Laporan Berita Harian 20/06/2010 amat mengejutkan kita kajian bertajuk: ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual' oleh Universiti Putra Malaysia mendedahkan lebih 300 daripada 400 responden berusia antara 13 hingga 25 tahun remaja Melayu Islam termasuk remaja-remaja sekolah menengah daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di bandar dan luar bandar sekitar Lembah Klang mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas.
Kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, merasa tidak kesal, malu, takut atau berdosa di atas perbuatan mereka.Pengarah Pusat Ko-Kurikulum UPM yang mengetuai kajian itu berkata, ada responden mengakui terdedah kepada ‘dunia seksual' seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari Laman Web Pornografi.
Sekiranya umat Islam dan kepimpinannya tidak tegas menghalang berleluasanya kerosakan ini dengan kembali kepada Islam dan menjadikannya cara hidup masalah ini akan mengundang malapetaka dan bencana menimpa kita. Hadith Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam riwayat Imam At-Tarmizi menegaskan:"Suruhlah manusia berbuat kebaikan dan cegahlah mereka daripada melakukan kemungkaran atau jika tidak melaksanakannya nescaya seksaan Allah boleh jadi akan mengenai kamu. Kemudian kamu memohon kepada Allah agar seksaan itu dapat dihentikan maka permohonan kamu tidak diterima lagi".
Begitu juga Firman Allah yang meminta kita melaksanakan hukum-hakam-Nya kerana hanya pelaksanaan peraturan Allah inilah jalan keluar daripada kemelut yang berlaku. Firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 48:"Maka jalankanlah hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing)."
0 comments:
Post a Comment