Home » » RUU Perhimpunan Aman Untuk Sekat Suara Mahasiswa

RUU Perhimpunan Aman Untuk Sekat Suara Mahasiswa

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Wednesday, December 07, 2011 | Wednesday, December 07, 2011

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengecam tindakan pihak Kerajaan memperkenalkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 di Parlimen baru-baru ini.

Presiden Gamis, Saudara Akram Ikrami Taib Azamudden menyatakan dengan tegas bahawa rang undang-undang yang diperkenalkan itu jelas membuktikan kerajaan tidak menjunjung tinggi ruang demokrasi sebagaimana yang dilaungkan selama ini.

“Kita melihat bahawa undang-undang ini dengan jelas ingin menyekat ruang rakyat khususnya mahasiswa untuk menyatakan apa jua pendapat dan pandangan mereka kepada mana-mana pihak termasuk kerajaan.

“Adalah tidak releven apabila mereka yang berumur 21 tahun ke bawah tidak dibenarkan menyertai himpunan aman, ini seolah-olah sengaja dibuat untuk mematikan gelombang suara mahasiswa,” katanya.

Kerajaan banyak omong-kosong





Tambahnya lagi, kerajaan perlu ingat bahawa mahasiswa bukanlah mereka yang boleh dicucuk hidung apatah lagi tunduk kepada segala bentuk kezaliman, akan tetapi mahasiswa adalah golongan intelek yang tahu menilai serta menjadi agen semak dan imbang kepada kerajaan.

Katanya, tindakan pihak kerajaan mengumumkan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti baru-baru ini dilihat hanya omongan kosong apabila kerajaan sendiri cuba mempertahankan akta tersebut di dalam Kes yang melibatkan 4 orang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum ini.

Tambahan pula, ujarnya dengan dengan pelaksanaan Akta Perhimpunan Awam yang cuba menyekat ruang mahasiswa, lebih meningkatkan lagi kuasa mahasiswa untuk merubah kerajaan yang sedia ada.

Beliau berkata, notis 30 hari yang perlu diserahkan kepada pihak polis sebelum mengajurkan himpunan adalah memalukan negara ini apabila negara-negara lain seperti Myanmar yang hanya memerlukan 5 hari serahan notis.

Anjur piket




“Kita menyeru, seluruh mahasiswa dan anak muda yang cintakan kebebasan bersuara untuk turun bersama-sama menyatakan bantahan dalam piket hari ini,” katanya.

Untuk itu, seluruh mahasiswa diminta turun menyertai piket bantahan Akta Perhimpunan Awam yang diadakan di Dataran Jabatan Perdana Menteri, bermula jam 1 tengah hari ini.

Piket tersebut dengan kerjasama pelbagai front mahasiswa akan menyerahkan satu memorandum kepada pihak kerajaan supaya menarik balik akta tersebut.

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN