Home » , , » 3 Wajah ...Pandang Sahaja Dapat Pahala

3 Wajah ...Pandang Sahaja Dapat Pahala

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Friday, May 04, 2012 | Friday, May 04, 2012

Pertama : Wajah Ibu

Ibu merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Dari rahimnya kita dilahirkan. Dari air susunya kita dibesarkan. Insan yang tidak rasa jijik membersihkan najis dan kekotoran ketika kita masih anak-anak. Sanggup berjaga malam diatas kesakitan anaknya. Besarnya pengorbanan wanita bergelar ibu.. lantaran itu Allah memasukkan satu surah dalam Al-Quran yang di namakan Surah An-Nisa (Surah Perempuan). Kerana itu juga ada riwayat menyebut sesiapa yang memandang wajah ibunya sudah diberikan ganjaran pahala.( Balik rumah tengok wajah ibu tau..)

Kedua : Al-Quran

Memandang Al-Quran pun sudah mendapat pahala apa lagi membacanya. Kenapa kita tidak suka membaca Al-Quran sedangkan ia memberi cahaya kepada hati kita. Hati yang gelap,pekat disebabkan Quran begitu jauh dalam hidupnya. Ada rumah yang saya kunjungi di dalam almari,atas meja di penuhi Majalah Magga,URTV majalah fesyen dan sebagai sedangkan al-Quran saya tak nampak langsung. Bacalah Al-Quran setiap hari meskipun sebaris ayat nescaya hidup kita akan di berkati

Ketiga : Memandang Kaabah

Di Makkah Al-Mukarramah Jamaah dari India Pakistan,Indonesia suka bersolat dan duduk diluar Masjidil Haram dikawasan lapang. malangnya saya juga bertemu banyak jamaah haji Malaysia turut sama kununnya di dalam Masjid dah penuh atau senang nak balik hotel bila selesai solat kerana tak perlu bersesak-sesak. Malang sungguh... sedangkan inilah peluang seumur hidup untuk memandang Baitullah. Sesiapa yang memandang Baitullah (kaabah) insyaallah akan mendapat pahala. Berusahalah untuk duduk sedekat mungkin dengan kaabah kerana itulah syiar umat Islam sejak zaman nabi Ibrahim lagi.

Belajarlah dan teruslah belajar ilmu agama yang maha luas ini jangan jadi orang yang jahil dan bodoh sombong.

Mari kita bersama berdakwah..Sesiapa sahaja boleh ambil, share atau copy. Saya izinkan. Sharing for caring...Tinggalkan komen boleh juga untuk sama sama kita berbicang...

Sumber : Facebook

2 comments:

  1. Waah.. Info ni tak prnh sy ambik tau.. Inilh kali prtama sy dgr. Alhamdulillah, lpas ni jdikn satu smangat utk kita buat ssuatu.. Bila bro bgtau tntng situasi org dduk luar masjid tu.. Ruginya.. Mngkin diorg taktau.. Apapun, mudah2han satu hari nnti klu kaki jejak kat sna, takkan lupa bab2 mcm ni..

    ReplyDelete
  2. erm...bagus la share post ni.. terima kasih.. semoga Allah makbulkan doaku untuk ke sana suatu hari...

    Collagen Powder
    ESP – Soy Protein Isolate Powder
    GLA Complex
    Omega Guard
    Vita-E Complex
    B-Complex

    ReplyDelete

SAHABAT SEPERJUANGAN