Home » , , » Sensitiviti Foto Di Laman Sosial

Sensitiviti Foto Di Laman Sosial

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Monday, April 30, 2012 | Monday, April 30, 2012

Bagaimana agaknya perasaan seorang lelaki seandainya dia tahu bahawa gambarnya sedang diamati dan dilihat orang asing. Mungkin tiada apa-apa kesan kepada individu tersebut. Baginya normal untuk seseorang melihat wajahnya. Malah mungkin timbul rasa bangga dengan ke-macho-an dirinya yang dilihat orang lain. Lagi bertambah suka di hati jika yang melakukannya ialah secret admire.

Tapi bagaimana kalau posisi lelaki tersebut ditukar kepada wanita. Bukan sebarang wanita tetapi seorang muslimah pula. Jika dahulu, foto kita hanya dimiliki oleh diri sendiri sahaja tetapi sekarang dengan kemunculan laman sosial, segalanya menjadi amat mudah.

Hanya tekan butang upload dan gambar itu akan terpapar di sesawang internet seluruh dunia.Jika diperhatikan, banyak kebaikan yang hadir dengan kemajuan teknologi dalam photo sharing yang boleh dimanfaatkan bersama tetapi rasanya, cuba kita singkap keburukan dan kelemahannya pula.

Seandainya kita melayari laman sesawang yang menawarkan khidmat group, pasti akan terlihat pelbagai jenis foto manusia yang tidak pernah sekali pun bersua.

Apatah lagi, sekiranya foto itu telah dibedah dengan Photoshop. Kadang kala, gambar yang peli-pelik pun ada. Usah diperkatakan dengan gambar-gambar terlarang. Pernahkah kita membayangkan perasaan orang yang mungkin terlihat foto seorang muslimah (kerana rasanya gambar lelaki tidak menjadi rebutan)? Jika yang baik dan tinggi imannya, akan terus menekan butang close. Tapi yang kurang imannya pula bagaimana?

Ramai rakan-rakan kita yang memiliki Facebook pastinya akan dan ingin berkongsi saat-saat manis mereka. Jika tiada, kenalannya pula akan tag gambar beliau. Timbul rasa musykil bila melihat gambar-gambar ini. Selamatkah? Tidak mengapakah kalau orang tengok? Aku tengah tidak pakai tudung waktu ini, orang lain tangkap gambar. Yang lelaki juga tidak terlepas dosa memperlihatkan auratnya secara global.

Pasti timbul pelbagai syubhah di hati kerana tahu ianya salah tapi ingin juga dibenarkannya. Akhirnya, satu hari, kita lihat gambar kita yang telah di-edit terpampang di laman-laman yang tidak sepatutnya. Ditambah dengan nombor telefon yang diletakkan di profile, hidup kita akan "diserikan" dengan panggilan pelik.Mungkin kes di atas hanya satu dalam sejuta. 
 
Tapi kita perlu sedar, kita ialah satu dalam sejuta itu. Maka, beringat-ingatlah seandainya ingin berkongsi foto secara online. Minta kawan remove seandainya gambar yang di-tag itu menyentuh hak peribadi sebagai seorang muslim mahu pun muslimah. Insyaallah, kita akan lebih tenang dalam dunia siber yang semakin meluas hari ini.
 
Sumber : Iluvislam

5 comments:

  1. Btul tu.. Selalu kna jga gmbar2 yg ditayangkn.. Dan sjujurnya sy was2 jgk klu profile sy tersiar gmbar kwn2 prempuan sy yg tak pkai tudung. Sy was2, klu skit sbyk dosanya akn smpai kat sy sbb sy dkira 'ejen tengah' dalam mnyebarkn gmbar tu.. Tkut sgt, sy privatekn friends sy.. Bhaya skrg ni, kna lbih hati2..

    ReplyDelete
  2. kalau was2 x pyah upload lg bgus...biar ada dlm simpanan pribadi jer...kan skrg semua nk tnjuk seksi...nk tnjuk spa lg cantik...kita kna ingat,cantik tu smntara ja...jngan ingat kita sorang je lawa..Allah Maha Cantik,tiada tandingan....adkah kita lupa dan kita brsyukur atau tidak dngan kcntikan yg dikurniakan kpda kita?Tak pyah lar seksi sngat....tnjuk lawa sngat...simpan nk tunjuk kat SUAMI...tnjuk kat org x suprise lar...biar kita buat suprise kat suami dh lar...kan lg elok...dpat pahala lg...

    ReplyDelete
  3. hu3.. tba2 teringat, ad satu grup kat fb ni, grup tuk dak kelas sy dari form1 hingga f3 time tahun yg dulu2 r.. so, kwn sy add lah sorg ustzh kami yg pnah ajar kmi dlu masuk dlm grup tu, pastu.. ustzh tu post, 'Ustzh sedih tgk ad anak murid ustzh yg sudah tidak pkai tdg..'time tu, kami smua x mampu nak komen ap2, risau tersalah kata.. dia itu kwn kami, pastu yg ckp tu ustzh.. kami hny mmpu like je. hu3..kdg2 xtau nk tgur cmna.. rasa bersalah, rasa berdosa sgt2.. tp, dia blajar agama smpai f5, dia tau semua hukum hakam :(

    ReplyDelete
  4. sya pun xtaw nk ckap mcm mna...tp mngkin kta kna tukar cra kita menegur...mngkin cra kita salah kot yg mnyebabkan dia susah nk trima...

    ReplyDelete
  5. nak pupload gambar boleh..tp jangan la gambar yg jelas..kasi kabur2 sikit dan bersaiz kecil.. :) tp kalau tak nak upload lagi bagus...hehe

    Collagen Powder
    ESP – Soy Protein Isolate Powder
    GLA Complex
    Omega Guard
    Vita-E Complex
    B-Complex

    ReplyDelete

SAHABAT SEPERJUANGAN