maka ia bukanlah merupakan bid’ah yang terlarang sebagaimana faedah yang boleh kita ambil daripada kata-kata Syeikh Abu Hamid Al-Ghazali.
3) Justeru, sambutan Hari Ibu merupakan perkara yang baik kerana ia menyeru manusia mengingati jasa ibu. Tidak salah menjadikan satu tarikh bagi menunjukkan penghormatan ke atas sesuatu peristiwa atau individu. Dalam masa yang sama, makruh jika hanya mengkhususkan mengenang jasa ibu pada hari tertentu sahaja dengan menafikan hari-hari yang lain.
4) Larangan atau haram menyambut Hari Ibu jika ia melibatkan kepercayaan dan unsur keagamaan. Maksudnya jika istilah ‘ibu’ tersebut yang mempunyai istilah yang lain seperti ketuhanan dan sebagainya yang merosakkan akidah. Begitu juga larangan menyambut Hari Ibu jika sambutan tersebut mengandungi unsur-unsur haram seperti pergaulan bebas, minum arak dan sebagainya.
5) Menyerupai sesuatu kaum iaitu orang kafir yang diharamkan adalah merujuk kepada menyerupai keagamaan dan kepercayaan. Adapun dalam urusan kebiasaan dunia maka ia tidak menjadi masalah kerana ia merupakan dalam konteks nilai asas kemanusiaan tanpa melibatkan ibadah, agama dan kepercayaan.
Wallahu a’lam
Disediakan oleh :
Mohd Hakim bin Azizan
Felo MANHAL PMRAM 2012
Rujukan:
- Al-Bayan Lima Yashghulul Azhan – Syeikh Ali Jum'am
- Mughni Muhtaj syarh Minhaj – Syeikh Khatib As-Syarbini
- Fadhlullah As-Somad fi taudhih Adabul Mufrad – Syeikh Fadhlullah Jailani
Tambahan rujukan :
1- Laisa Min Al-Islam, oleh Syeikh Muhamad Al-Ghazali, cetakan Maktabah Wahbah2- Tafsir Ayat Al-Ahkam, oleh Syeikh Muhamad Ali As-Sobuni, cetakan Dar As-Sobuni
Sumber : MANHAL PMRAM
0 comments:
Post a Comment