Najla 'Ali atau lebih dikenali sebagai Ummu Ahmad (bersempena dengan nama anak sulungnya Ahmad) telah dilahirkan pada 1962. Beliau bakal diumumkan sebagai Wanita Pertama Mesir dalam sedikit masa lagi.
Beliau berkahwin dengan Mohammad Morsi ketika berumur 17 tahun. Najla kemudiannya melanjutkan pelajarannya di bidang 'translation' di USA ketika menemani suaminya yang sedang melanjutkan pelajarannya di sana.
Beliau pernah bertugas sebagai seorang penterjemah yang begitu komited dengan ajaran Islam. Bukan sahaja beliau dan suaminya sahaja yang menghafaz al-Qur'an, bahkan juga ke semua 5 borang anak-anaknya juga adalah professional yang huffaz (menghafaz al Qur'an).
Bagaimanakah negara Mesir boleh memiliki wanita seumpama Najla 'Ali ini sebagai bakal Wanita Pertama Mereka?
Pemimpin sebenarnya adalah merupakan lambang kepada keadaan rakyat jelata di sesebuah negeri atau sesebuah negara. Masyarakat yang baik dan berpegang teguh kepada agamanya akan memilih pemimpin yang selayaknya untuk memimpin mereka. Masyarakat Mesir pastinya tidak pernah melalui jalan pintas yang pendek sebelum mereka memiliki wanita seumpama Najla Ali sebagai Wanita Pertama Mereka.
Nota :
(Sekiranya Ir Dr Mohamad Morsi sah ditabalkan sebagai Presiden Mesir yang terbaru, beliau adalah pemimpin yang ke 2 di dunia moden kini yang menghafaz al Qur'an selepas Ismail Haniya, Perdana Menteri Palestin sekarang)
Bagaimana dengan kita dan Malaysia ?
Sumber : Facebook
0 comments:
Post a Comment