Home » , » :: BIODATA :: TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

:: BIODATA :: TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Written By Lisanul Hakim (Ahmad Shafiq Ismail) on Thursday, March 17, 2011 | Thursday, March 17, 2011

  
Tahun Lahir
1931

Tempat Lahir
Pulau Melaka, Kelantan

Status:
Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambi ljurusan agama sebagai pilihan utama.

Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) – 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India – 1952.
Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.

Penguasaan Bahasa:
Melayu, Inggeris,Tamil, Urdu,Arab

Pekerjaan:
Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:
1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.

Kesimpulan Jawatan Politik:
19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
24 Tahun Sebagai Ahli DUN.
Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 20 Tahun.

Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 43 Tahun

0 comments:

Post a Comment

BLOG INI BERMANFAAT ? LIKE PAGE KAMI !

SAHABAT SEPERJUANGAN