Home » » Melayu dan Seks

Melayu dan Seks

Written By Lisanul Hakim (Ahmad Shafiq Ismail) on Thursday, March 17, 2011 | Thursday, March 17, 2011

  
Ironinya, anak Melayu juara berkelakuan tidak senonoh pada ambang tahun baru. Belum lagi ratusan kes ditangkap khalwat, positif dadah dan minum arak di seluruh negara. Apa sudah jadi?Walhal, remaja Melayu adalah aset penting untuk muncul sebagai bangsa perkasa pada masa depan. Jika moral dan sahsiah mereka parah alamat bangsa kita kelak binasa!!!! Dewasa ini jika kita menaip perkataan ‘Melayu’ pada enjin carian Google maka akan keluar segala gabungan kata selepas itu yang berkonotasi lucah.

Sehingga pagi 4 Januari lalu carian yang dilakukan pada enjin carian Google menunjukkan frasa ‘Melayu seks’ mempunyai dua juta maklumat dalam pelbagai bentuk sama ada laman web, blog dan forum.

Perkara ini amat mengejutkan berikutan bangsa Melayu dilabel dan dikaitkan dengan perkara negatif dan memalukan seperti ini.

Baru-baru ini, China dengan tegas menutup 60,000 laman sesawang lucah dan menahan 5,000 suspek, manakala 58 orang dipenjara kerana terbabit dalam penyebaran bahan lucah di internet dan telefon bimbit.

Malaysia yang kini mempunyai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bila lagi hendak bertindak begitu dalam kemelut seks bebas termasuk bawah umur dan buang bayi yang makin menjadi-jadi sekarang ini?

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN