Home » , » Mari Mencari Ketenangan

Mari Mencari Ketenangan

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Wednesday, July 13, 2011 | Wednesday, July 13, 2011



Ketenangan.. Apa yang dimaksudkan dengan ketenangan? Ketenangan ialah dimana suatu situasi yang merehatkan minda dari sebarang bebanan dan ianya membuatkan hati kita gembira dan bebas dari belenggu kerisauan.

Sudah pasti semua insan ingin berada di dalam kondisi yang tenang. Ketenangan mudah untuk dicapai sekiranya kita pandai menggunakan peluang dan kesempatan yang diberikan oleh Allah S.W.T. Salah satu kuncinya ialah "Apabila kita mengingati tuhan, hati kita akan pasti menjadi tenang".

Ketenangan yang diimpikan mampu kita perolehi. Kekuatan diri kita melawan nafsu dan mengawal emosi menjadikan kita seorang yang mampu untuk merasai ketenangan. Pujuklah minda untuk memperolehi ketenangan Apabila minda bertindakbalas akibat di dorong oleh hati maka hancurlah jadinya.

Sebaliknya jika hati di dorong oleh syari'at menghala kepada akal untuk berfikir dengan cara yang terbaik sudah pasti ketenangan akan kita perolehi. Secara peribadinya, saya sendiri pernah merasai situasi seperti ini iaitu apabila berasa sedih, saya terikut pujuk rayu hati hinggakan ketenangan yang dicari hilang pergi.

Sebaliknya apabila akal yang dipandu ke arah yang betul, ianya akan menjadi penenang hati dan sekaligus membuatkan hidup kita aman dan harmoni.

Didalam Surah Ar-Rad ayat-28 Allah berfirman:

"Ingatlah, dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang"

Ketenangan yang dicari berada di sebelah kita, samada mahu atau tidak itu semua terpulang pada diri kita.

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN