Home » » Jangan Sebar Surat Berantai Syeikh Ahmad.... Syirik.

Jangan Sebar Surat Berantai Syeikh Ahmad.... Syirik.

Written By Lisanul Hakim (Ahmad Shafiq Ismail) on Wednesday, December 01, 2010 | Wednesday, December 01, 2010


Baca Sampai Habis Kemudian Edarkan Untuk Kebaikan Umat Islam
 
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 vs Surat Wasiat Sheik Ahmed
 
Soalan 1
Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya
mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada
diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana
tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain.
Apa pandangan ustaz?
 
Soalan 2
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat
berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari
Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya
Supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2
minggu . Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu
hajat atau niat . Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu
perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini?
 
Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi
kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat
memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya
dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan
risalah ini.
 
Jawapan
 
Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat
itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat
ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi
dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai
tablighnya.
 
Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida',
Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu"
yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan
turun selepas itu." Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau AlQuran?
 
Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan
mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan
dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka
secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain
Allah SWT.
 
 
Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheik Ahmad
yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur.
Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama
tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun.
Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk
memesongkan aqidah umat Islam.
 
Mari kita kaji pula niat di sebalik surat berantai ini. Ia mengandungi
isi yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu
Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi
satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada
cara untuk membuktikan kesahihannya.
 
60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya?
Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan
nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik.
Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan ,
mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur
sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan
pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas.
 
Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma
setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang
kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau
ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk
Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang
rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini.
 
Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati
seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah
syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga
sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan.
Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya
memesongkan aqidah kita.
 
Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan
pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya
ke dalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut
dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar
hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak
saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun
sebelum itu. Dari Penerangan diatas jelaslah mempercayai surat
wasiat tersebut adalah haram.
 
Wallahu'allam.
 
Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang
kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah
didalam mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-
 
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT
DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD
 
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis
oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio , Texas, USA
pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat
ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik
dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama
asalnya Mohamed Elias Skanbeg).
 
Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso
di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun
1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa
meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
 
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi
Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun
1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad
antara tahun 1881 hingga 1979.
 
Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul
Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy
(1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi
Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya
Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque
Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
 
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali
Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di
hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku
pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang
kawannya.
 
Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia.
Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula
kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad ).
 
Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi
pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja
menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil
jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu
terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".
 
 
(Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).
 
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam
mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh
Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa
Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan
Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta
mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak
baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam."
 
Lagipun, "surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar
terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran
baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith
sesudah kewafatan baginda".
 
Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat
Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik
kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik
yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat
dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini
kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan
perkara syirik dan khurafat."
 
Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar
syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar
si-pengirim".
 
HENTIKAN MENGHANTAR EMAIL-EMAIL
YANG BOLEH MENJADIKAN KITA
SESAT TANPA DISEDARI.
INSAFLAH. SEMOGA ALLAH
MENGAMPUNKAN
DOSA KITA

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN