Home » , , , » Petua Untuk Menjadi Wanita Yang Cantik

Petua Untuk Menjadi Wanita Yang Cantik

Written By Lisanul Hakim (Ahmad Shafiq Ismail) on Wednesday, February 23, 2011 | Wednesday, February 23, 2011

1. Kecantikan sejati datangnya dari hati yang bersih. Hati yang bersih datangnya dari iman yang luhur, dan yang tidak mudah dikotori dengan zarah-zarah kotor yang datangnya daripada sumber yang kotor. Hati yang bersih adalah hati yang datangnya dari insan yang mempercayai qada’ dan qadar.

2. Dia tidak akan menyampai-yampaikan perkara yang buruk, tidak menyebarkan fitnah, tidak suka melaga-lagakan sesama manusia, meninggalkan debat walaupun ia benar, nampak kesalahan diri, mudah meminta maaf, suka melakukan kebaikan, suka bersedekah, sentiasa berusaha dan bersangka baik dengan sesama manusia.

3. Dia mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa segala apa jua yang berlaku ada hikmah yang besar berselindung di sebaliknya.

4. Sesiapa jua yang berjaya menghadapi setiap dugaan dengan tabah, ikhlas dan redha, dialah yang paling CANTIK dan INDAH di pandangan manusia, dan semestinya di sisi ALLAH s.w.t

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN