SYARAT PERMOHONAN
JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 1-3, BLOK E9, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA
SYARAT PERMOHONAN MEMDUDUKI UJIAN KELAYAKAN KE UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR BAGI SESI AKADEMIK 2011/2012
1. Adalah di maklumkan bahawa pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam/Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar bagi sesi 2011/2012 perlu menduduki peperiksaan kelayakan yang akan dijalankan pada bulan Julai 2011.
2. Pelajar yang berminat mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar bagi tahun 2011 adalah dipohon untuk mendaftar dan berhubung dengan Jabatan/Majlis Agama Islam negeri masing-masing bagi tujuan penyelarasan untuk ujian kelayakan. Pendaftaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada atau sebelum 31 Mei 2011 (Khamis).
3. Peperiksaan kelayakan ini adalah bertujuan untuk memastikan tahap penguasaan Bahasa Arab pelajar mencapai tahap cemerlang sebelum memasuki Universiti Al-Azhar. Hanya pelajar yang LULUS peperiksaan sahaja akan ditawarkan tempat ke Universiti Al-Azhar.
4. Pelajar Maahad Qiraat TIDAK PERLU menduduki peperiksaan ini dan boleh memuat turun borang permohonan kemasukan ke Universiti Al-Azhar dari laman web Jabatan Pengajian Tinggi di alamat http://jpt.mohe.gov.my
5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Jabatan/Majlis Agama Islam mengikut negeri masing-masing.
BORANG PERMOHONAN MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN KE UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR DOWNLOAD SINI
0 comments:
Post a Comment