Home » » Megah Tiada Dara?

Megah Tiada Dara?

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Wednesday, July 06, 2011 | Wednesday, July 06, 2011


Tersebutlah al-kisah seorang gadis mengaku dengan megahnya bahawasanya dia sudah tiada dara kerana beliau telah MAEN. Itu katanya, "MAEN". Ya, "MAEN". Main apa ye sampai boleh hilang dara kalau bukan main 'jongkang-jongket'?

Ternyata pada zaman ini, aktiviti zina bukanlah suatu perkara yang boleh mendatangkan keaiban bagi sesetengah pihak. Malah ia dijaja di internet sehingga menerjah ke segenap ceruk internet tanpa ada rasa malu walau sekelumit. Sama ada berzina ataupun dirogol, di manakah kewajarannya mencanang cerita itu di internet? Bercerita tiada dara sehingga cerita dijaja-jaja di alam maya sampai pembaca diam terpana.

Setelah si gadis ini hilang dara, dia masih lagi tegar berbicara tentang soal maruah. "AKU DA PERNAH MAEN ! puas ? ade ke org nak mngaku mcm ni ? takkan punya .. bia org nak pandang hina kat kita . asalkan kita ade MARUAH DIRI ! thankyou :)". Inilah ungkapan keramat seorang gadis yang telah kehilangan dara akibat permainan jongkang-jongket. Entah mana dia letak maruah itu? Seolah-olah maruah itu akan kekal ada pada diri walaupun diri seseorang itu telah berzina.

Apa pun, permasalahan ini haruslah dirujuk semula kepada al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya memang si gadis itu sendiri yang mengaku dia pernah berzina, yakni bukan disabotaj atau bukan orang lain yang membuat pengakuan melalui blog, dia wajib dihudud, yakni disebat 100 kali di khalayak ramai mengikut cara yang ditetapkan oleh syarak.

Kita juga harus melihat apa punca permasalahan ini. Anak-anak muda sudah tidak malu untuk mengaku mereka melakukan maksiat. Adakah puncanya adalah kerana mereka sudah tiada kemaluan? Kalau takde kemaluan, macam mana pula nak berzina? Tidak lain tidak bukan, puncanya adalah penerapan hukum-hakam kafir dalam negara. Sistem yang rosak ini mencetak golongan-golongan yang rosak lagi bermasalah. Mereka juga tidak malu untuk menceritakan keaiban diri mereka di khalayak ramai.

Jelas terbukti, sistem kufur yang diterapkan semakin menunjukkan kegagalan. Sistem pemerintahan demokrasi wajib ditukar kepada sistem Islam agar kehidupan Islam dapat didaulatkan. Penggubalan undang-undang di dalam parlimen berdasarkan majoriti 2/3 undi jelas menunjukkan kerosakan dan kegagalan. Ini adalah kerana manusia diberi mandat untuk mendaulatkan akal mereka, dalam masa yang sama menolak tepi hukum-hakam yang telah dimaktubkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Tidak sampai pun 100 tahun kapitalis mengambil alih tampuk pemerintahan dunia, satu demi satu kerosakan dipamerkan di depan mata kita. Pemerintah pula enggan kembali kepada kehidupan Islam. Sudah tiba masanya umat bangkit untuk meruntuhkan pemerintahan sekular.

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN