Home » , , » Puasa & Detoksifikasi (Menurut Islam & Sains)

Puasa & Detoksifikasi (Menurut Islam & Sains)

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Tuesday, July 24, 2012 | Tuesday, July 24, 2012

"Wahai mereka yang beriman, diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelummu, semoga kamu bertakwa"

Maksud Surah al- Baqarah ayat 183..

Mengapa Allah SWT mewajibkan berpuasa?

Menurut Islam, ia adalah kewajiban bagi penganut-Nya tetapi Sains membongkar rahsia puasa lebih dari sekadar menurut perintah Allah SWT..

Allah SWT mewajibkan berpuasa kerana Allah Maha mengetahui dan Sains membuktikannya..

Detoksifikasi - mencuci dan membersihkan badan dari racun dan toksin.

Bagaimana puasa boleh menjalankan proses detoksifikasi?

Mengikut Dr. Lonny J. Brown (Ph.D) dalam Adventures in Therapeutic Fasting, Amalan biasa bagi pesakit adalah mengambil ubat. Namun sebenarnya, puasa adalah penawar yang terbaik. Puasa dapat merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan dan perubahan ini membantu ke arah pembersihan dan pembaikan dalam badan.

Semasa berpuasa.organ berehat dan ia dapat membantu segala kotoran dan toksin dalam badan di samping menyegarkan sel.Puasa adalah rawatan tertua, malah Hippocrates, Galen dan Paracelsus menjadikan puasa sebagai rawatan bagi pesakit mereka. Plato, Socrates, Pythagoras dan Mahatma Gandhi sering berpuasa dan mendapati puasa mampu menyembuhkan penyakit asma, radang sendi, susah tidur, gangguan pada sistem penghadaman serta penyakit kulit.

Menurut Dr. Cindy Eagles (Ph.D) pula dalam Wild Health: How Animals Keep Themselves Well and What We Can Learn From Them, Binatang apabila sakit akan menjauhi makanan. Pengkaji yang mengamati fenomena ini berpendapat menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses natural ke arah menyembuhkan penyakit. Puasa mempercepatkan penyembuhan kerana bakteria memerlukan zat besi bagi bertindak dn dengan berpuasa dapat melemahkan bakteria.

Berpuasa tanpa menyentuh sebarang makanan dan minuman dalam jangka masa yang pendek memang tidak memudaratkan Sebuah jurnal perubatan yang berprestij, The Lancet, "Puasa selagi mana tidak menyebabkan keleemahan badan yang bersangatan adalah tidak memudaratkan. Sekiranya berlaku kematian ketika berpuasa, punca kematian daripada sebab-sebab lain selain puasa perlulah diterokai terlebih dahulu.." (Stewart, W., Fragmentation Of Cardiac Myofibrils After Therapeutic Starvation, Lancet i:1154. 1969)

Leon Chaitow (N.D., D.O., M.R.O.), pensyarah kanan di University of Westminster,London dan juga penulis kepada 50 buku yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan alternatif merumuskan, "Walaupun puasa mempunyai risiko dan kesan sampingannya, namun berpuasa dalam jangka masa yang pendek adalah amat selamat."

Pada tahun 1994, kongres antarabangsa pertama bertemakan 'Kesihatan dan Ramadhan' diadakan di Casablanca. pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia membentangkan lebih kurang 50 kertas kajian.Kesemua kajian itu mengesahkan bahawa puasa pada bulan Ramadan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan malah dapat mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit.

Walau bagaimanapun, pengecualian dari berpuasa diberikan kepada penghidap penyakit-penyakit serius lagi kronik seperti sakit jantung,buah pinggang, migrain yang teruk,batu karang dalam buah pinggang dan seumpamanya. Pengecualian ini memang diizinkan agama kerana Allah SWT menjelaskan dalam Surah Al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud, "Sesiapa antara kamu yang sakit atau bermusafir(maka bolehlah dia berbuka puasa) dan gantikanlah ia pada hari yang lain."

Sekiranya penyakit yang menimpa sesorang begitu serius sehingga tidak ada harapan lagi untuk sembuh, beliau tidak perlu berpuasa sama sekali. Sebagai gantinya, beliau diwajibkan membayar fidyah sebagai menggantikan puasa yang wajib ditinggalkannya. hal ini disebutkan dalam Fatawa Muassirat oleh Dr. Yusof al-Qardawi.

Sumber : Pak Ciek Biola

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN