Home » » Kerana Demokrasi, Ikhwanul Muslimin menghapuskan slogan "Islam adalah Penyelesaian"

Kerana Demokrasi, Ikhwanul Muslimin menghapuskan slogan "Islam adalah Penyelesaian"

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Monday, October 31, 2011 | Monday, October 31, 2011

Mesir, 28 Oktober 2011 - Sistem demokrasi sekular tidak akan rela Islam tampil memimpin. Bagaimana pun juga, Barat akan berusaha agar Islam tidak kembali tampil. Slogan-slogan Islam dilarang, sementara slogan-slogan idea yang berasal dari Barat dibiarkan.

Inilah yang berlaku di negeri Muslim, termasuk di Mesir, ketika masyarakat berjaya menumbangkan rejim diktator, dan Tahrir Square pun menjadi saksi keinginan rakyat atas syariah Islam, namun status quo berusaha mempertahanan sistem Barat.

Sedihnya, sebahagian kaum Muslim terjebak dengan permainan "demokrasi" yang seringkali tidak memihak kepada Islam. Jelas saja, kerana demokrasi memang bertentang dengan Islam.
Lihat saja seperti yang berlaku di Mesir, penolakan yang kuat terhadap adanya setiap slogan keagamaan dalam pilihan raya Mesir membuat Ikhwanul Muslimin menghapuskan slogan "Islam adalah penyelesaian", dan menggantikannya dengan slogan lain, iaitu "Kami membawa kebaikan untuk Mesir".

Penggunaan slogan baru "Kami membawa kebaikan untuk Mesir", dan ini merupakan slogan yang sama, yang digunakan oleh calon-calon Ikhwan dalam pilihanraya parlimen pada tahun 2010, dilakukan kerana takut ditolak oleh Suruhanjaya Tinggi Pemilihan, yang sebelumnya telah mengumumkan penolakan yang kuat terhadap adanya setiap slogan keagamaan dalam propaganda politik. Penggunaan slogan baru ini dilakukan dalam rangka menjangka bahawa Suruhanjaya akan melarang Parti Keadilan dari menjadi peserta pilihan raya, mengingati Suruhanjaya akan melarang parti-parti dan calon-calon yang mengusung slogan-slogan dengan identiti keagamaan.

Parti-parti yang bergabung dalam Perikatan Demokratik, yang terdiri daripada 11 parti, telah sepakat atas slogan baru, sebagai slogan utama perikatan. Dr Muhammad Saad Katatani-Setiausaha Agung Parti Kebebasan dan Keadilan dalam menjawab pertanyaan mengenai penggunaan slogan "Islam adalah Penyelesaian" berkata bahawa slogan "Islam adalah Penyelesaian", sekalipun slogan itu adalah slogan bersama bagi semua kumpulan dan kekuatan Islam yang beridentitI keagamaan, namun itu telah dihapuskan dan diganti dengan slogan "Kami membawa kebaikan untuk Mesir" sebagai slogan utama perikatan, dan tidak akan menggunakan slogan-slogan yang lain.

Sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Perikatan Demokratik, bahawa tujuan utama dari gagasan perikatan adalah mencapai sebuah parlimen yang kuat, majoriti dan solid, serta mempunyai program politik yang disepakati, sehingga memungkinkan bagi parlimen untuk bekerja mewujudkan tuntutan revolusi dan rakyat.

Sementara itu, gerakan Islam Hizbut Tahrir Mesir dengan tegas mengkritik atas penolakan menggunakan simbol-simbol keagamaan tersebut. "Bukankah ini penghinaan terhadap akal fikiran warga Mesir?! Sungguh ini perkara yang sangat menghairankan !!!," tegasnya.

"Wahai kaum Muslim, sesungguhnya tidak ada keselamatan bagi anda kecuali dengan Islam. Kezaliman dan kemiskinan tidak akan hilang dari anda kecuali dengan penerapan syariat Allah."

"Anda telah cuba sosialisme, kapitalisme, nasionalisme dan patriotisme, akan tetapi keadaan masyarakat tetap saja terpuruk dalam segala aspek kehidupan. Maka campakkan bendera syike-picot. Kibarkan panji Rasulullah saw. Berjuanglah bersama Hizbut Tahrir untuk menegakkan syariah Allah melalui Daulah al-Khilafah al -Islamiyah ar-Rasyidah yang hanya di dalamnya sajalah terdapat jalan keluar anda. Allah bersama anda dan tidak akan mensia-siakan amal-amal 

Sumber : Arrayah.info

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN