Home » , , , » MANHAL PMRAM : Perlembagaan ISLAM Menurut Cadangan Pihak Al-Azhar (SIRI 1)

MANHAL PMRAM : Perlembagaan ISLAM Menurut Cadangan Pihak Al-Azhar (SIRI 1)

Written By Lisanul Hakim on Tuesday, June 12, 2012 | Tuesday, June 12, 2012

Akademik Pengkajian Islam, Al-Azhar Al-Syariff dalam persidangan Muktamarnya yang ke-8 yang berlangsung di Kaherah pada Dzulqaedah 1397 Hijrah bersamaan dengan Oktober 1977 Masihi lalu telah mencadang-asaskan PERLEMBAGAAN ISLAM.

Ianya merupakan satu tuntutan asas sesebuah negara untuk berpandukan syariat Islam sebagai satu sistem kehidupan kepada manusia. Perundangan ini berdasarkan prinsip-prinsip asas yang disepakati antara mazhab-mazhab Islam.

Majalah Al-Azhar keluaran Jamadil Awwal 1399 Hijrah bersamaan April 1979 Masihi menyatakan : "Imamul Akbar Dr. Abdul Halim Mahmud telah memberikan sentuhan terakhir pada penggubalan undang-undang yang ditetapkan dalam perlembagaan tersebut yang diambil daripada perbedaan pendapat mazhab-mazhab feqh dan fasal-fasal keperluan muslimin secara menyeluruh". 

PERKARA SATU : UMAT ISLAM

Fasal1: (a) Semua orang Islam adalah umat yang satu
(b) Syariat Islam merupakan rujukan kepada tiap-tiap undang-undang

Fasal 2 : Harus berbilang-bilang negara bagi umat Islam dan berbeza bentuk undang-undang yang dilaksanakan dalam negara masing-masing.

Fasal 3 : Harus bagi mana-mana negara lain bergabung dengan negara Islam pada bentuk-bentuk yang disepakati bersama

Fasal 4 : Rakyat perlu mengawasi pemerintah, sekutunya dan seluruh para pemimpin serta menasihati mereka selari dengan hukum-hukum dalam syariat Islam.

PERKARA DUA : ASAS-ASAS KEMASYARAKATAN ISLAM

Fasal 5 : Tolong menolong dan bekerjasama adalah asas bermasyarakat

Fasal 6 : Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kejahatan merupakan kewajipan (fardhu ain) dan berdosa sesiapa yang meninggalkannya andai dia mempunyai kemampuan/keupayaan

Fasal 7 : Keluarga merupakan asas kepada sebuah masyarakat, mesti menjaganya berdasarkan agama dan akhlak, negara bertanggungjawab memelihara sesebuah sistem kekeluargaan, memberi perlindungan kepada ibu-ibu, memberi naungan kepada anak-anak kecil dan menyediakan segenap aspek persiapan yang akan mengukuhkan sistem kekeluargaan

Fasal 8 : Memelihara sistem kekeluargaan merupakan kewajipan negara, wajib kepada negara memberi galakan dan persediaan untuk berkahwin, memudahkan faktor-faktor yang berbentuk material seperti tempat tinggal dan pertolongan yang sepatutnya, memuliakan kehidupan berumahtangga, menyediakan segenap jalan untuk memudahkan peranan isetri terhadap suaminya dan anaknya

Fasal 9 : Prihatin dengan keselamatan rakyat dan kesejahteraan individu-individu dalamnya, wajib kepada negara memberi jaminan dan khidmat perubatan secara percuma kepada setiap rakyatnya

Fasal 10 : Menuntut ilmu satu kewajipan dan pendidikan wajib disediakn oleh negara sesuai dengan undang-undang

Fasal 11 : Memastikan pendidikan agama sebagai satu sistem dalam setiap proses pembelajaran

Fasal 12 : Negara perlu memastikan pengajaran kepada seluruh umat Islam tentang hal-hal yang bersifat fardhu ain dan pengajaran secara umum sirah-sirah Nabi serta para Khulafa' Rasyidin sekitar tempoh pendidikan

Fasal 13 : Negara mestilah menyediakan proses pembelajaran dan tahfiz Al-Quran kepada seluruh umat Islam dalam tempoh pendidikan sebagaimana disediakan sekolah khusus untuk menghafaz Al-Quran, mencetak Al-Quran untuk edaran dan disebarkan

Fasal 14 : Berhias ditegah dikhalayak awam, mengawalnya wajib. Hendaklah negara menyediakan undang-undang dan ketetapan untuk menjaga kesedaran orang awam daripada penggunaan berlebihan dalam berhias sesuai dengan hukum syariat Islam

Fasal 15 : Bahasa Arab adalah bahasa rasmi negara dan kalendar Hijrah wajib diperingatinya serta digunakan dalam surat-menyurat rasmi negara

Fasal 16 :Pemerintahan bertanggungjawab tehadap keperluan rakyat terutamanya dalam penjagaan agama, akal, diri, harta dan maruah

Fasal 17 : Tujuan yang selari dengan syariat tidak memadai melainkan setiap aspek pelaksanaan dan jalan mestilah selari sama dengan hukum syariat Islam

PERKARA TIGA : EKONOMI ISLAM

Fasal 18 : Didirikan atas ekonomi dan prinsip-prinsip syariat Islam dengan menjamin kemuliaan manusia dan keadilan sejagat. Mesti berusaha untuk berfikir dan bekerja dalam kehidupan dengan mencari rezeki melalui usaha yang halal

Fasal 19 : Kebebasan perniagaan, perkilangan, pertanian dijamin dalam undang-undang Islam

Fasal 20 : Negara mesti merancang untuk pertumbuhan ekonomi selari dengan syariat Islam

Fasal 21 : Negara tidak boleh memonopoli ekonomi dan campur urusan harga melainkan ketika keperluan

Fasal 22 : Negara mesti mendorong rakyat untuk menghidupkan padang pasir yang tandus dan pelebaran tanah untuk tujuan pertanian

Fasal 23 : Haram untuk berurusan dalam ekonomi melalui konsep riba dalam apa jua cara sekalipun

Fasal 24 : Pemilikan pada bahagian dalam perut bumi daripada galian dan segala bahan mentah asli menjadi hak milik negara

Fasal 25 : Tiap-tiap harta yang tiada tuan maka secara langsung menjadi harta kepada Baitul Mal negara. Undang-undang mesti mengatur-selia untuk mengagih-agihkan harta tersebut kepada rakyat yang memerlukan

Fasal 26 : Negara mesti mengatur pengeluaran zakat yang diberikan dengan mengikut kaedah syara' (asnaf lapan)

Fasal 27 : Harta waqaf untuk kebaikan digalakkan dan mesti diletakkan dibawah satu pentadbiran khusus untuk menyelaraskannya

… bersambung ….

Terjemahan oleh :
Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Ketua Badan Pengetahuan Dan Penyelidikan PMRAM 2012

Sumber : MANHAL PMRAM

0 comments:

Post a Comment

BLOG INI BERMANFAAT ? LIKE PAGE KAMI !

SAHABAT SEPERJUANGAN