**Mungkin ada yang bantah,dan ada yang sokong tentang artikel ini.Mulakan dengan Bismillah,baca dengan mata hati,ketepikan ego kita,pendapat kita,dengar dahulu penjelasan di bawah.OK?Semoga Allah memberi taufik dan dibukakan hati....Ada hikmah semua kejadian :)
Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut
Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom
of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a
great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal
Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of
March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another
holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were
usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began
not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah.. bahawa hari ibu
juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang
kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya
sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno
pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu
mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap
masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja
seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan,
supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan
hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari
keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan
dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau
menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan
yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri
kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah
(untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada
mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya
memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana
pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik
untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati
orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis
dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari
tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan
menghormati orang tua mereka.”
Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya
ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang
kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak
sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama
kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari
bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari
pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah
mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi
orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada
hari-hari tertentu sahaja.
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa
sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam
golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]
Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi
segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini
bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH
Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam
agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan
syariat Islam yang sebenar.
Sumber : Dakwah.Org
Trkejut dgn artikel ni. Trima kasih atas prkongsian! InsyaAllah lepas ni sy akn lbih brhati2..
ReplyDeleteboleh smbut tp bukan terhad pada hari2 yg tertentu lar....kita diwajibkan mberbuat baik dengan ibu bapa pada setiap masa...sehingga mereka meninggal dunia....hukum adalah wajib dan fardhu ain
ReplyDeletebetul tu lisanul hakim.. nak gembirakan hati ibu ni bukannya tunggu hari2 tertentu..pastu semua pakat sambut.. pastu hari lain.. lupakan.. kita kena gembirakan hati ibu kita bila2 masa jer.. jangan hadkan hari2 tertentu.. gembirakan hati ibu tu kan dituntut...
ReplyDeleteCollagen Powder
ESP – Soy Protein Isolate Powder
GLA Complex
Omega Guard
Vita-E Complex
B-Complex