Dulu, myspace pernah menghadapi sitausi sukar apabila terlalu banyak page phishing dihasilkan. Page phishing itu dibuat untuk mengumpat pemilik akaun myspace supaya mendaftar masuk ke page palsu tersebut, lalu pihak yang membuat page phising itu memperoleh password pemilik akaun itu dengan mudah.
Penipuan dilakukan dengan menggunakan layout yang sebijik macam myspace punya. Lalu, pemilik akaun tanpa ragu-ragu terus mendaftar masuk. Satu lagi taktik adalah mereka menggunakan domain 'rnyspace.com' yang seolah-olah berupa 'myspace.com' untuk mengaburi mata pemilik akaun.
Kali ini, facebook pula. Tak percaya, tengok gambar di bawah:
lihat URL 'facebook' ini: http://securemylife.t35.com/Html%20script.htm
Inilah dalang phishing yang menggunakan helah blog walking di blog. Nak maki apa ye orang penipu macam ni?
Harap kita berhati-hati untuk mendaftar masuk apa sahaja akaun yang kita ada. Tengok betul-betul URL kat atas tu...
Sumber : Soutul Mujahid
0 comments:
Post a Comment