Sebagai seorang lelaki sejati, aku berasa malu dengan sebilangan besar lelaki yang gagal menutup aurat. Aurat yang ciput; antara pusat hingga lutut bukanlah susah untuk ditutup. Malah, amat mudah sekali ditutup. Ingat ya... Aurat lelaki antara pusat hingga lutut, bukan pusat dan lutut. Bahaya kan kalau ada sapa-sapa faham aurat lelaki itu PUSAT DAN LUTUT.
Aurat lelaki wajib ditutup DALAM SEMUA KEADAAN KECUALI BERSAMA ISTERI. Ini bermaksud isteri sahaja yang layak untuk melihat aurat orang lelaki. Orang lain tidak layak untuk melihat aurat lelaki termasuk ayah, adik-beradik, kawan-kawan, dan sebagainya.
Apa yang pelik, aurat yang ciput ni pun ramai lagi kaum lelaki susah nak tutup. Ada seluar panjang, nak juga pakai seluar pendek yang menampakkan kepala lutut tu. Masa solat taknak pulak pakai seluar pendek?
Mesti ada yang jawab, "Ye la... Dalam solat wajib tutup aurat. Kalau dedah aurat, tak sah solat!". Habis tu, luar solat boleh ke dedahkan aurat? Adakah kita beragama hanya dalam solat? Kalau itulah cara hidup kita, kita ni penganut idea sekular!
Lagi... Ada juga yang pakai seluar pendek ketika bersukan. 'Untuk memudahkan pergerakan semasa bersukan' menjadi tiket yang menghalalkan tindakan sebilangan besar lelaki hari ini. Alasan ini adalah alasan yang amat dungu. Hanya orang kurang akal saja yang akan jawab macam ni. Seolah-olah menutup aurat ini menjadi penghalang kepada prestasi dan kalah-menang permainan. Lihatlah betapa rendahnya mutu pemikiran golongan seperti ini.
Tutuplah aurat tu. Sikit je nak kena tutup. Tak payah pun. Bahkan dengan menutup aurat, anda kelihatan lebih bermaruah. Ingat, hanya isteri kita sahaja yang berhak melihat aurat kita.
Indahnya syariat menutup aurat... Bermaruah dan bersopan. Siapa boleh jawab kenapa lelaki susah sangat nak tutup aurat? Boleh jawab???
Sumber & Hasil Tulisan : SoutulMujahid
0 comments:
Post a Comment