Home » » Alkohol (Ethanol) Dalam Makanan Dan Minuman

Alkohol (Ethanol) Dalam Makanan Dan Minuman

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Tuesday, October 29, 2013 | Tuesday, October 29, 2013

1) % ethanol yang dibenarkan dalam makanan / minuman yang melalui proses fermentasi secara semulajadi ialah <1%. Contohnya:- kicap, sos.

2) % ethanol yang dibenarkan dalam makanan / minuman yang ditambah pengawet berasaskan ethanol ialah <0.5%. Contohnya kordial.

3) Minuman yang mempunyai % ethanol melebihi 2% dilabel sebagai arak.

4) Kandungan ethanol dalam tapai & nira nipah melebihi aras 1% dan kekadang sehingga melebihi tahap 2% (label arak). Tetapi fatwa mengharuskan memakan tapai & nira nipah kerana 'tiada kes memabukkan akibat tapai / nira'.

5) Semua arak / khamr mengandungi ethanol, tetapi tak semua ethanol adalah arak / khamr.

6) Status halal sesuatu produk bergantung kepada niat / tujuan produk itu dihasilkan. ( al umur bi maqasidiha)

~En Dzulkifly Mat Hashim (UPM) @ Empowering Halal Integrity Seminar~

Sumber : Facebook

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN