Assalamualaikum solehah,
Apa khabar hati dan imanmu hari ini?
Mengapa
aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan? Soal hati ya..
Wahai
solehah, payah bukan tatkala kita jatuh cinta?
Kadang-kadang rasa
itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang.
Percayalah, saya tahu
bagaimana rasanya.
Jangan pernah dibunuh rasa itu!
Namun,
tuntunlah fitrah itu sebaiknya dengan zikrullah.
Usah lumurkan
sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.
Usah pula dipalitkan
hatimu dengan kerinduan yang dusta.
Hatimu dan hatinya bukan milik
sesiapa.
Milik pencipta kita selamanya. Dia yang memegang hati
kita.
Hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian. Sebagai tarbiah.
Tabahlah wahai solehah, moga diberi
kekuatan selalu.
Pintalah pada Pemilik Hati yang mengawal rasa
itu.
Dia Maha Mengetahui bahawa kita mampu.
Yakinlah,
rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.
Dia Maha
Mendengar bukan? Dia lagi Maha Penyayang.
Mana mungkin doa-doa
hambanya yang solehah tidak didengari.
Ingat, Tuhan kita akan
berikan kita semua yang kita perlu,
bukan hanya semua yang kita
mahu.
Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita
harungi,
semuanya akan menjadi tersangat indah.
Waktu itu
akan tiba jua duhai solehah.
Saat hatimu dan hatinya tenang
bersatu diabdikan hanya kepadaNya.
Imam solatmu akan tiba kelak.
Dekat.
Penantianmu akan berakhir dengan sebenar-benar persediaan.
Ilmu,
hati dan doa perlu dirapi
Andai belum cukup bersedia. Mujahadahlah
wahai solehah.
Doaku untukmu agar selalu dirimu kuat.
Selamat
bermujahadah sayangku solehah.
Sumber : Iluvislam
InsyaAllah.. Sejuk hati baca artikel ni.
ReplyDeleteRsa sgt brtuah jdi muslimah harini.. :)
Trima kasih utk prkongsian!
wanita solehah tu... insya Allah...
ReplyDeleteCollagen Powder
ESP – Soy Protein Isolate Powder
GLA Complex
Omega Guard
Vita-E Complex
B-Complex