"Tangungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada" Ungkapan
yang diucapkan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna di atas jelas
menggambarkan begitu beratnya amanah dan tangungjawab yang terpikul
dibahu kita dalam konteks mahasiswa. Antara tangungjawab dan amanah.
Dua konatasi yang tidak jauh perbezaan serta tidak terlihat apakah
sebenarnya kontradaksi antara keduanya. Mahasiswa adalah golongan yang
paling bernilai kepada negara. Golongan yang begitu penting kepada agama
dan masyarakat.
Mahasiswa adalah begitu sinonim dengan pemuda. Pemuda itu gagah
tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu intelek pemikiranya, teguh
idealismanya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat tenaganya begitu
juga mahasiswa. Pemuda itu kuat keinginnannya begitu juga mahasiswa.
Pemuda itu jelas matlamatnya begitu juga mahasiswa. Jelas disini begitu
pentingnya golongan mahasiswa.
"Sesungguhnya
mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami
tambahi mereka dengan hidayah petunjuk" Al-Kahfi:13
Impian dan cita-cita akan terlaksana dengan wujudnya keyakinan yang
kuat, keikhlasan, semangat yang sentiasa membara bersamanya serta sedia
berkorban dan berusaha untuk merealisasikanya.
As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyatakan terdapat empat asas
penting kepda mahasiswa iaitu:
a) Keimanan
b) Keikhlasan
c) Semangat
d) Usaha
b) Keikhlasan
c) Semangat
d) Usaha
Asas keimanan ialah hati yang bersih. Asas
keikhlasan ialah jiwa yang suci. Asas
semangat ialah keinginan yang kuat. Asas
usaha ialah keazaman yang membara.
Semua sifat ini ada sifat yang wajib ada pada mahasiswa. Atas dasar ini
dapat dilihat betapa peri pentingnya pemuda sebagai golongang yang
tinggi idealisma dan aktivisma berperanan penting dalam perubahan kepada
masyarakat khususnya dalam konteks universiti yang tercinta ini.
Kecintaan mahasiswa
kepada Ilmu
Antara amanah dan tanggungjawab. Dengan hasrat memajukan agama dan
bangsa. Dalam kita melaung-laungkan kemajuan dari sudut fizikal,
material dan yang penting yakni akal budi.
Rupanya kita ini jauh benar ketinggalannya. Meskipun pesatnya dibina
universiti, kolej universiti dan kolej-kolej. Namun masyarakat mahasiswa
gagal membudayakan kecintaan kepada ilmu. Jelas dalam wilayah autoriti
kita sejauh mana mahasiswa membudayakan amalan membaca sebagai sahabat
akrab.
Seorang sarjana futuris ,Tofler (powershift -1991) turut mengakui
bahawa penguasaan ilmu dan maklumat adalah satu-satunya senjata dekad
ini yang akan mendominasikan penguasaan mana – mana masyarakat
bertamadun. Keupayaan mengekplositasi dan penguasaan maklumat akan
menentukan keunggulan dalam menguasai kuasa politik, ekonomi, kewangan,
militari dan segenap bidang dalam kehidupan manusia sejagat.
Penguasaan ilmu dan maklumat menjadi lebih penting kepada masyarakat
amnya dan mahasiswa khususnya ketika era yang dicengkam dengan arus
sejagat, atau apa yang disebut globalisasi.
Dalam arus globalisasi ini, kapitalisma mencengkam dunia. Kita dapat
melihat bagaimana yang kaya akan menguasai golongan miskin. Bahkan yang
lebih kaya akan membaham yang kaya. Yang laju akan meninggalkan yang
perlahan. Yang lebih laju akan lantas merempuh apa sahaja yang di
hadapan.
Jelas di sini mahasiswa perlu sedar. Mahasiswa perlu mempersiapkan
diri dengan kantungan ilmu yang penuh di dada. Mahasiswa perlu bangun
tidak lagi alpa. Sangat sedih apabila semangat juang makin pudar dalam
jiwa mahasiswa. Tidak kedengaran nada-nada pengharapan kepada mahasiswa
daripada masyarakat.
Andai dahulunya mahasiswa ini adalah agen perubah masyarakat kini
tidak lagi. Masyarakat sangat hampa pada kita. Kedangkalan dan kegagalan
kita dalam menguasai ilmu sangat menyedihkan. Universiti sebagai pusat
kecermerlangan ilmu tidak lagi dapat dimanfaatkan oleh mahasiswa.
Keutamaan Mahasiswa
Umat diluar sana sedang diserang musuh, umat disana sedang dilanggar
musuh. Mengapa kita mahasiswa masih leka dan alpa dengan pesona
kelalaian? Akademi fantasia, Malaysian idol dan beberapa program lain
yang sejelek dengannya menjadi kegilaan muda-mudi masa kini.
Terjebak dengan kancah kegilaan ini juga adalah mahasiswa yang sering
mendabik dada sebagai golongan yang kulit tanpa isi atau kulit berisi
hampas. Tanpa kita sedar bahawa gejala hendonisme ini tidak menyuburkan
intelektualisma tetapi terus menyuburkan gejala kebodohan.
Mahukah nilai begini terus dilabelkan pada mahasiswa? Hanya mahasiswa
sendiri yang akan dapat mengubah persepsi yang negatif ini. Ayuh
mahasiswa, bangun dan bersemangatlah! Mari kita kembalikan budaya
kecintaan kepada ilmu.
Mari kita sepadukan kecintaan total dan keutamaan yang utama
kepada penguasaan ilmu. Seiring hasrat membangunkan negara. Dari segi
material dan pembangunan insan. Hanya ilmu adalah senjata yang paling
ampuh untuk membela agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta ini.
Jangan dibiarkan negara ini dijajah sekali lagi. Atas dasar kedaifan
kita dalam penguasaan ilmu.
Keutamaan penguasaan ilmu tidak dapat dinafikan peri pentingnya.
Acapkali kita mendengar betapa pentingnya ilmu. Dengan keilmuan kita
dapat merubah segala. Sehingganya surah pertama juga adalah bermula
dengan "Bacalah".
Angin perubahan
Marilah kita berubah. Kita perlu berubah untuk merubah. Jangan lagi
kita membiarkan nama-nama kita terus diconteng-conteng, dicarik-carik
lagi. Di samping perjuangan terus di semarakkan.
Keutamaan kecintaan ilmu jangan dikesampingan. Dengan pengusaan ilmu,
kita akan lebih dinamik, progresif dan proaktif serta responsif dengan
keadaan semasa. Jangan ditunggu esok.
Bermulalah hari ini. Umat di luar sana menangis melihat kecurangan
kita membelakangkan tanggungjawab kita sebagai mahasiswa dan kealpaan
dan kelalaian kita menjalankan amanah sebagai hamba Tuhan.
0 comments:
Post a Comment