Home » » Filem Baru Menghina Rasulullah S.A.W

Filem Baru Menghina Rasulullah S.A.W

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Friday, September 14, 2012 | Friday, September 14, 2012

Para penunjuk perasaan Mesir menyerbu ke kedutaan besar AS di Kaherah pada hari Selasa, 11 September semalam untuk memrotes filem menghina Nabi Muhammad SAW.

“Filem ini mesti segera dilarang dan permintaan maaf mesti dilakukan,” kata Ismail Mahmoud, 19, seorang penyokong bola sepak yang ikut berdemonstrasi, kepada Reuters, sebagaimana disiarkan oleh onislam.net.

Ribuan penunjuk perasaan memanjat dinding kedutaan AS di Kaherah sebagai protes atas filem yang dihasilkan di AS yang menghina Nabi. Pemprotes juga mengoyak bendera Amerika dan membakarnya di luar bangunan kedutaan yang seperti sebuah benteng yang terletak di tengah bandar Kaherah.

Pemprotes yang marah juga cuba untuk menaikkan bendera hitam dengan tulisan syahadat, “Tidak ada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah Rasulullah”. Slogan “Tidak ada Tuhan selain Allah” juga ditulis di dinding kompleks kedutaan.

“Kami jelas bekerja dengan keselamatan Mesir untuk cuba untuk memulihkan ketenteraman awam di kedutaan dan bekerja dengan mereka untuk cuba menguruskan situasi di bawah kawalan,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri AS Victoria Nuland di Washington.

Belum jelas tajuk filem yang dimaksudkan para penunjuk perasaan, namun filem tersebut disyaki mengandungi bahan penghinaan kepada nabi dan sedang dihasilkan oleh beberapa Kristian Koptik di AS.

Pada hari Ahad, Mufti Agung Mesir Syeikh Ali Jumaah mencela tindakan yang dilakukan oleh beberapa orang Koptik ekstremis yang membuat film serangan terhadap Nabi. Ia mengatakan kesalahan ini akan mempengaruhi berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia dan bahawa pembuatan filem tersebut tidak boleh dibenarkan atas dasar kebebasan bersuara.

“Serangan terhadap kesucian agama tidak termasuk dalam kebebasan ini,” kata Syeikh Ali Jumaah.

Dalam protes itu, turut juga penunjuk perasaan koptik yang ikut serta. Film kasar itu juga telah menarik kecaman dari Gereja Ortodoks Koptik Mesir. Gereja mengatakan dalam sebuah pernyataan bahawa beberapa orang Koptik yang tinggal di luar negeri membiayai produksi filem yang menghina Nabi Muhammad tersebut.

Sumber : MyIbrah

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN