Penyelidik, Dr Moran Cerf berkata, beberapa eksperimen sebelum ini membenarkan saintis 'membaca' minda manusia apabila cip elektrod ditanam ke dalam otak sukarelawan.
"Kami mahu cuba merakam mimpi manusia. Ia tentunya sesuatu yang bagus untuk membaca fikiran manusia apabila mereka tidak mampu berkomunikasi, contohnya pesakit dalam keadaan koma," katanya.
Implan elektrod tersebut yang ditanam di dalam otak 12 penghidap sawan berjaya merakam aktiviti neuron di bahagian otak yang mengawal penyimpanan memori.
Cerf, dari Institut Teknologi California, yakin eksperimen itu menjadi asas bagi saintis untuk merakam dan mentafsir mimpi manusia.
0 comments:
Post a Comment