Home » » Negara Kafir Barat Sepakat Halangi Tegaknya Islam di Libya

Negara Kafir Barat Sepakat Halangi Tegaknya Islam di Libya

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Monday, October 31, 2011 | Monday, October 31, 2011

Libya, 25 Oktober 2011 - Menteri Luar Negeri AS, Hillary Clinton pada tarikh 18 Oktober 2011 telah melakukan lawatan Libya. Menurut pegawai AS bahawa tujuan dari lawatan Clinton adalah melakukan pembahasan dengan para pegawai Libya tentang mekanisme peralihan proses politik untuk menjalankan negara.

Setelah Clinton tiba, ia menjawan soalan para wartawan. Dalam menjawab pertanyaan, "Apakah Amerika akan bekerjasama dengan para aktivis Islam." Dia menjawab bahawa "Amerika akan menyokong setiap proses demokrasi yang menghormati perlembagaan, hak minoriti dan perempuan." Bahkan Clinton "amaran akan orang-orang yang menginginkan pilihan raya, dan selepas terpilih mereka tidak mahu pilihan raya yang bebas."


Clinton mengumumkan bahawa Amerika akan meningkatkan sumbangannya sebanyak 40 juta dolar untuk mengesan adanya senjata berbahaya dan kemudian menghancurkannya. Di Libya ada sekitar 20 ribu peluru berpandu anti-pesawat, yang oleh Barat dikhuatiri jatuh kumpulan militan. Sebahagian darinya telah dihancurkan, dan sisa sedang dalam pencarian. Sebab sebahagian besar kewujudannya masih belum diketahui, seperti yang diumumkan oleh negara-negara NATO.

Perlu diketahui bahawa sebelum Clinton, Presiden Perancis Sarkozy dan Perdana Menteri Britain, kedua-duanya telah berkunjung ke Libya. Kedua-duanya menekankan peralihan politik yang demokratik di Libya. Kemudian disusuli oleh Perdana Menteri Turki Erdogan, yang juga dalam rangka memasarkan komoditi Barat iaitu demokrasi dan sekularisme. Dan sebelum berkunjung ke Libya, Erdogan juga telah memasarkan komoditi Barat demokrasi dan sekularisme di Mesir. Namun ia mendapat reaksi keras dari rakyat Mesir. Bahkan di antara mereka ada yang menganggapnya telah murtad, dan memintanya untuk bertaubat dan kembali kepada Islam.

Pekerjaan Erdogan sebagai broker, dengan mempromosikan komoditi Barat yang kotor ini, dengan berharap imbalam agar terus mendapat restu dari negara-negara Barat yang menjadi tuannya, iaitu Amerika dan Eropah. Sehingga dengan demikian ia akan tetap berkuasa. Seperti diamnya negara-negara kafir Barat atas hutang luar negeri Turki yang naik empat kali ganda dalam pemerintahannya hingga mencapai sekitar 400 bilion dolar. Juga, agar Turki diterima masuk Kesatuan Eropah, ketika misinya benar-benar untuk demokrasi dan sekularisme, serta tidak berkaitan Islam sama sekali.

Terutama sejak suara-suara Eropah yang menolak kemasukan Turki dalam Kesatuan Eropah, nampaknya dilatarbelakangi oleh ketakutan akan masuknya Islam ke Eropah, seperti yang terjadi semasa pemerintahan Uthmaniyah yang memikul Islam ke Eropah. Bahkan Islam berjaya masuk ke tengah-tengah Eropah, ketika tentera kaum Muslim mengepung bandar Vienna.

Dalam hal ini, tampak bahawa para pemimpin Barat dalam bekerjasama di Libya, iaitu menjadikan Libya sebagai negara demokratik, dan mencegah kembalinya pemerintahan Islam ke Libya, seperti pada era kekhalifahan sebelum Libya diduduki dan dijajah oleh Itali beberapa dekad yang lalu. Dan kemudian diikuti oleh kolonialis Inggeris, yang telah keluar dan meninggalkan para bonekanya seperti Gaddafi. Sekarang Gaddafi telah ditendang, dan mereka sedang mencari para boneka yang lain selepas pemberontakan dan revolusi terhadap Gaddafi dan rejimnya.

Jadi, lawatan Menteri Luar Negeri AS, Clinton adalah dalam rangka untuk mengesahkan hal itu. Juga, ada faktor bersama yang lain di antara mereka terhadap Libya, iaitu kemusnahan kekuatan militernya, seperti yang telah mereka lakukan di Iraq, di mana salah satu tujuan mereka adalah penghancuran kekuatan dan industri ketenteraan, agar tetap berkaitan dengan Barat, industrinya, pendanaannya dan tindakannya, serta membuat negara tidak mempunyai kemampuan untuk melawan Barat, ketika rakyat negara itu berjaya menduduki pemerintahan dan menegakkan sistem Islam.

Oleh kerana itu, sekarang mereka mencari senjata berbahaya, seperti yang mereka katakan, bukan senjata pemusnah besar-besaran, sebagaimana yang mereka katakan tentang masalah senjata Iraq. Mereka menjadikannya sebagai alasan untuk melancarkan perang terhadap Iraq. Sehingga mereka berjaya menghancurkan Iraq, serta menghancurkan senjata dan kekuatannya.

Sekarang mereka memunculkan istilah baru, iaitu "senjata berbahaya". Sehingga ketika mereka tidak akan mendapati jenis senjata yang mereka cari, maka mereka pun melakukan penghancuran terhadap senjata Libya apa saja yang mereka inginkan.

Namun, di antara negara-negara kafir Barat itu ada faktor-faktor yang mereka tidak sama, iaitu persaingan dan perlumbaan untuk memakan mangsanya, seperti yang dilakukan oleh para serigala lapar. Namun, negara-negara penjajah Barat adalah serigala-serigala yang tidak pernah kenyang. Sehingga mereka ingin memakan segala sesuatu, dan tidak menyisakan bagi penduduk negeri itu, itu pun yang masih tersisa. Oleh kerana itu, para pemimpin Barat berlumba untuk menjamin kepentingan keselamatan dalam berebut kekayaan minyak Libya

Sumber : Arrayah.info

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN