Home » » Dijanjikan Syurgakah Kita?

Dijanjikan Syurgakah Kita?

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Wednesday, January 18, 2012 | Wednesday, January 18, 2012

Kebelakangan ni banyak tersebar ‘gosip-gosip’ panas berkaitan pelajar-pelajar overseas… Yang kononnya cream of the cream, tapi kemudian satu demi satu cerita gosip tersebar berkaitan betapa rosaknya mereka setelah belajar di luar negara

Kemudian entah kenapa keluar pula ‘gosip’ berkaitan pelajar yang alhamdulillah masih seorang solehah yang bertudung labuh, seolah-olah ingin mengatakan “owh lihatlah, pelajar oversea pun tak semuanya rosak!”

Hukum Gosip?

Aku dah lama perasan yang orang Malaysia ni sangat sukakan gosip, daripada gosip-gosip berkaitan artis sehinggalah gosip-gosip politik, seronok sungguh untuk dibincangkan, apatah lagi kalau gosip-gosip politik tu menjadikan mereka kelihatan seperti seorang yang concern berkaitan negara mereka

Lebih seronok lagi gosip ni adalah apabila kita tengah berbicara berkaitan individu, tanpa mengambil kira dan mengambil peduli langsung perasaan individu tersebut, apatah lagi perasaan insan-insan berdekatan individu tersebut

Wahai rakyat Malaysia, sedarlah jika kita memuji mereka maka kita sedang mencucuk jarum-jarum ujub dan takabbur di dalam dirinya – bagaimana jika terlintas dalam dirinya ”owh aku lebih baik daripada dia”? – sedangkan sifat takabbur itu adalah sifat yang akan menjadikan haram syurga bagi seseorang itu dan kitalah puncanya! Malahan jika terlahir sifat-sifat begitu di dalam dirinya makan akan hancur hilanglah segala amalannya selama ini - tak kesian ke kat dia?

Dari Abu Bakrah radhiallahu anhu dia berkata: Ada seseorang yang memuji temannya di sisi Nabi shallallahu alaihi wasallam maka beliau bersabda:

“Celaka kamu, kamu telah memenggal leher temanmu, kamu telah memenggal leher temanmu -berulang-ulang-. Kalaupun salah seorang di antara kalian harus memuji temannya maka hendaknya dia mengatakan: Aku mengira dia seperti itu dan Allahlah yang menghisabnya, aku tidak memuji siapapun di hadapan Allah.”
(HR. Muslim no. 3000)

Dan bagaimana pula dengan individu yang ‘dihina’? Adakah kita pernah lalui apa yang dia pernah lalui? Adakah kita fahami dan mengenali dirinya secara individu untuk kita menyebarkan keaibannya sebegitu? Adakah kita berani jamin, jikalau Allah menimpakan ujian seperti yang ditimpanya kepada individu tersebut, maka kita masih akan terus dapat istiqamah? Bagaimana pula jika individu tersebut membenci Islam kerana melihat beginilah sikap-sikap seorang ‘muslim’? Nak tanggung dosa?

“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.”
(HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Muslimin dan Muslimat

Hanya ada satu soalan yang ingin ditanyakan

Kita jamin ke kita (dan orang yang dipuji) akan memasyuki syurga dan orang-orang yang kita umpatkan itu tidak akan memasuki syurga?

Kita jamin ke yang kita ni tak akan masuk neraka sedangkan mereka akan memasuki neraka? (apatah lagi boleh jadi tindakan kita itu yang akan memasukkan kita ke dalam neraka – lol bukan?)

Ingatlah bahawa Alhamdulillah (Segala Pujian hanya bagi Allah)

dan ingatlah Allah itu Maha Penerima Taubat, dan Dialah yang memberi hidayah kepada siapa yang dia kehendaki, dan Dialah yang memberi rahmat dan syurga kepada siapa yang Dia kehendaki

Bersyukurlah kita masih lagi seorang Islam pada hari ini, fokuskanlah kehidupan kita kepada ibadah dan dakwah, tidak perlulah kita menilai manusia yang masih belum terjamin pengakhirannya baik ataupun buruk… Berdoalah kepada Allah untuk kebaikan sesiapa sahaja… samada semoga mereka terus istiqamah, atau terus mendapat hidayah

“Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”
( HR Ahmad)

“Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat”
(HR. at-Tirmidzi)

Sumber : dakwat.org

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN