Home » » Secebis Pengalaman : Imtihan Qobul Universiti Al-Azhar

Secebis Pengalaman : Imtihan Qobul Universiti Al-Azhar

Written By Lisanul Hakim (Ahmad Shafiq Ismail) on Monday, May 16, 2011 | Monday, May 16, 2011

Memandangkan sekarang tengah heboh tentang Imtihan Qobul,saya mengambil masa yang singkat ini untuk menceritakan serba sedikit tentang peperiksaan ini.Semasa saya menduduki peperiksaan ini,berbeza keadaanya dengan tahun yang sebelumnya (2008).Bentuk Soalan

--Mutolaah (Diberikan teks,dibawahnya ada soalan)
--Susun ayat
--Suaikan
--Isi tempat kosong
--Cari kesalahan ayat
--Tulis perkaataan seerti dan berlawan

(mungkin ada penambahan dari semasa ke semasa)

Maklumat tentang Imtihan Qobul :

-Imtihan Qobul mempunyai 3 bahagian

---Syafawi (Lisan)
---Tahriri (Bertulis)
---Imlak (Ejaan)

Tahriri : 

-Pertama sekali apabila startnya peperiksaan tersebut,dimulakan dengan syafawi+tahriri.(mesti x faham kan).Ok.macam ni...pertama sekali,pengawas peperiksaan akan membaca satu teks dalam bahasa arab.Pengawas tidak akan memberikan jawapan.Dalam kertas soalan kita hanya ada jawapan : alif,ba,jim,dal dan soalan.Dengar betul2 apa yang pengawas peperiksaan itu sampaikan.teliti pada soalan dan jawapan yang ada di tangan kalian.InsyaAllah ada jawapan.Setelah itu,habisnya bahagian tadi,terus buat soalan tahriri.

(Bentuk soalan disediakan,boleh didownload.Klik Link di bawah artikel ini).

Buat sehingga habis soalan tahriri,dalam masa 2 Jam.Pesyen Pak Arab,mmg 2 jam,tp jenis depa ni x qeti nk sabaq...so habis kuat 1 jam 30 minit depa kutip jawapan dh....So kena ready buat cepat2.OK?

Buat bagi selesai soalan tahriri,akan masuk kepada syafawi,iaitu Imlak.iaitu EJAAN.Pengawas peperiksaan akan membaca satu karangan,dan kita harus menulis apa yang dibacakan.

TIPS : Tulis walaupun salah...Sebab kemungkinan jika ada rezeki,tulis pun ada markah walaupun salah.Semasa saya menduduki peperiksaan ini dahulu,pengawas peperiksaan tidak menggunakan mikrofon.So,kepada sesiapa yang (mintak maaflah cakap) kurang pendengaran,lambat pick-up,duduk la hadapan sekali atau berdekatan dengan meja pengawas peperiksaan.

Syafawi:

Setelah habis ujian Imlak,pengawas peperiksaan akan mengutip kertas jawapan kita.Setelah itu,mengikut giliran susunan meja,Ada ujian yang terakhir iaitu syafawi.Syafawi iaitu ujian LISAN.Ujian Lisan ini terbahagi kepada 3 iaitu :

---Mutholaah
---Sesi Hiwar Tentang Diri Kita
---Sesi Hiwar Tentang Islam

Pertama sekali,akan ada ujian Mutholaah (Macam Ujian Lisan STAM).Pengawas akan berikan satu karangan,tanpa baris,setelah itu,bacakan dihadapannya.Ujian lisan ini hanya kita dan pengawas itu.Tiada ujian Al-Quran

TIPS : kalau tidak mahu salah membacanya,baca cepat2...baru dia x berapa perasan.Kalau baca lambat2,nmpak sngat kita ni x qeti...Walaupun x taw,hentam saja,janji buka mulut,yang penting BERSUARA.Jangan bila pengawas tanya,senyap ja.

Ujian lisan bersambung lagi dengan Sesi hiwar tentang diri kita.Pengawas akan bertanyakan,nama kita,tinggal dekat mana,ayah keja apa,mak keja apa,apa cita2 dan sebagainya.

Setelah pengawas peperiksaan berpuas hati,dia pun x taw nak tnya apa dah,masuk kepada Sesi Hiwar tentang Islam.Pengawas akan bertanya kita dan dia berikan tajuk.Contoh tajuk yang saya dapat semasa dulu ialah puasa.Antara tajuk pilihan yang bakal ditanya oleh Pengawas...Pilih Satu SAHAJA...: 

--Rukun Islam (Solat,Puasa,Zakat,Haji)
--Rukun Iman (Allah,Rasul,Malaikat,Al-Quran,Hari Kiamat)
--Al-Azhar (Termasuk Universiti Al-Azhar,Masjid Al-Azhar,Syeikh Al-Azhar dsb)
--Revolusi Mesir 25 Januari
--Hosni Mubarak (Bekas Presiden Mesir)
--Suasana Politik Di Mesir
--Pergolakan dan kebangkitan Islam Di Timur Tengah
--Muzaharat/Thauroh (Rusuhan)
--Pilihanraya Parlimen dan Pilihanraya Presiden
--Revolusi Timur Tengah
--Isu Syria

(Tajuk-tajuk di atas hanyalah RAMALAN SOALAN yang bakal ditanya.Bersedia juga dengan tajuk2 yang lain tentang isu2 semasa dan pengetahuan am.)

Jangan risau,pengawas peperiksaan akan berbicara sepenuhnya dalam Bahasa Arab Fushah, (Bahasa Arab Baku) dan tiada Bahasa Arab Ammiah (bahasa arab percakapan harian)...InsyaAllah korang semua faham apa yang dia cakap.Sebenarnya pengawas bukan nak sangat tengok isi kita.Tapi,dia nak tengok kita boleh cakap bahasa arab atau tidak.Soal nahu tunggang langgang jangan risau.yang pasti,cakap.Kalau x tahu,hentam sahaja.kira bunyi arab tu kira ok lar...haha (gurau ja)

Saya tidak pasti,akan berubah atau tidak.Tetapi inilah sedikit sebanyak tentang Imtihan Qobul di Mesir.Semoga maklumat diatas bermanfaat untuk semua BAKAL MAHASISWA AL-AZHAR.Pembina Generasi Ulama Unggul Dunia.Jom Realisasikan Bersama!

PESANAN : Buat banyak latihan,banyakkan perkataan2 arab.Perkasakan Nahu dan Sorof.banyak buat latihan Imlak.Lantik seorang kawan,baca karangan,pastu,check balik perkataan yang silap,betulkan...

Jangan takut...senang ja...Banyakkan doa,jaga hubungan dengan Allah,guru-guru dan kawan-kawan...InsyaAllah,Allah bagi jalan...Saya doakan semua calon-calon Imtihan Qobul berjaya.InsyaAllah...

Download tanpa ragu-ragu :

Soalan ini boleh didownload di link di atas secara percuma.Segala kekurangan dan kesilapan harap dimaafkan.Ini sahaja yang saya mampu lakukan.Soalan ini hanyalah latihan.Mungkin soalan ini agak berbeza dengan peperiksaan yang sebenar.Formatnya mungkin akan berubah.Bentuk soalan macam kat dalam ni mmg ada.Tapi mungkin soalan yang sebenar akan ditambah dalam bentuk yang lain.

13 comments:

  1. Syukran...menakutkan la..lama jugak x tulis,ckp bhs arab..

    ReplyDelete
  2. afwan...kat sini di mesir...kat malaysia insyaAllah suasana berbeza...Tak la seteruk kat mesir ni...Jangan takut...banyakkan berdoa dan tawakkal...

    ReplyDelete
  3. afwan...kat sini di mesir...kat malaysia insyaAllah suasana berbeza...Tak la seteruk kat mesir ni...Jangan takut...banyakkan berdoa dan tawakkal...

    ReplyDelete
  4. Sykrn 'ala pkgsian mklmt.alhmdlh,ana bru slsai imthn qbul n sykrlillah,dpt msuk azhar (wpun msuk mrkz 4bln). Ttp ada sdkt klainan pd imthn ana pd 2011.hny ada tahriri sj.ia mgndungi 4mut0laah (teks),qawaid nahu wa sorf,istima' & imla' (wt krgn). Mgkt kta2 kak2 sni0r,dbumi anbiya' esp azhar ni,SMUA KMUNGKINAN blh blaku scr MUFAJA'AH (tbe2). So we gonna get ready ol da time. Make sure nahu n s0rf mantap,byk kalimat b.a,n mumarasah li takallam lughatul arbiah. Lg 1 yg TPENTING,NIAT sll kna jg.bkn krn Azhar kta blaja,tp krn ALLAH &ILMU2-NYA yg mlmpah di azhar. I.Allah mumtaz 'indaLLAH. Maaf pnjg bcel0teh. Jz kheir.

    ReplyDelete
  5. Nisa : x da pa...saya cuma berkongsi...Tahniah krna enti dpat masuk kuliah...Tawakkal kena tinggi dan sabar dengan segala ujian di bumi para nabi...Penuntut ilmu tidak terlepas dari ujian

    ReplyDelete
  6. Syukran jazilann.
    Barakallahulakum . :))

    ReplyDelete
  7. saya exam 19 jun ni. cuma agak terkilan bila org yg bertanggungjawab uruskn imtihan qabul kurg professional. kalau tak kerana saya x survey awal2 ke yysn sofa mgkn xtahu examnya dibuat di tmpt lain. apapun doakan kami. jzkllh atas p'kongsian

    ReplyDelete
  8. Anas Fakhri : sama2....sbnarnya ni pngalaman imtihan qobul di Mesir.Di Malaysia Wallahu a'lam sya x tahu bgaimna formatnya.sebab lagipun ini kali pertama dilakukan di Malaysia...Bittaufiq wannajah untuk semua!

    ReplyDelete
  9. Maaf. Link sample soalan dah tak boleh gunakan ke? Saya tak boleh bukak link ni.

    ReplyDelete
  10. Maaf. Link sample soalan dah tak boleh gunakan ke? Saya tak boleh bukak link ni.

    ReplyDelete
  11. Syukran atas blog ni . Sangat mmbantu ana

    ReplyDelete

SAHABAT SEPERJUANGAN