Home » » BENARKAH BAHASA ARAB ITU - BAHASA ALLAH?

BENARKAH BAHASA ARAB ITU - BAHASA ALLAH?

Written By Lisanul Hakim (Ahmad Shafiq Ismail) on Thursday, February 10, 2011 | Thursday, February 10, 2011

Mana SATUKAH dalam kesemua bahasa di dunia ini adalah bahasa Allah, yakni bahasa Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa. Dan apakah IMPLIKASINYA kepada ajaran ISLAM itu sendiri.
  • Suhuf-I-Ibrahim - Bahasa Hebron (Hebrew)
  • Zabur - Bahasa Hebron (Hebrew)
  • Tawrat / Torah - Bahasa Hebron (Hebrew)
  • Injil / Bible - Bahasa Hebron (Hebrew)
  • Al-Quran - Bahasa Arab (Arabic)
Barangkali ada sebahagian dari manusia, termasuk kita Muslimin dan Muslimat, ada yang tertanya-tanya dalam dirinya - Mengapa Allah menurunkan kitab-kitab terdahulu dalam Bahasa Hebron dan Mengapa pula Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab sebagai bahasa perantaraannya?

Firman Allah Surah Ibrahim : Ayat 4 - Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. dan Dia-lah Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Penjelasan Allah tentang bahasa yang digunakan oleh-Nya dalam setiap kitab adalah mengikut kesesuaian Rasul yang diutus-Nya. Contohnya Zabur, Tawrat dan Injil, lesemuanya diturunkan kepada Rasul-Nya yang berbangsa Yahudi dan sudah semestinya bahasa yang digunakan Allah dalam kitab-kitab mereka mengikut bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Hebron. Begitulah juga apabila Allah memutuskan bahawa NABI TERAKHIR itu adalah dari kalangan Bangsa Arab, maka sudah sewajarnya bahasa yang digunakan dalam kitab-Nya (Al-Quran) itu adalah dalam Bahasa Arab agar mereka itu mudah memahaminya.

Firman Allah Surah Maryam : Ayat 97 - Maka Sesungguhnya Telah kami mudahkan Al Quran itu dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi khabar gembira dengan Al Quran itu kepada orang-orang yang bertakwa, dan agar kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang.

Soalnya, mengapa tidak ianya dalam Bahasa Inggeris, yang begitu luas penggunaanya ketika ini dan juga merupakan bahasa terbesar di dunia? Atau mengapa pula tidak Bahasa Indonesia atau Bahasa Jawa atau Bahasa Melayu itu sendiri? Pada dasarnya Allah Yang Maha Sempurna lagi Maha Bijaksana pastilah mempunyai alasan yang baik berhubung masalah ini, yang mana ia dilihat berada di luar kemampuan pemikiran dan pengetahuan kita.

Dalam Al Quran juga, Allah telah menjelaskan dalam banyak ayat bahwa Al Quran merupakan kitab yang memiliki kemudahan untuk dipelajari. Antara contoh ayatnya adalah sebagai berikut :

Firman Allah Surah Ad Dukhaan : Ayat 58 - Sesungguhnya kami mudahkan Al Quran itu dengan bahasamu supaya mereka mendapat pelajaran.

Firman Allah Surah Al Qamar : Ayat 17 - Dan Sesungguhnya Telah kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, Maka Adakah orang yang mengambil pelajaran?

Walaupun pelbagai keterangan Allah tentang kemudahan mempelajari Al-Quran, dari sudut realitinya, hanya mereka yang menguasai Bahasa Arab sahaja yang mampu FAHAM terus setiap bacaan dari Al-Quran, mereka yang selain itu terpaksa membuka buku terjemahan Al-Quran bagi memahami sesuatu ayat yang cuba disampaikan.  

MASALAH bahasa ini bukanlah masalah kecil dan bukan pula masalah bagi hanya segelintir manusia sahaja, tetapi ia adalah masalah hampir 2/3 dari penganut Islam dunia itu sendiri. Ramai dari kita dari lain-lain bangsa selain bangsa Arab menghadapi kesukaran untuk memahami apa yang dibicarakan Allah dalam Al-Quran itu. Kemudian Allah berfirman lagi makhum-Nya -  

Firman Allah Surah Fushshilat : Ayat 44 - Dan jikalau Kami jadikan al-Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan, “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya? Apakah (patut Al-Quran itu) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab?...

PERSOALANNYA: APAKAH SEBENARNYA BAHASA ALLAH, BAHASA TUHAN SEMESTA ALAM INI?

Apakah sebenarnya amalan bahasa Allah, Tuhan semesta alam ini? Apabila kita perhatikan, dalam beberapa ayat Allah, Allah ada menerangkan bahawasanya Dia telah menjadikan manusia itu terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa. Allah juga menyuruh bangsa-bangsa ini (selain bangsa Arab) berdoa dalam bahasa mereka, NESCAYA Allah akan perkenankan permintaan doa mereka yang ikhlas dan beriman kepada-Nya. Harapan yang Allah berikan kepada mereka yang berdoa dalam bahasa selain Bahasa Arab itu jelas membuktikan bahawa Allah itu Maha Luas Pengetahuan Bahasa-Nya.

Rupanya Allah faham bahasa kita semua wahai para Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah :-) Kita tidak memerlukan bahasa Arab untuk memahami atau untuk difahami oleh Allah Swt. Tidak seperti sifat manusia itu sendiri. Sebagai contoh: Jika anda ingin mengadap Ratu Elizabeth of England, anda WAJIB bertutur Bahasa Inggeris sebelum mampu difahami Baginda Ratu dan begitulah sebaliknya. Dengan Allah, tidak perlu kesemua itu. Bertuturlah anda dengan bahasa apa sekali pun, Allah Maha Memahaminya. OK, admin bukan setakat nak bagitau apa yang anda semua memang telah ketahui itu. Tetapi admin ada perkara yang nak dikongsikan bersama disebalik kemelut bahasa ini.

Admin ada melihat salah seorang dari kita memberi komen bahawa, untuk memahami Islam, dan mengeluarkan pendapat tentang agama Allah ini, seseorang itu hendaklah terlebih dahulu mahir berbahasa Arab. Bila admin baca sahaja komen itu, terus admin menulis mengenai bahasa TUHAN ini. Jika Allah memahami semua bahasa, mengapa pula kita perlu memahami hanya satu bahasa (yakni bahasa Arab) sebelum dibenar berkata tentang Agama Allah ini? Sedangkan tafsiran dan terjemahan Al-Quran itu telah ada dalam pelbagai bahasa. Admin setuju jika syarat itu diguna oleh Imam terdahulu kerana ketika itu tiadanya terjemahan Al-Quran dalam bahasa lain, tetapi hari ini, penggunaan bahasa lain juga telah mampu menghurai pelbagai kekusutan dan kemaslahatan dalam Agama Islam.

Adalah wajar bagi pendakwah memahami kehendak orang yang cuba didakwahnya itu. Dari kajian rambang admin, rata-ratanya mereka ini merasa BOSAN apabila ustaz atau penceramah mengulang baca firman atau hadis dalam bahasa Arab, dan kemudiannya baru menterjemahkan ia kepada bahasa yang difahami oleh orang yang hadir dalam ceramah itu. Mengapa setiap penceramah cuba 'menunjukkan' kebolehan membaca ayat-ayat Allah dalam bahasa Arab? Apakah dapat pahala kerana bacaan itu tadi lebih utama dari matlamat asal 'agar ia difahami' hadirin?

WELL, now...kita kena brush up dan touch up semula cara berfikir pendakwah agar ia relevan kepada peradaban masa kini. Membaca ayat Allah itu memang bagus tetapi makna yang difahami hadirin itu paling UTAMA. Maksudnya, bacalah terus maksud dari ayat itu tanpa dibaca ayat itu dalam bahasa asalnya, ia amat efektif kepada pendengar selain menjimatkan masa yang amat berharga itu.

Ustaz: "Oh! Tak boleh saudara admin, nanti orang anggap kita bukan ustaz yang hebat sebab langsung tak baca atau selit ayat Allah dalam ceramah"

Admin: "Anggapan orang itu lebih penting kah ATAU pemahaman mereka terhadap apa yang kita cuba sampaikan itu lagi penting? Mana satu ni ustaz?

Ustaz: "Off coz kita nak mesej difahami. Itu lebih utama"

So, ustaz yang seorang ini dapat apa yang cuba admin sampaikan. Bukan apa, kalau di TV, contohnya rancangan agama 1 jam, dari 1 jam program tu, iklan sahaja dah 20 minit, masa yang terhad memerlukan ustaz atau penceramah yang dijemput straight to the point of speech. Then jangan lupa, mungkin spectators (pemerhati) bangsa lain yang belum memeluk Islam juga ada yang menonton. Kalau asyik dengan ayat Allah (yang boleh kita baca pada bila-bila masa dan di lain-lain masa tu), habis pulak lagi 15 minit untuk membaca bacaan yang tidak difahami ramai itu (bahasa Arab). Ia juga menakutkan mereka yang BUKAN ISLAM. Mereka akan menutup TV kerananya. Anda akan berceramah kepada orang yang sama, kelompok yang sama jika anda meneruskan cara 'kuno' anda itu dalam berceramah.

Ceramah Agama perlukan pendekatan baru. Pendekatan baru bukan 'MENGUBAH SYARIAT ISLAM' itu kepada ajaran yang baru tetapi hanya methodology (gaya/cara) penyampaiannya sahaja yang berubah. Kita kena YAKIN bahawa ALLAH itu memahami apa juga bahasa 'dakwah' kita. Walaupun Al-Quran itu asalnya dalam Bahasa Arab, tidak salah bagi kita yang bahasa ibundanya Indonesia@Melayu membacanya dalam bahasa yang MUDAH kita fahami. Memahaminya adalah lebih baik dari membacanya (Al-Quran) tanpa memahami isi dan maksudnya. 

Ini kerana Al-Quran itu bukan sekadar untuk dibaca sahaja, tetapi ia mesti diamalkan. Yakni kita hendaklah mengamalkan apa yang kita baca darinya. Itu tujuan asal mengapa Allah menurunkan Al-Quran itu kepada kita semua. Semoga kita semua lebih terbuka minda (wide and broad minded) dalam mengamalkan agama. Jangan sekat kefahaman agama kita hanya kerana kita enggan belajar @ memahami Bahasa Arab, kerana bahasa Arab itu bukan bahasa Allah. Ini dibuktikan oleh kitab terdahulu seperti Zabur, Tawrat dan Injil yang masing-masingnya dalam Bahasa Hebron. Bahasa Allah itu meliputi segala bahasa yang wujud di dunia ini. Hanya Allah-lah sahaja yang Maha Mengetahui lagi Maha Memahami setiap tutur kata dari manusia ciptaan-NYa. Wallahualam!

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN