Home » » Helikopter, trak tentera simbah air

Helikopter, trak tentera simbah air

Written By Lisanul Hakim (Ahmad Shafiq Ismail) on Friday, March 18, 2011 | Friday, March 18, 2011

ANGGOTA bomba Jepun menurunkan mayat mangsa daripada rumah dua 
tingkat yang musnah di Kamaishi, timur laut Jepun, semalam.
ANGGOTA bomba Jepun menurunkan mayat mangsa daripada rumah dua tingkat yang musnah di Kamaishi, timur laut Jepun, semalam.

TOKYO: Trak dan helikopter tentera Jepun semalam digunakan untuk menyimbah air pada reaktor di loji nuklear Fukushima dalam usaha menyejukkan rod bahan pembakar, sekali gus menghalang kebocoran radiasi.
Dua trak dn empat helikopter digunakan oleh Pasukan Pertahanan Jepun dalam operasi di loji Fukushima 1,250 kilometer ke timur laut Tokyo, menurut stesen penyiaran NHK.

Pihak tentera setakat ini menghantar lima trak ke tempat kejadian. Terdahulu, polis cuba menggunakan meriam air tetapi tidak berjaya kerana terpaksa berada agak jauh dari reaktor berkenaan memandangkan paras radiasi yang tinggi di kawasan itu.
Anggota polis terpaksa berada di luar trak mereka untuk memancutkan air sedangkan trak khas tentera itu dibina untuk memboleh anggotanya berada di dalam trak terbabit. Menteri Pertahanan, Toshimi Kitazawa berkata, lebih banyak kenderaan tentera akan dikerah membantu usaha menyejukkan reaktor itu sementara pam yang dibekalkan tentera Amerika Syarikat juga digunakan.

Agensi keselamatan nuklear Jepun sebelum ini berkata, usaha paling penting ialah mencurahkan air dalam kolam rod bahan pembakar di reaktor tiga dan empat yang mungkin menggelegak dan tidak dilitupi bumbung sepenuhnya untuk mengurangkan kebocoran radiasi

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN