Home » , , , » Cinta + Baitul Muslim

Cinta + Baitul Muslim

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Sunday, May 06, 2012 | Sunday, May 06, 2012

Cinta?

Cinta adalah fitrah. Cinta adalah anugerah. Cinta adalah amanah.

Sejauh mana anda memandu cinta itu, semuanya terletak pada cinta anda pada DIA, Allah S.W.T.
Cinta kerana Allah. Bagaimana?

Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanan dan ketaatannya kepada Allah S.W.T. Uhibbuki Fillah.

Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W bersabda:

Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, "Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu"

SubhanAllah.
Lihat bagaimana ganjaran Allah terhadap seseorang yang mencintai seseorang yang lain kerana keagungan –Nya.

Jadi anda bagaimana? Adakah anda mencintai seseorang itu kerana Allah?

Baitul Muslim?
Apa kaitannya ya dengan cinta?
Jom sama-sama kita meneroka dulu maksud Baitul Muslim.

Baitul Muslim merupakan salah satu konsep pembinaan ummah yang bermula daripada diri kita sendiri sehinggalah ke peringkat dunia.

Individu Muslim > Keluarga Muslim> Masyarakat Muslim> Negara Muslim> Dunia Muslim

Cinta + Baitul Muslim? Bagaimana tu ya?

Mudah saja, tak salah untuk jatuh cinta sebab ia adalah fitrah tapi dengan syarat cinta itu mestilah CINTA KERANA ALLAH dan mesti ada MATLAMATNYA, iaitu PERKAHWINAN dan seterusnya disulami dengan niat untuk membina cinta dengan bermatlamatkan kepada pembinaan BAITUL MUSLIM. Subhanallah...

Tersangat indah kalau Cinta yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. itu kita bawa ke arah matlamat pembinaan Baitul Muslim. Insyallah akan bertambah-tambah indah lagi cinta yang lahir di hati kita itu. 

Kenapa saya berkata seperti itu adalah kerana cinta tidak semestinya cinta mencintai sesama pasangan yang hanya bermatlamatkan kepada perkahwinan semata-mata, iaitu yang kita fahami perkahwinan merupakan penyatuan dua hati dalam satu ikatan suci, ijab dan kabul, tapi jangan kita lupa cinta dan perkahwinan itu juga harus diisi dengan matlamat kepada pembinaan Baitul Muslim, iaitu pembinaan sebuah keluarga yang berlandaskan Islam yang sentiasa dipenuhi dengan suasana Islam yang akan diwarisi dari saru generasi ke satu generasi oleh zuriat kita sehingga mampu mewujudkan sebuah masyarakat yang berpegang pada syariat Islam dan mampu mentadir negara dengan syariat Islam.

Subhanallah, indahnya. Cuba kita bayangkan kalau dalam sesebuah keluarga itu diterapkan dengan suasana Islam, solat berjemaah bersama keluarga, tazkirah, makan bersama, Subhanallah, indahnya. Bukan sahaja kita dapat membina sebuah keluarga Islam yang berlandaskan syariat malah mampu memupuk pembinaan Ummah yang mampu mentadbir negara berlandaskan syariat Islam, Insyallah. 

Walau bagaimanapun, saya juga sedar bukanya mudah untuk menanam rasa Cinta kerana Allah yang bermatlamatkan Baitul Muslim ditambah pula dengan diri kita sebagai manusia yang penuh kekurangan dan ditambah pula lagi dengan kemodenan dunia yang menjadi ujian buat kita. Namun saya yakin, Insyallah jika kita betul-betul berusaha ke arahnya, Insyallah kita boleh. 

Ini adalah kerana kerana kita dipilih dan terpilih oleh DIA yang Maha Esa untuk mentadbir alam ini, DIA mengatahui akan kekuatan dan kelemahan diri kita. Insyallah DIA pasti membantu dan mempermudahkan setiap urusan kita dalam menuju Jannah –Nya. Insyallah.

Jika ada salah silap dari pihak saya, seribu kemaafan ku pohon.
Yang baik itu sesungguhnya datangnya dari DIA dan sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.

Jom bina CINTA, bina Baitul Muslim.

Sumber : Iluvislam

5 comments:

  1. salam,,sy nak tanye bagaimana kalau seorang perempuan itu jatuh hati pd seorang lelaki...then,perempuan tersebut selalu teringatkan lelaki itu,tambahan pula lelaki itu seperti memberi harapan pd wanita tersebut,padahal lelaki tersebut sudah pun berpunya...amat sukar utk wanita itu melupakan lelaki tersebut..then bagaimana cara utk wanita itu lupakan lelaki tersebut..? ataupun, adakah patut wanita tersebut berterus terang dengan lelaki tersebut? minta penjelasan...

    ReplyDelete
  2. dan wanita itu juga jatuh cinta pd lelaki tersebut kerana Allah..kerana agamanya...dan mengharapkan lelaki tersebut dapat jadi Imamnya...malangnya lelaki tersebut sudah berpunya..

    ReplyDelete
  3. bagi saya,mahu tidak mahu dia kena terima hakikat yg itu bukan jodohnya walaupun lelaki itu sudah berpunya.Allah itu Maha Adil...Kita kena percaya pada takdir...Jangan kita ikut nafsu...Kalau ikut nafsu memang kita akan teringat kepada lelaki itu lagi...Mungkin Allah tidak menjodohkan kita dengan lelaki itu kerana lelaki itu tidak cukup bagus untuk kita dan Allah "menyimpan" jodoh yang lagi terbaik dari dirinya...Yang memungkinkan jika kita tetap mengahwini lelaki itu,keadaan akan bertambah buruk seperti pergaduhan dengan isteri lelaki tersebut,bermadu,mungkin....kerana itulah Allah tidak mahu membebankan hamba-Nya...Allah Maha Mengetahui tentang diri kita...Segala yang Allah Aturkan InsyaAllah pilihan yang paling tepat....Yakin dengan ALLAH...itu kunci utama

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas respon yg diberikan...moga Rahmat Allah itu sentiasa di sisi kita..

    ReplyDelete

SAHABAT SEPERJUANGAN