Home » » Itu Babi, Ini Babi. Semua Benda Nak Dibabikan!

Itu Babi, Ini Babi. Semua Benda Nak Dibabikan!

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Wednesday, July 06, 2011 | Wednesday, July 06, 2011


DNA babi dalam kopi, DNA babi dalam kek, DNA babi dalam roti. Pendek kata, hampir semua benda nak dibabikan dalam kehidupan umat Islam. Maka, babi dalam kandang, hutan, mahupun di zoo telah mencapai populariti secara tidak semena-mena. Golongan babi ini pasti pelik sekiranya mereka tahu populariti mereka melonjak secara tiba-tiba.

Hal ini jelas menunjukkan kehidupan umat Islam amat mudah diperkotak-katikkan. Ini bukan perkara kecil, kerana ia melibatkan halal-haram dan ia menjadi darah daging umat Islam.

Tanpa rasa bersalah, golongan tertentu memperkuda umat Islam untuk kepentingan dan keuntungan peribadi. Manakala pemerintah pula tidak mengambil tindakan serius. Buktinya, isu makanan dan minuman halal menjadi isu yang bermusim. Sekejap timbul dan sekejap tenggelam. Selepas ia 'diselesaikan', ia tetap akan berlaku semula.

Sekiranya pemerintah benar-benar serius ingin menangani masalah ini, pasti tidak akan ada pihak yang berani mencampurkan bahan-bahan yang bersumberkan daripada sumber yang haram seperti babi. Sebaliknya, mereka berani untuk berbuat demikian.

Manakala nasib umat Islam pula, umat Islam telah 'menjamah' babi tanpa disedari. Mungkin setelah dicampur-campur bertahun-tahun, lengkap seekor babi masuk ke dalam perut umat Islam. Perkara ini tidak mustahil berlaku di zaman sekular!

Jelas terbukti, sistem demokrasi yang digunapakai adalah sistem yang gagal. Hukum syarak amat mudah dipermainkan sehingga babi menjadi santapan harian tanpa umat Islam sedari. Pendek kata, semua benda nak dibabikan!

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN