Zaman sekarang adalah zaman yang sangat mencabar.
Mencabar! Kerana setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap
detik, anak muda remaja dan belia kita dibom dari segenap penjuru dengan
pelbagai bentuk godaan peluru berpandu yang membangkitkan naluri
seksual masing-masing.
Biasalah apabila sudah baligh, umur meningkat, tiada godaan
sekalipun, keinginan akan timbul juga secara automatiknya. Maka secara
logiknya, pasti keinginan seksual itu boleh terangsang berpuluh lipat
kali ganda dan berlaku pada tahap yang lebih awal lagi. Masalah
pergaulan bebas sangat membimbangkan sehingga berlaku penzinaan.
Apakah jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini?
Apakah jalan untuk selamatkan spiritual anak kita?
Apakah jalan terbaik untuk selamatkan masyarakat kita?
Tidak boleh hendak menyalahkan ibu bapa yang tidak boleh awasi mereka
24 jam, dan tidak boleh hendak menyalahkan anak muda semata kerana
cabaran yang melampau sana sini.
Oleh yang demikian, beberapa langkah boleh diambil bagi meringankan kekusutan masalah ini.
Yang pertama, kahwin awal itu penting, kerana ia menjaga spiritual anak-anak kita dari dikotori.
Maka, masyarakat harus berusaha mencari jalan untuk membolehkan
anak-anak muda ini kahwin awal untuk memastikan jiwa dan spiritual anak
itu sentiasa bersih. Dan perkahwinan hanya satu-satunya jalan untuk
memenuhi keinginan seksual secara sah dan diredhai Allah.
Dan Islam memang menggalakkan anak-anak muda itu supaya kahwin awal.
Kerana Islam itu melihat jiwa anak-anak pasti akan terancam lebih-lebih
lagi dengan godaan yang datang "attack" dari pelbagai arah dalam masa yang sama. Di dalam al-Quran, Allah berfirman:
"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka..." (24:32)
Memang benar anak muda diajar untuk berpuasa bagi menahan nafsu, menjaga pandangan dan sebagainya, tetapi sampai bila?
Bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, dan mereka ini sentiasa
berhadapan dengan godaan terus-menerus, setiap detik, setiap ketika,
yang boleh mennyebabkan'nerve breakdown', jiwa tertekan, anak muda akan
susah hendak memberi tumpuan dalam pembelajaran.
Akhirnya itu yang mencari jalan belakang, jalan senyap-senyap, jalan
sembunyi untuk memenuhi keperluan semulajadi ini yang kita usaha untuk
cuba elakkan.
Tetapi, hendak kahwin awal bukan senang. Ibu bapa mahu anak-anak
habis belajar dahulu, selepas itu, matang pemikirannya, ada
kedudukannya, hantaran RM15000-30000 (tepuk dahi), kemudian kewangan
untuk anak-anak yang bakal lahir lagi. Maka kahwin awal itu seperti
sesuatu yang rumit. Impossible!
Maka, di sini ada disenaraikan beberapa jalan untuk membantu anak-anak muda zaman sekarang kahwin awal:
1. "Kewangan support" dari ibu bapa yang
mempunyai kewangan yang baik. Ibu bapa yang berkemampuan memang
digalakkan supaya menyokong anak-anak ni supaya kahwin awal dan bantu
yang mana perlu. Kalau Islam itu menggalakkan kita untuk menolong orang
susah, orang miskin, apatah lagi menolong anak sendiri sehingga mereka
boleh berdikari, pasti banyak dan melimpah-ruah lagi ganjarannya.
2. "Komuniti support" . Sekiranya kita
mempunyai islamic organisasi yang menyediakan dana untuk menolong
anak-anak ini kahwin awal. Mengikut sejarah , satu ketika seorang lelaki
ditangkap dan dibawa ke Saidina Ali atas perlakuan yang tidak sopan.
Selepas Ali memberikan hukuman yang sepatutnya, beliau mengahwinkan
pemuda ini dengan menggunakan kewangan negara. Maka di sini Saidina Ali
telah memberi contoh bagaimana masyarakat boleh menolong orang muda
untuk berkahwin.
3."Perkahwinan tanpa beban kewangan".
Iaitu si teruna dan dara itu bolehlah melaksanakan akad sahaja untuk
menghalalkan hubungan. Tetapi mereka boleh tangguh dari membuat majlis
perkahwinan yang menelan kos itu, mungkin selepas habis belajar, sudah
bekerja, kemudian apabila duit sudah banyak, kita boleh meraikannya. Dan
mereka ini dibenarkan saling berjumpa kerana mempunyai hubungan yang
halal.
4. Mereka menjalankan akad dan majlis perkahwinan,tetapi tangguh juga dari menimang anak, dan hidup with "simple lifestyle".
Maka dengan cara ni juga, mereka dapat memenuhi naluri masing-masing,
dan dalam masa yang sama beban kewangan itu dapat dielakkan.
Ya...begitulah beberapa cadangan yang boleh dijadikan panduan tetapi
diingatkan di sini, pengawasan ibu bapa, konsultasi dengan ibu bapa
sangat-sangatlah penting dan kritikal dalam mengatur perkara ini.
Kami langsung tidak menyokong idea si teruna dan si dara buat keputusan sendiri tanpa "input"
dari ibu bapa, dan tanpa mendapat restu hubungan mereka. Ini adalah
penting untuk melindungi reputasi pihak perempuan terutamanya jika
perkara yang tidak dijangka berlaku. Ibu bapa mainkan peranan yang
sangat penting.
Sekiranya kita khusus untuk ibu bapa mengharapkan anak-anak ni supaya kewangan mereka "steady"
dahulu selepas itu baru boleh berkahwin, mereka akan mengambil masa
yang lama dan berkemungkinan dalam tempoh itu akan berlaku perkara yang
tidak diingini.
Maka, apabila kita memahami perspektif dari sudut pandangan Islam
yang menggalakkan perkahwinan awal, maka kita boleh lihat bukan perkara
mustahil bagi pelajar-pelajar, untuk berkahwin dan dalam masa yang sama
meneruskan pelajaran mereka, tinggal bersama di rumah ibu bapa, atau
satu bilik yang disewa di universiti. Mereka boleh teruskan kehidupan
yang sama mudahnya sepertimana kehidupan mereka sebagai pelajar.
Kahwin awal itu memang digalakkan, tetapi mental dan emosional, ilmu
perlu diperlengkapkan supaya masing-masing menyedari tanggungjawab dalam
kehidupan berumahtangga. TAQWA, mesti penuh di dada, barulah rumah tangga itu bercahaya
0 comments:
Post a Comment