Home » , » Imam Mahdi Syiah Adalah Dajjal

Imam Mahdi Syiah Adalah Dajjal

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Saturday, August 04, 2012 | Saturday, August 04, 2012

Tajuk ini menjadi sensitif kepada penganut Syiah Melayu serta kalangan mereka yang pro-Iran dan Syiah yang masih meyakini firqah Syiah masih sebahagian daripada agama Islam. Artikel ini juga akan mendedahkan peranan Iran yang berfahaman Syiah, dalam kejatuhan Afghanistan dan Iraq. Artikel ini mendapat sambutan yang agak baik bagi mereka yang memahami betapa hujah-hujah ini diambil dari riwayat-riwayat dari kitab Syiah sendiri.

Sementara ada kalangan pembaca yang sudah terjerat dengan permainan retorik ‘permusuhan palsu antara Iran-Amerika’ serta ‘keperwiraan’ Iran dalam menentang musuh nombor satu umat Islam ketika ini – Zionist Amerika dan negara Yahudi di Jerusalem membantah kajian ini dengan pelbagai hujah rapuh yang menunjukkan mereka tidak pernah mengenal agama Syiah sebenarnya. Bagaimana mungkin mereka mampu membangkang tulisan ini sedangkan mereka tidak pernah menyentuh dan membaca sebuah pun kitab Syiah lebih-lebih lagi kitab paling utama di sisi agama Syiah – al-Kafi, karangan al-Kulaini - yang dianggap lebih sahih berbanding daripada Sahih al-Bukhari diketahui umum sangat ketat dalam memilih sanad-sanad dan riwayat dalam karyanya.

PENDAHULUAN 

Sejak zaman Rasulullah SAW hinggalah akhir zaman ini, 'Dajjal' masih lagi menjadi sebutan. Siapakah Dajjal? Kita tidak akan mengetahui siapakah sebenarnya Dajjal, dek kerana kecetekan ilmu yang kita punya kelemahan kelemahan iman kita. Namun masih terdapat satu golongan yang mampu mengenali Dajjal iaitu "Ahli Tasawuf atau Ahli Sufi".

Siapakah Ahli Tasawuf / Sufi? [klik di sini

Ahli tasawuf merupakan muslim yang menjadi kekasih Allah, sentiasa mendapat keberkatan Allah, dan juga sentiasa dimakbulkan doanya oleh Allah. Ahli tasawuf adalah orang yang dicintai Allah, kecintaan Allah terhadap golongan ini sehingga Allah berkenan menganugerahkan mereka pancaindera yang keenam iaitu membaca hati dan melihat perkara yang dihijab Allah.

Contoh terdekat yang boleh diambil kira ialah Wali Songo yang terdapat di Indonesia suatu ketika dahulu. Pada zaman sekarang, terdapat juga golongan yang mengamalkan tasawuf dan kebanyakannya berada di Kelantan (Malaysia) dan Selatan Thai (Thailand). Terdapat juga seorang mudir yang dipercayai mencapai taraf wali iaitu Mudir bagi sebuah Pondok pengajian di Pengkalan Hulu, Perak. Beliau dikenali sebagai Pak Teh dan telah meninggal pada 30/09/2010. (moga rohnya dicucuri rahmat)


Berbalik pada topik asal, Maulana Asri Yusof yang merupakan seorang sarjana hadith Malaysia dalam kajiannya mengatakan bahawa pengasas Revolusi Iran iaitu Ayatollah Khomeini itu sebenarnya adalah Dajjal, berdasarkan tanda-tanda dari beberapa buah hadith. Revolusi Iran yang telah digerakkan oleh Khomeini suatu ketika dulu telah mengukuhkan lagi mazhab Syiah di dunia kini.



Selepas tamatnya Revolusi di republik itu, satu perubahan yang amat besar telah berlaku. Apa yang dimaksudkan ialah berkenaan penyebaran mazhab Syiah dikalangan umat Islam diseluruh dunia khususnya di negara-negara Teluk. Yahudi sememangnya sentiasa cuba untuk menyesatkan umat islam dengan apa cara sekalipun. Disebabkan islam ini adalah agama disisi Allah SWT, jadi sukarlah bagi Yahudi untuk menyesatkan umat Nabi Muhammad SAW.

Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)Oleh itu, satu 'modus operandi' baru telah dicipta oleh Yahudi ini dalam usaha mereka untuk menyesatkan umat Islam. Apa yang dimaksudkan ialah, mereka (Yahudi) 'menyesatkan' umat Islam 'dari dalam'. Lihat Wahabi dan Syiah! Bagaimanakah sebuah negara bebas Palestin dan empayar Turki Uthmaniyah boleh jatuh ke tangan agen-agen Dajjal (British)?. [klik di sini dan di sini]

Gambar Sayyidina Ali Menurut Gambaran Ahli Syiah

Jika dilihat pada pegangan-pegangan penganut Syiah, fahaman ini lebih sesuai dianggap sebagai 'satu agama baru'. Rasanya tidak perlu untuk saya jelaskan dengan panjang lebar tentang 'Syiah' pada artikel kali ini. Berikut telah saya sediakan beberapa pautan yang berkaitan :

Kedatangan Dajjal boleh jadi dengan samaran, kita mungkin nampak beliau seorang berjubah dan berserban tetapi boleh jadi itulah Dajjal, kita melihat seseorang itu bertudung labuh dan berpurdah tetapi apakah disebalik purdah tersebut?. Ini adalah Bukti Dajjal Sukar Dikenali

Berikut telah saya sediakan beberapa pautan penting berkenaan Dajjal [kajian oleh MoonMedia Dajjal The King of the World Conspiracy] : 

Banyak hadis-hadis nabi yang menceritakan tentang kedatangan Dajjal di akhir zaman. Antaranya ialah :

1. Sabda Baginda SAW ;

"Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."- Hadis riwayat Muslim.2. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW,

"Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN."- Hadis riwayat al-Tirmizi.3. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, 


"Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. 4. Rasulullah SAW bersabda :

“Dajjal akan diikuti oleh 70,000 yahudi dari kota Isfahan (Nan), mereka memakai Al-Tayalisah”. Hadis riwayat muslim.Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. Tanpa kita sedari bandar Isfahan yang merupakan bandar Yahudi di Iran ini merupakan pusat kepada aktiviti nuclear bagi negara Iran hari ini dan juga merupakan pusat penyelidikan senjata berbahaya Iran itu yang menurut keyakinan Israel sendiri, Iran bakal berjaya menyiapkannya aktiviti nuklearnya tanpa masalah yang besar.

Ini membuktikan tentera Dajjal sedang dipersiapkan oleh orang-orang Parsi yang merupakan bakal pengikut Dajjal bagi menyambut kemunculan Dajjal nanti. Cubalah fahami pekerjaan Dajjal ini berdasarkan keterangan hadis-hadis Syiah yang saya lampirkan pada penghujung artikel ini. Selamat mengkaji dan mempelajari pekerjaan Bani Israel bersama saudara-saudara mereka dari keturunan Bani Ishak bin Ibrahim a.s, orang-orang Parsi Syiah di Iran.



Ini membuktikan tentera Dajjal sedang dipersiapkan oleh orang-orang Parsi yang merupakan bakal pengikut Dajjal bagi menyambut kemunculan Dajjal nanti. Cubalah fahami pekerjaan Dajjal ini berdasarkan keterangan hadis-hadis Syiah yang saya lampirkan pada penghujung artikel ini. Selamat mengkaji dan mempelajari pekerjaan Bani Israel bersama saudara-saudara mereka dari keturunan Bani Ishak bin Ibrahim a.s, orang-orang Parsi Syiah di Iran.

MAHDI SYIAH IALAH MESSIAH DAJJAL

Syiah sedang menunggu kemunculan al-Qaim atau Imam ke-12 atau Imam Mahdi yang telah dua kali bersembunyi dalam lubang Sardab di Sammara’. Bukti-bukti berikut telah mebuktikan bahawa orang yang akan mengisi jawatan Imam ke-12 tidak lain melainkan Dajjal, berdasarkan keterangan agama Syiah sendiri (hadis-hadis dan karya-karya Syiah yang dikaitkan sebagai kata-kata para imam a.s mereka). Ahli Sunnah harus sentiasa berwaspada dan berhati-hati dan menyimpan dalam minda mereka bahawa Shiah adalah pengikut dan tentera Dajjal yang bakal muncul nanti.

Perlulah diingati Mahdi yang diyakini oleh Ahli Sunnah wa Jama’ah berdasarkan keterangan hadis-hadis yang sahih adalah seseorang yang berbeza dengan apa yang diyakini oleh Syiah baik dari segi aqidah, keturunan, amalan, ajaran dan pekerjaan serta peranan setelah memimpin umat islam ini nanti. Silalah mendapatkan mengenainya secara terperinci berdasarkan nas yang sahih.

CIRI-CIRI IMAM MAHDI SYIAH (DAJJAL) : 

a.) Undang-Undang Yahudi (keluarga Daud)

Al-Qaim atau Imam Mahdi Syiah akan memerintah menurut undang-undang Nabi Daud dan keluarga Daud, menurut hadis Shiah dalam kitab al-Kafi karangan Abu Ja’far al-Kulaini, yang menurut Syiah merupakan kitab paling sahih daripada empat sumber dasar agama Syiah yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.

Semua yang mengikuti hadis Syiah akan menemui riwayat al-Kulaini dalam al-Kafi (Jil.1, m.s.387-398) :

Ali ibn Ibrahim meriwayatkan dari - bapanya - dari ibn Abi Umair - dari Mansur - dari Fadhl al-Aour - dari Abi Ubaidah melaporkan : “Apabila al-Qaim dari keluarga nabi muncul, dia akan memerintah menurut undang-undang Daud dan Sulaiman.”

Muhammad ibn Yahya meriwayatkan dari Ahmad ibn Muhammad dari Muhammad ibn Sinan dari Abaan yang melaporkan : “Aku telah mendengar Abu Abdullah [a.s] berkata : ‘Dunia tidak lenyap (terjadinya kiamat) kecuali seseorang dari kami akan muncul dan akan memerintah menurut undang-undang keluarga Daud’

Ahmad dari Ahmad ibn Muhammad dari Ibn Mahbub dari Hisham ibn Salim dari Ammar as Sabati melaporkan : “Aku bertanya kepada Abu Abdullah [a.s] : ‘Di atas undang-undang apa kamu akan memerintah jika kamu menjadi pemerintah.’ Dia menjawab : ‘Menurut undang-undang Tuhan dan undang-undang Daud. Dan jika kami berselisih dalam satu keadaan yang mana kami tidak dapat menyelesaikannya, Jibril (Ruh al-Qudus) akan mendedahkannya kepada kami.’

Muhammad ibn Ahmad dari Muhammad ibn Khalid dari Nazr ibn Suwaid dari Yahya al Halabi dari Imran ibn A’yun dari Jaeed al-Hamdani dari Ali ibn al-Hussein [a.s] berkata : “Aku bertanya kepada beliau dengan undang-undang mana kamu akan menghukum ?” Beliau berkata : “Dengan undang-undang Daud, dan jika disana terdapat satu perkara yang tidak dapat diselesaikan, Jibril (Ruh al Quds) akan mendedahkannya kepada kami.”

Ahmad ibn Mahran [r.a] dari Muhammad ibn Ali dari Ibn Mahbub dari Hisham bin Salim dari Ammar as Sabati melaporkan : “Aku bertanya kepada Imam Abu Abdullah [a.s]: ‘Dengan undang-undang mana kamu akan memerintah ?’ Dia menjawab : ‘Dengan undang-undang Tuhan, dan undang-undang Daud.’

b.) Bahasa Hebrew

Lebih jauh lagi, Imam ke-12, Imam Mahdi Syiah akan bercakap dalam bahasa Hebrew (Yahudi) :

Ahmad ibn Muhammad ibn Saeed al Uqdah berkata : Ali ibn al-Hasan at-Taymali melaporkana kepada kami : al-Hasan dan Muhammad bin Ali ibn Yusuf berkata, dari Sa’daan ibn Muslim, Dari rijal (perawi-perawi yang ramai), dari al-Mufadhal ibn Umar berkata : Abu Abdullah [a.s] berkata : “Apabila Mahdi berdoa, dia akan berdoa kepada Tuhan dalam bahasa Hebrew.” [Al-Ghaybah an Nu’mani, p.326]

c) Yahudi akan mengikuti Imam Mahdi Syiah.

Menurut Shiah, Yahudi juga akan menjadi pengikut Imam Mahdi :

Sheikh al-Mufid telah melaporkan dalam kitabnya, Al-Irshaad dari al- Mufadhal ibn Umar bahawa Imam Abu Abdullah [a.s] telah berkata : “Di sana akan muncul bersama Imam Mahdi .. manusia dari bangsa nabi Musa (Israel).” [Al-Irshaad al-Mufid , m.s 402]

Menurut hadis dari kitab Al-Kafi karangan al-Kulaini, ketika ghaib Imam Mahdi belajar dari satu kitab yang bernama al-Jafr (salah satu kitab suci Syiah yang didakwa ditulis oleh Imam Ali a.s), yang mengandungi ajaran dari agama Israel :

Imam (a.s.) akan kekal bersembunyi untuk satu tempoh dan kemudian berkata, “Ditangan kami ada al-Jafr. Apakah mereka mengetahui apa itu al-Jafr?” Aku kemudian bertanya, “Apakah kandungan al-Jafr itu ?” The Imams (a.s.) menjawab, “Ia mengandungi ilmu para nabi dan pelaksana harapan-harapan mereka dan ilmu cerdik pandai orang-orang Israel terdahulu.” [al-Kafi, Hadith 635, Ch. 40, h 1]

MESSIAH YAHUDI dan MAHDI SYIAH

Cuba kita renungkan persamaan antara Mahdi Syiah dan Dajjal Messiah Yahudi yang diceritakan oleh agamawan Yahudi :

Penulis Yahudi terkenal Raphael Pata’ telah menterjemah kitab Mishne Torah yang telah dihimpunkan oleh pendita Yahudi lampau bernama Maimonides. Tajuk terjemahannya, The Messiah Texts pada muka surat 322-327, Maimonides menulis ;

"King Messiah will arise in the future and will restore the kingship of David to its ancient condition, to its rule as it was at first. And he will rebuild the Temple and gather the exiled of Israel. And in his days all the laws will return as they were in the past. They will offer up sacrifices, and will observe the Sabbatical years and the jubilee years with regard to all the commandments stated in the Torah. And he who does not believe in him, or he who does not await his coming, denies not only the [other] prophets, but also the Torah and Moses our Master. For, behold, the Torah testifies about him [the Messiah], as it is written, The Lord will return your captivity and have compassion upon thee, and will return and gather thee from all the peoples whiter the Lord thy God hath scattered thee. If any of thine that are dispersed be in the uttermost parts of heaven, from thence will the Lord thy God will bring thee into the land which thy fathers possessed, and thou shalt possess it (Deut. 30:3-5)

Selanjutnya, Yahudi mempercayai Messiah atau al-Masih itu seorang raja, penakluk yang menang dari keturunan Nabi Dawud yang mereka namakan anak Allah. Mereka mempercayai juga bahawa al-Masih itu akan datang semula untuk mengembalikan kebesaran Israel dan menyatupadukan perbalahan kaum Yahudi di Palestin serta menjadikan hukum-hukum Taurat (kitab Nabi Musa) berjalan berkuat-kuasanya.

Mereka berharap al-Masih mereka muncul sejak zaman Nabi Musa a.s lagi. Nama al-Masih – Messiah sering diseru-seru oleh kaum Yahudi setiap kali mereka ditimpa bencana dan setiap masa mereka menderita dari bencana-bencana tersebut.

Tetapi juga kadang-kadang al-Masih ini juga dinamakan kepada sesiapa yang bertindak terhadap musuh-musuh mereka (Yahudi) walaupun bukan dari keturunan Daud seperti gelaran diberikan kepada Cyrus. Oleh kerana al-Masih itu masih belum muncul mereka menamakan beberapa ciri-ciri al-Masih sebenar iaitu seorang pembaik (muslih) sosial, adil dan bersopan santun. [lihat Arthur Hertzberg, Judaism, m.s : 215 – 218]

Abbas Mahmud Aqqad berkata, kebanyakan pengkaji mempercayai bahawa idea penyelamat yang jujur itu adalah dipinjam dari kepercayaan Zoroaster, agama asal yang dianuti oleh orang-orang Parsi. [Lihat Dr. Ahmad Syalabi, Agama Yahudi, Pustaka Nasional : Singapore, thn : 1977, m.s : m.s 185. Abbas Mahmud Aqqad, Allah, m.s 117.]

Guignebert berkata : Sesungguhnya kecenderungan Parsi kepada melukiskan kemenangan berterusan golongan baik ke atas golongan jahat selepas melalui sebuah pertarungan yang panjang . Apa yang dinamakan baik oleh orang Parsi, dinamakan pula oleh orang-orang Yahudi sebagai al-Masih [Lihat Guignebert , The Jewish World in The Time of Jesus, m.s 141].

Idea wujudnya seorang raja yang idealis yang memerintah seluruh alam ini adalah asalnya dari idea yang tersebar dari kaum Semitik (Yahudi) dan ia dikuti pula dengan wujudnya suatu alam yang idealis yang sama, iaitu apa yang dikatakan oleh kaum Yahudi dan Kristian sesudah itu, kerajaan Tuhan.

Setengah pengkaji pula berpendapat kecenderungan kepada idea yang mengatakan al-Mahdi Muntazar yang dipegang oleh Syiah adalah dipinjam daripada idea yang ditunggu-tunggu di kalangan kaum Yahudi. [Lihat Max Margolis dan Alexander Marx : A History of Hebrew People, m.s : 258] 

TINDAK-TANDUK IMAM MAHDI SYIAH (DAJJAL) SETELAH KEMUNCULANNYA

Lihat pula apakah sifat-sifat Mahdi Syiah – Dajjal ini dan apakah yang bakal dilakukannya setelah muncul lagi berdasarkan keterangan hadis-hadis agama Syiah : 

a.) Rasulullah S.A.W orang pertama berbaiah dengan Imam Mahdi ? Aqidah sesat Syiah

Orang pertama yang akan membai’ah Imam Mehdi Syiah ialah Rasulullah s.a.w ketika raj’ah. Rasulullah SAW akan menjadi muridnya. [Haqq al-Yaqin jil.2, m.s : 347 dan Bashairu al-Darajat, m.s : 213] 

b.) Muncul Imam Mahdi, Hipokrit (Taqiyyah) Bagi Agama Syiah Akan Terbatal

Taqiyyah adalah sesuatu yang wajib diamalkan oleh seseorang yang berfahaman Syiah. Seterusnya akan terkeluar daripada Syiah jika tidak mengamalkannya. Diriwayatkan daripada Imam kelapan Ali bin Musa bahawa beliau berkata, “Tiada agama bagi orang yang tidak wara' dan tiada iman bagi orang yang tidak bertaqiyyah. “Maka beliau ditanya, “Wahai cucunda Rasulullah, sampai bilakah (perlu bertaqiyyah)? Beliau menjawab, "Sampai hari tertentu, iaitu hari munculnya Imam Mahdi. Sesiapa yang tidak mengamalkan taqiyyah sebelum keluarnya Imam Mahdi, bukanlah dia daripada kalangan kami ". (Kasyf al-Ghummah Al-Ardabili, hal 341). 

c.) Imam Mahdi Kejam dan Ganas

Sifat Imam Mahdi yang ditunggu oleh Syiah begitu ganas dan kejam sehingga kerjanya tidak lain selain daripada membunuh dan menyembelih manusia, terutama bangsa Arab dan kalangan Ahli Sunnah.

Mereka menyatakan, Apabila muncul Imam Mahdi nanti orang orang Syiah akan menghadapkan setiap Nasibi di hadapan Imam Mahdi. Jika Nasibi itu mengakui Islam iaitu wilayah maka dia akan dibebaskan, jika tidak akan dipenggal lehernya atau dia bersedia membayar jizyah sebagai ahli zimmi. (al-Majlisi, Bihar al-Anwar, J.52, hal 373, tafsir Furat ibn Ibrahim, hal. 100).

Al-Majlisi meriwayatkan, “tidak akan ada yang tinggal antara kami dengan orang Arab melainkan pembantaian” [Mula Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52 m.s 349].

Dalam riwayat yang lain al-Majlisi meriwayatkan, “al-Muntazar akan berjalan di kalangan orang Arab dan akan membunuh mereka”. [Mula Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil.52, m.s 318]

Dia juga meriwayatkan, “Hati-hatilah orang Arab kerana mereka memiliki berita yang buruk, maka sesungguhnya tidak akan keluar seorang pun dikalangan mereka bersama al-Qa’im”. [al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil.52, m.s : 333].

Kejam terhadap manusia dengan membunuh 9/10 daripada umat islam. Ketika raj’ah, orang-orang ahli sunnah yang tidak menerima ajarannya (Syiah Imamiyyah) akan dipenggal lehernya. [al-Kulaini, al-Raudah min al-Kafi, jil.8, m.s 160]

Majlisi meriwayatkan, dari Abu Abdillah a.s, “kalaulah manusia mengetahui apa yang bakal dilakukan oleh al-Qaim semasa dia muncul, maka kebanyakan mereka lebih suka untuk tidak melihatnya kerana pembunuhan yang dilakukannya terhadap manusia .. sehingga kebanyakan manusia mengatakan, “Ini bukan dari keluarga Muhammad, kalaulah dia dari keluarga Muhammad pasti dia akan memiliki kasih sayang” . [Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s 353].

Sayid Sadr menyatakan, “Sesungguhnya pembunuhan yang terjadi pada manusia kebanyakkan dikhususkan kepada kaum muslimin. Kemudian dia (al-Qaim) menghadiahkan kepada saya satu salinan dari kitabnya”[Sayyid Husein al-Musawi, lillah thumma li Tarikh, terj. Mengapa saya keluar dari Syiah, m.s : 137]

d.) Imam Mahdi akan merobohkan Ka’bah.

Al-Majlisi menjelaskan, perkara yang pertama dilakukan oleh al-Qaim setelah muncul ialah mengusir dua orang iaitu Abu Bakr dan Umar yang masih basah dan segar, melemparkannya dengan angin dan merobohkan masjid-masjid. [ Bihar al-Anwar, jil.52, 387 ].

Imam Mahdi yang dinantikan kemunculannya yang mengikut kepercayaan Ahli Sunnah akan memenuhi bumi dengan keadilan setelah ia dipenuhi dengan kezaliman dianggap oleh Syiah sebagai orang yang akan merobohkan Kaabah dan akan memotong tangan dan kaki penjaga Tanah Haram.

Syeikh Mufid menyebut bahawa, "Apabila lmam Mahdi muncul ia akan merobohkan masjid al-Haram dan memotong tangan Bani Syaibah kemudian menggantungkannya di Kaabah serta dituliskan kepadanya, mereka inilah pencuri pencuri Kaabah.” (al-Mufid, Al-Irsyad. hal. 411, At-Tusi, Kitab al Ghaibah, hal.282).

Al-Majlisi meriwayatkan, “Sesungguhnya al-Qaim akan merobohkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sehingga rata tanahnya”. [ al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s : 338 ] juga al-Tusi, al-Ghaibah, m.s 282 ] 

e.) Membongkar semula kubur para sahabat nabi.

Akan membongkar kubur Abu Bakr al-Siddiq dan Umar al-Khattab r.a untuk disalib dan disebat dikhalayak ramai. Mereka kedua akan dihidupkan kembali untuk menerima hukuman. [Lihat, Ni’matullah al-Jazairi, Al-Anwar al-Nu’maniyyah, jil.2, m.s : 85 dan Majlisi, Haqq al-Yaqin, j.2, m.s : 242].

Sementara di zaman kemunculan Mahdi, ketika raj’ah Imam Mahdi akan menghidupkan Aisyah dan akan melaksanakan hukum hudud ke atasnya kerana Aisyah dikatakan telah berzina semasa hidup Rasulullah s.a.w. [Anwar al-Nu’maniyyah, jil.1, m.s : 161, Tafsir al-Shafi, jil.2, m.s 108, Haq al-Yaqin, jil.2, m.s 256, Hayat al-Qulub, jil.2, m.s 611]

al-Majlisi menjelaskan, perkara yang pertama dilakukan oleh al-Qaim setelah muncul ialah mengusir dua orang iaitu Abu Bakr dan Umar yang masih basah dan segar, melemparkannya dengan angin dan merobohkan masjid-masjid. [Bihar al-Anwar, jil.52, 387].

f.) Mahdi Syi’ah berhukum dengan hukum Dawud dan Sulaiman (Kitab Zabur) dengan kejam.

Al-Majlisi meriwayatkan bahawa, “al-Qaim akan membawa ajaran baru, kitab yang baru dan hukum yang baru”. [al-Majlisi, Buhar al-Anwar, jil.52, m.s : 354].

Al-Kulaini dalam Usul al-Kafi, kitab yang paling sahih bagi Syiah yang mengatasi kesahihan Sahih al-Bukhari bagi ahli Sunnah. Dia meriwayatkan dari Imam Abu Abdillah a.s berkata : “Jika al-Qaim dari keluarga Muhammad muncul, dia akan memerintah dengan hukum Daud dan Sulaiman (ajaran Taurat), dia tidak akan menanyakan bukti-bukti”. [Usul al-Kafi, jil.1, m.s : 397] 

SYIAH - TENTERA DAJJAL

Mengikut pandangan beberapa ulama, Al-Tayalisah ialah sejenis pakaian atau jubah kebesaran ulama Yahudi. Jubah ini susah ditemui kini kerana dipakai oleh kelompok ahli agama sahaja. Al-Tayalisah ini mungkin turut dipakai oleh ulamak Iran yang berfahaman Syiah. Untuk menegakkan kebenaran sabda Rasulullah SAW itu, marilah kita ikuti perkembangan terbaru perang konspirasi Dajjal yang masih berterusan hingga kini.

Pada 28.12.2008, iaitu selepas 1 hari tentera Zionis menyerang Palestin, Ulama Syiah, Ayatollah Ali Khomenei mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang turut serta dalam perang di Palestin menentang Israel dan terkonban, akan dikira mati syahid. Oleh itu telah dilaporkan 70,000 warga Iran, yang majoritinya belia telah mendaftarkan diri secara sukarela untuk berjuang bersama hamas dibumi Palestin hanya dalam masa seminggu.

Walau bagaimanapun, seminggu selepas itu Ayatollah Ali Khomenei mengeluarkan kenyataan yang cukup berbeza dari sebelumnya iaitu penghantaran briged sukarela pejuang jihad ditangguhkan dan tidak perlu buat masa ini kerana kononnya terdapat tanda-tanda Israel/Zionis sedang memasang perangkap untuk mengheret Iran dalam kancah perang terbaru.

Apapun pendapat ulamak Syiah itu, kebenaran kata-kata Rasulullah sejak 1430 tahun lalu telah terbukti dengan penzahiran 70 ribu warga Iran untuk berjuang itu! Apakah matlamat dan strategi Zionis/Israel itu hanya Allah SWT saja yang tahu.

Mungkinkah mereka sekarang sedang menunggu kehadiran sebenar Dajjal (Mahdi Syiah) untuk diikuti, bukan untuk melawan Zionis/Israel tetapi sebaliknya untuk menyerang dan menghapuskan orang Islam yang beraliran Ahli-Sunnah wal jamaah dan seluruh keturunan dan cucu cicit Nabi. Jika diamati realiti yang berlaku kini, mereka (Syiah) amat membenci golongan Ahli Sunnah, padahal golongan tersebut tidaklah begitu membenci dan berdendam dengan mereka.

Perbezaan Sunni dan Syiah umpama langit dan bumi, malah mengikut seorang ulamak Syiah bernama Sayyid Nikmatullah al-Jazairi dalam kitabnya, berkata :

"Sesungguhnya kami tidak akan pernah sepakat dengan AHLI SUNNAH tentang ALLAH, NABI dan IMAM kerana mereka mengatakan: Tuhan kami adalah yang Nabinya Muhammad dan khalifah setelahnya Abu Bakar, dan kami AL-RAFIDHAH tidak beriman pada Tuhan itu dan Nabi-Nya, kerana Tuhan yang Nabi-Nya Muhammad dan khalifah setelahnya adalah Abu Bakar bukanlah TUHAN kami." [Rujukan : Anwar al-Nu’maniyyah, jil.2, m.s: 278, Bab Nur fi Haqiqah al-Anwar]Oleh itu, pembunuhan Saddam yang berfahaman Sunni juga mungkin dirancang oleh Yahudi-Zionis bersama Dajjal. Ini adalah kerana, Saddam adalah di antara pemimpin Islam yang tegas di dunia, yang walaupun dianggap zalim, namun Saddam amat tegas memerangi Zionis di Palestin. Dajjal yang muncul di Iran inilah juga yang membantu Yahudi-Zionis mengalahkan Taliban di Afghanistan dan rejim Saddam di Iraq.

Disini saya petik kata-kata beberapa pemimpin utama Iran untuk renungan bersama.


Kata Ali Hashemi Rafsanjani, semasa khutbah Jumaat di Universiti Tehran pada 8.2.2002 :

"Tentera Iran telah memerangi TALIBAN, dan bekerjasama menjatuhkannya, jika tidak kerana bantuan tentera Iran dalam peperangan TALIBAN, Amerika telah tenggelam di bumi AFGHANISTAN".

Katanya lagi "...seharusnya Amerika mengetahui, jika tidak kerana tentera Iran, Amerika tidak mampu menjatuhkan TALIBAN!"


Sementara pemimpin lain Iran iaitu Muhammad Ali Abtahi, bekas Naib Presiden Iran kepada Presiden Mohamad Khatami ,pada Ucapan perasmian penutup seminar Teluk : Cabaran Dan Masa Depan di UAE pada 15.1.2004 berkata : 

“Jika tidak kerana orang-orang Iran, KABUL dan BAGHDAD tidak akan jatuh (ke tangan Amerika) dengan mudah! Sekarang ini pelan jangka panjang yang dirancang oleh Zionis sedang berjalan lancar. Segala tipu helah dan gerak catur perang semuanya mengikut arahan Dajjal yang mengambil kira nasihat Iblis, iaitu makhluk yang derhaka kepada Allah sejak zaman Nabi Adam hingga kiamat yang panjang umurnya, bijak IQ dan EQnya.

Hanya mereka yang kuat iman dan takwa serta kental semangat perjuangannya mampu mengalahkan mereka. Oleh itu berhati hatilah dengan Iran dan berwaspadalah dengan aliran Syiah yang amat bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah wal jamaah.

Siapakah Messiah Yahudi atau Dajjal menurut kitab-kitab Syiah? Apakah bezanya Imam Mahdi mengikut aliran Sunnah wal jamaah dengan Messiah Yahudi (imam ke-12) golongan Syiah? Di sini, saya memetik satu kesimpulan menarik yang dibuat oleh penulis ini dari bahagian akhir tulisannya iaitu :


Cuba anda renungkan ketika blok Syiah sudah lebih 70% menguasai dunia Arab di rantau Timur Tengah, apa perlu Iran dan Syria bekerjasama dengan Amerika di Iraq di atas alasan keselamatan dan keamanan Iraq? Bagi berhadapan dengan pejuang Sunnah. Kerjasama itu sebenarnya melanjutkan hubungan mereka disebalik tabir sebelum ini. Penulis tidak hairan kerana bagi yang pro-Syiah tidak hairan mereka telah menyesatkan penganut Sunnah di Iraq hari ini dengan pelbagai tuduhan nista. Cuba kita renungkan dengan penguasaan Syiah di rantau Timur Tengah apa perlu Hizbullah dan Syiria kini berdamai dengan Israel dan Hizbullah menyerahkan mayat dua askar Israel kepada Israel baru-baru ini. Hizbullah yang menang kenapa berdamai pula?

Hakikat yang jelas Hizbullah kini minat menumbangkan Lubnan berbanding Palestin. Saya yang sentiasa mengikuti perkembangan sejarah dunia Timur Tengah tidak pernah meminggirkan faktor asas dalam mengkaji tindakan-tindakan mereka... Hakikatnya Syiah lebih mementingkan empayar Parsi berbanding kemerdekaan Palestin dan pembebasan Iraq dan Afghanistan. Dan perlulah diketahui musuh utama mereka ialah Sunnah..

Apa beza Syiah dan Yahudi ? Tiada beza berdasarkan riwayat-riwayat mereka mengenai Mahdi dan Dajjal. Lihatlah persamaan antara keduanya.. Syiah ini berasal dari agama Yahudi malah pengasas Syiah ialah Yahudi Ibn Saba', malah dari segi keturunan kata al-Mas'udi sejarawan Syiah zaman awal bahawa orang-orang Parsi (Syiah Iran, Afghanistan, India) adalah berasal dari anak-anak Ishak bin Ibrahim a.s sementara orang-orang Yahudi ialah anak-anak Israel (Nabi Ya'qub a.s) bin Ishak bin Ibrahim a.s, cukuplah latar belakang sejarah Isfahan dan Hamdan juga Cyrus, Mordechai dan Esther bagi menggambarkan keakraban kaum Parsi dengan Yahudi dalam sejarah mereka yang lampau yang yang dibanggakan oleh pentadbiran Iran hari ini meskipun laungan palsu dan bohong isu Holocoust dan ingin melenyapkan negara Yahudi dari peta dunia. 

BERLINDUNG DARI FITNAH DAJJAL 

Kewajipan untuk berlindung dari fitnah Dajjal merupakan perkara yang amat penting buat kita. Kerana dalam sebegitu banyak hadith-hadith kita telah di diberi beberapa 'amaran' oleh Rasulullah SAW tentang bahayanya Dajjal. Sebab itu dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w bersabda :

"Bila seseorang selesai membaca tashahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal'. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya]". Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa [27].Dalam riwayat Abu Daud dan Ahmad dengan sanad yang sahih, Nabi selalu membaca doa tersebut dalam tasyahhudnya.

Lihatlah betapa pentingnya untuk kita berlindung dari fitnah Dajjal tersebut, Nabi Muhammad SAW seorang manusia yang secara mutlaknya mendapat perlindungan dari Allah SWT sendiri, selalu memohon perlindungan daripada fitnah Dajjal, inikan pula kita, hanya manusia biasa. 

Bahayanya fitnah Dajjal ialah, ia bukan sahaja mengelirukan orang awam yang rendah ilmu dan imannya, tetapi jika dilihat pada sejarah, berapa ramai ulama' terkeliru dengan Dajjal ini. Fitnah Dajjal amatlah dasyat, boleh jadi seseorang yang awalnya Islam, akan tersesat di akhir hayatnya yang kemungkinan akan murtad pada kemudian hari.

Ketika selesai membaca tasyahhud yakni sebelum salam, adalah digalakkan membaca doa ini :


KESIMPULAN

Akhirkata, sama-samalah kita mengkaji tentang bangsa Parsi pengikut Dajjal yang bakal menyambut kemunculan Dajjal nanti. Hanya orang-orang yang buta mata hatinya menganggap kaum Parsi Syiah itu seagama dengan mereka tanpa mengkaji latarbelakanghubungan dan kerjasama mereka dengan Amerika Zionist dan Israel dalam kejatuhan Taliban Afghanistan dan Iraq. Syiah samada Iran, Syria atau Hizbullah adalah sekutu Israel disebalik konflik dan peperangan palsu antara mereka. Memadailah kita merenung riwayat Imam Muslim dimana Rasulullah telah bersabda, “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 dari bandar Yahudi Isfahan mereka itu memakai jubah Parsi (Syiah) – Tayalisah”.


Sumber (artikel yang berdasarkan sumber al-Quran malah kitab-kitab Syiah sendiri) :

www.al-ahkam.net
www.ibnuyaacob.com
http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com
http://zharifalimin.blogspot.com
www.wirajiwa.bumicyber.com
www.halaqah.net 

p/s : kesesatan Syiah amat jelas dengan dakwaan 'gila' mereka bahawa "Malaikat Jibril tersalah memberikan wahyu kepada Nabi Muhammad, sepatutnya kepada Ali" . Isfahan, Iran adalah sebuah kota yang majoriti warganya Yahudi. (jelas-terbukti)

Sumber : MacJay.Net

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN