Banyak
lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil
berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki
berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati
ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan
sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2
Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya
tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan
hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan
wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita
ceria membuat lelaki lebih berghairah.
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima
seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih
waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika
lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus
mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti
duduk persoalannya.
Menghargai
Wanita yg menghargai
lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka
diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas
dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa
bangga.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg
pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih,
kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut
menghargai dirinya.Dia akan mudah senyuman,pandai merawat tubuhnya,
meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia
suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan
pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah
berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan
kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka
isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar
teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg
baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik
yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka
dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima
jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di
mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan
cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana
yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia
mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di
kampung.
Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita
yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan
dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai
keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang
lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu
elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan
dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka
hati.
Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah
hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan
kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan
mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg
memancar keluar dgn indah dan mempesona.
0 comments:
Post a Comment