Home » , , » Tak Payah Nak Nasihat Aku. Dosa Aku Punya, Kubur Lain-lain

Tak Payah Nak Nasihat Aku. Dosa Aku Punya, Kubur Lain-lain

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Saturday, June 23, 2012 | Saturday, June 23, 2012

Tak tutup aurat, pakai baju ketat, berlaga pipi, pegang tangan, bercium, berpeluk, dan macam-macam lagi maksiat berlaku depan mata kita. Sesungguhnya aksi-aksi melampau tersebut membuatkan golongan tertentu stim menyakitkan hati dan mata kita sebagai seorang muslim.

Lalu, golongan yang kental imannya menegur puak-puak pelampau tersebut. Lazimnya, ayat yang agak skema berbunyi, "Dah kawin belum? Haram buat macam ni...". Takpun, ayat yang sangat sinis, "Waaaa.... Bila korang kawin? Tak ajak aku pun!". Ayat sinis ini sebenarnya sangat menusuk ke dalam jiwa raga puak-puak pelampau tu, pendek kata,MAKAN DALAM.

Seperti biasa, apabila didatangkan kebenaran yang bertentangan dengan hawa nafsu,SESETENGAH daripada mereka akan melenting tanpa berfikir panjang. Ayat yang terkenal yang berdesing di telinga kita lazimnya berbunyi,"Eh... Lantak la... Tak payah nak nasihat aku. Dosa aku punya. Kubur lain-lain. Dosa aku, aku dengan Allah, bukan aku dengan kau". Biasa dengar kan? Biasa dengar kan? Biasa dengar kan?



من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman".
[HR Muslim]

Dengan mengatakan "Dosa aku, aku dengan Allah"menunjukkan bahawa dirinya begitu berani di hadapan Allah. Lihatlah keangkuhan manusia yang gelap hatinya akibat membuat maksiat dan mempertahankan maksiat tersebut. Mereka memandang seolah-olah dosa itu macam biskut, kejap ada kejap takde. Lebih teruk lagi, menganggap Tuhan Sekalian Alam itu sebagai abah mereka, boleh suka-suka buat dosa-pahala. Abah kau!

Ketiadaan Daulah Khilafah yang mendaulatkan al-Quran dan as-Sunnah dilihat punca utama gejala liberalisme ini berlaku. Pemerintah sekular hanya membiarkan masalah ini berlaku di kerusi-kerusi empuk mereka. Kerosakan akhlak manusia tidak lagi diendahkan, bahkan mereka terus hanyut dengan agenda-agenda sekular mereka.

Sumber & Hasil Tulisan : SoutulMujahid

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN