Pesanan Rasulullah saw untuk kaum lelaki : " Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ( ananah , yang mananah , dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah )" .
1 - WANITA ANANAH : Wanita yang byk mengomen itu dan ini. Apa yg diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangga mereka semua tdk kena dan tdk puas hati.
2 - WANITA MANANAH : Wanita sebegini yg menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yg byk berkorban utk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit- ungkit apa yg dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Baisanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3 - WANITA HANANAH : Menyatakan kasih syg nya kpd suaminya yg lain, yg dikahwininya sebelum ini atau kpd anknya dari suami yg lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yg lbh baik dari suami yg sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tdk bersyukur dgn jodohnya itu. Wanita sebegini yg mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suamimya.
4 - WANITA HADAQAH : Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tgk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dgn diri org lain. Suka menunjuk-nunjuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5 - WANITA BASAQAH : Ada 2 makna ;
Pertama ( wanita sebegini yg suka bersolek dan menghiaskan diri . Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tunjukan kpd dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make - up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri org ternama dan menjadi pula ketua dlm kumpulan itu, org lain tdk boleh mengatasi dirinya )
Kedua ( dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya ).
6 - WANITA SYADAQAH : Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
Imam Al-Ghazali
Semoga Allah melindungi diri kita dari sifat2 kecelakaan..amin.
Home »
Untukmu Wanita
» PESANAN RASULULLAH (SAW) KEPADA KAUM LELAKI
0 comments:
Post a Comment